Anda Suka???

Monday, April 30, 2012

Drama Seindah Sakura (Slot Akasia TV3)

Drama ini akan ditayangkan pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam selepas tamat drama Cinta Buat Emelda. Drama Seindah Sakura juga diadaptasi dari sebuah novel iaitu novel Seindah Sakura karya Liza Zahira. 

Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd arahan Zul Huzaimy ini menampilkan barisan pelakon terdiri daripda Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah. Drama Seindah Sakura 24 episod kesemuanya.

Sinopsis
Drama ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang guru manakala Fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah. Cikgu Airil (Fahrin Ahmad) pada mulanya bersangka buruk dengan Shakira (Fasha Sandha) kerana menyangka Shakira adalah pelajar yang bermasalah. Kemudian wujud perasaan simpati seterusnya Cikgu Airil jatuh hati dengan Shakira. Tapi kerana fitnah mereka berpisah, Cikgu Airil bawa diri ke luar negara manakala Shakira pula akan melalui pelbagai dugaan sampai ke tahap dia perlu berkahwin dengan Datuk Walid, bapa saudara kepada Cikgu Airil.



Sumber : FB Seindah Sakura

 

Monday, April 23, 2012

Kaca mata diet


TOKYO - Bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk mengehadkan kuantiti pengambilan makanan, ciptaan alat ini sememangnya dapat membantu mereka.

Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal.

Fungsi kedua-dua alat ini adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka.


Salah satu kaca mata itu, MetaCookies+ turut dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebenarnya ia hanyalah khayalan.  Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan.

Menurut Syarikat Yumetai, hasil kajian sains mendapati warna biru dapat menenangkan pusat selera di otak manusia.


Sumber : Sinar Harian

Friday, April 13, 2012

Petua Di Dapur

Nak kongsi sikit petua yang akak baca dari Famili Azam.. Petuanya sangat berguna untuk kita semua. Banyak petua dan info yang ada dalam Famili Azam nie.(hehe ayat cam budak sekolah rendah)  Minta izin ya akak cnp kat sini.


Minyak lembutkan kuih apam
Kuih apam adalah makanan kegemaran semua generasi. Untuk menghasilkan kuih apam yang halus dan lembut, serta tahan lama kelembutannya, anda boleh gunakan minyak masak. Caranya ialah masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaul hingga sebati. Kemudian, kukus adunan kuih tersebut. Pastinya, apam yang terhasil akan halus dan tidak melekat pada acuan.

Kacang Cepat Empuk
Jika ingin membuat bubur kacan tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang.   Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk.   Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus.  Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi. 

Cili Giling Terlalu Pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap.   Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut.   Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak.  Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut.   Pedasnya akan berkurangan dan warna cili akan lebih cantik.

Mudah Mengopek Kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan.  Nescaya kerang akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti. 

Tauhu Tahan Lama
Bagi tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih.  Toskan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas.   Biarkan sehingga ia sejuk.

Bubur Kacang Lebih Enak
Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu.  Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi.   Matikan api.  Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak. 

Mengharumkan Dapur
Pada kebiasaannya pada bahagian dapur akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan.  Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa.   Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.  Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan. 


Sumber : Famili Azam


Tuesday, April 10, 2012

Restoran Di Atas Pokok Di Thailand

UNIK. Itulah yang boleh dikatakan pada sebuah resort Soneva Kiri di Koh Kood, Thailand yang menawarkan satu pengalaman unik bagi pengunjungnya.   Resort Soneva Kiri ini mempunyai restoran yang tergantung di atas pokok sebagai daya tarikan mereka.  Restoran  ini dibina 5 meter atau 16 kaki dari tanah dan pelayan akan menggunakan tali untuk bergerak di antara pelantar untuk menghantar makanan.

Di samping menjamu selera, para pengungjung boleh menikmati kecantikan alam semulajadi dan dapat merasai suasana nyaman udaranya yang segar.




Sumber : Email

Sunday, April 8, 2012

Tubuh Sentiasa Letih???

Selalu letih dan tidak bermaya? Tubuh rasa letih hingga tak mampu melakukan tugas harian dengan sempurna?  Jangan dibiarkan dan carilah penyebabnya. Mungkin sebab-sebab di bawah menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda.

Kurang tidur
Wanita yang bekerja sama ada yang bujang ataupun dah berkahwin seringkali mengabaikan waktu tidur mereka. Sibuk dengan kerja rumah ataupun menyambung kerja di pejabat selalu menjadi alasannya.

Sekali dua mungkin tak mengapa lagi namun sekiranya menjadi kebiasaan, ia mungkin menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Oksigen yang kurang mungkin akibat kurang tidur akan menganggu daya penumpuan dan membuatkan tubuh berasa letih.

Pemakanan yang salah
Hati-hati apabila memilih menu makanan. Sungguhpun anda mengambil makanan yang banyak jika anda tersilap pilih makanan, kecergasan tubuh badan anda mungkin menurun.

Mengambil minumn berkafein, coklat ataupun minuman beralkohol untuk menstimulasi diri adalah tidak bermanfaat. Jenis minuman ini memang akan meningkatkan tenaga dengan cepat tetapi cepat jugalah tenaga itu menurun.   Keadaan ini juga membuatkan kadar gula dalam darah tidak stabil dan anda mudah lapar dan lesu.

Biasakan membahagikan waktu makan anda pada lima waktu.  Ini kerana 3 jam setelah makan, gula dalam darah akan mula turun.   Sekiranya anda tidak mengambil makanan ia akan terus menurun dan akibatnya kepala akan berasa pening.   Leher tegang dan perut jadi kembung.

 
 Sering tertekan
Jika anda gembira dan bahagia dengan kehidupan anda, maka tenaga atau aura positif akan mengalir dalam tubuh hingga membuatkan anda lebih cergas dan ceria. Sebaliknya jika berasa tertekan, selalu cemas atau berasa kurang gembira semua ini akan menghalang tenaga positif.

Selain itu juga keadaan tertekan akan membuat anda sukar untuk tidur.   Akibatnya, anda akan bangun di pagi hari dengan tubuh yang lesu.  Cubalah manjakan diri anda sekurang2nya seminggu sekali.

 Kurang bersenam
Sebut pasal bersenam, pasti ramai yang memberi alasan tidak sempat melakukannya meskipun senamn itu  mempunyai sejuta manfaat,   Bersenam memang mudah untuk diucapkan namun cukup sukar untuk dilakukan.  (hehe samalah ngan akak)  

Sebenarnya semasa bersenam terutama senama kardio, otak akan menghasilkan hormon endorphin. Hormon inilah yang akan mengalirkan rasa tenang sehingga anda akan terasa segar walaupun badan anda keletihan.   Hormon ini juga akan membantu anda mengatasi stress dan membuat kualiti tidur akan lebih bagus.

 Kurang vitamin
Sumber makanan yang anda ambil kadang kala tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh. Untuk itu anda memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Petanda bahawa tubuh anda memerlukan tambahan vitamin dan mineral adalah antaranya; wajah nampak pucat, badan terasa lesu dan kepala selalu pening.


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...