Drama Soffiya akan berakhir dan bakal digantikan dengan drama baru berjudul Tentang Dhia. TV3 memberi pilihan kepada penonon untuk memilih siapa yang layak untuk Soffiya. Kalau nak undi klik SINI dan boleh juga suarakan komen..
Puas juga lah google cari sinopsis drama nie tapi tak berjumpa. Ada yang kata drama nie di adaptasi daripada novel dan ada yang kata tidak. Bagi akak adaptasi daripada novel atau tidak, bukan soalnya... akak layanz je.. hehe. Akhirnya jumpa sinopsisnya....

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri
antara dua lelaki sangat dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut
menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang
berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi
(Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Kredit to cthoney |
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam
di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil
hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi,
jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti
luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis
pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Namun, majlis
pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan
daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas
perbuatannya sehingga Melly mengandung.
Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai
bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya
mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia
didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di
Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan
mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla)
yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir
terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan
Dhia.
Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang
akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? Saksikan drama Tentang Dhia yang akan bersiaran
sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga
Khamis jam 7 malam bermula 9 November ini.
Sumber : Cari & Berita Harian
No comments:
Post a Comment