Anda Suka???

Sunday, October 30, 2011

Jenjalan Lepas Konvo Amir

Semua sepakat nak ke Mines selepas abis konvo abang. Tak sempat juga la nak g expo UPM. Jalan-jalan cuci mata ja... Layanz je pic... 

Abang, adk yana & adk wanie.. cuma afiq ja x dak..

Posing time...

Ops.. sowry uncle.. nak snap pic belakang ttiba uncle intefrem...hehe
Makan-makan... yummy...
Kedai cekelat & asam.. best ble ghasa...
snap je pic, x sempat nak nek...

ambik pic lagi...

 Waduh... nak upload lagi pic sebenornye nie tapi bb slow macam siput..

Thursday, October 27, 2011

Konvo Amir di UPM

Ceta nie lama dah disimpan bz, malaih n tak dak ide nak ceta. Apapun nak masukkan juga disini untuk kenangan.  15 Oktober 2011 lepas Hari Konvokesyen anak akak AMIR IZWAN MOHAMAD FUZI di UPM sesi petang.  Pic tak banyak coz anak bujang kak nie malu nak bergambaq macam mak dia hehe... ada la sket untuk dijadikan kenangan... Apa2pun layanz je pic nie....

kenangan hari graduasi di tadika UUM 

Kad jemputan untuk ibu bapa
dalam dewan
panaih la.....
3 beranak.. yang len x interfrem... muka da letih..
Abang, tam & family dan abah tetap nak intefrem..

Akhir skali, katak pilihan adk wanie utk abg.. sowry teddy bear pilihan adk yana lupa nak snap...

Tahniah sekali lagi abang....


Thursday, October 20, 2011

Petua Kecantikan Wajah



Menghilangkan Parut Jerawat Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

Menghilangkan Tahi Lalat. Ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.

Bibir Merah Semulajadi. Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

Melebatkan Bulu Kening Ambil daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

Licin Berseri. Ambil yogurt asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
 

Naikkan Seri Wajah/Muka Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu....  
 
Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

Menghilangkan Lebam Bawah Mata Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

Melicinkan Wajah Ambil buah tomato makan @ sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. 
 

Memerahkan Bibir Yang Hitam Bibir Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

Menghilangkan Lebam di Bibir Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu ke bibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.

Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus (hitam). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam.


Sumber :  Petua Orang Lama


Tuesday, October 18, 2011

Maru

Maru adalah seekor kucing jantan (Scottish Fold) yang berasal dari Jepun.  MARU maksudnya bulat yang sangat pemes di youtube. 

Maru terlalu obses ngan kotak. Sejak dari kecik lagi dia main dgn kotak, tido dgn kotak dan pendekata semua dengan kotak.


 Mana kepala Maru???:)

Taraaa.... :)

Wawancara yang diterjemahkan oleh Yuki Shirase


Amy: Bagaimana Anda bertemu dengan keluarga Anda?
Maru: Saya  4 bulan ketika saya pindah ke sini pada bulan September 2007. Saya tidak ingat bagaimana saya tiba di sini, tapi saya diberitahu bahawa hooman saya jatuh cinta dengan saya ketika melihat saya pada pandangan pertama.
Amy: Apa jenis makanan yang kamu suka?
Maru: Saya biasanya makan baik makanan kering dan makanan basah. Makanan favorite saya adalah ayam dan tuna.
Amy: Apa yang Anda lakukan sehari-hari?
Maru: tidur, makan, dan bermain. hooman saya selalu mengatakan bahawa saya menjalani hidup  yang membuat semua orang jeles.
Amy: Apa mainan favorite Anda?
Maru: Saya suka bermain dengan tongkat bulu atau apa pun hooman saya menempel pada tongkat itu. Saya juga bermain Sembunyikan dan Carilah dengan hooman saya dan kemudian mengejar hooman saya di sekitar.


Amy: Apakah Anda tahu bahawa Anda terkenal di YouTube? Apa pendapat Anda tentang 'keterkenalan' Anda di YouTube?
Maru: Saya benar-benar tidak tahu bagaimana saya terkenal, tapi kadang-kadang hooman saya memberitahu saya bahawa "Semua orang menyukai Anda, Maru." Aku tidak faham. Saya selalu tidur,  makan dan bermain sehari-hari. hooman saya mengatakan bahawa itu adalah ok kerana saya tidak tahu saya bahagia selamanya.

sisinmaru.blog17 (klik)
Amy: Apakah Anda suka bermain dengan kucing lain?
Maru: Saya belum pernah bermain dengan kucing lain.
Amy: Mengapa Anda suka kotak begitu banyak?
Maru: Saya tidak tahu kenapa, tapi saya tidak boleh berhenti masuk ke kotak ketika saya melihatnya Ianya membuat saya sangat senang!
Amy: Apa lagi yang Anda suka selain kotak?
Maru: Saya suka bertenggek di atas pokok, dekat tingkap dan di bilik mandi.
Amy: Apakah Anda lebih memilih kotak besar atau kotak kecil?
Maru: Ketika saya tidur saya seperti sebuah kotak kecil karena nyaman dan sesuai untuk saya. Namun, ketika saya bermain, saya lebih memilih yang besar :)
Amy: Apakah Anda sering bermain di halaman belakang? Bagaimana Anda menyukainya?
Maru: Hari semakin panas akhir-akhir ini, jadi saya lebih suka bermain di halaman belakang. Hooman saya menempatkan saya pada harness ketika saya keluar, jadi saya benar-benar senang setiap kali saya melihat baju zirah. Saya suka berjemur , menghirup udara dan mencari bug ketika saya di luar, tapi saya merasa takut ketika saya melihat burung-burung terbang di atas saya.
Amy: Apa yang akan Anda ingin mengatakan kepada fans Anda dari seluruh dunia?
Maru: Halo, saya Maru. Terima kasih telah meminati saya. :)

 
Gelagat Maru



Sumber : Cik Google atau search Maru kat FB and Like...

Saturday, October 15, 2011

Cerita Lucu


Kisah 1 
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.. 

Kisah 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab,"Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang
doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

Moral of the story : berjaga-jagalah ketika lepaskan angin tu..walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak! 

Kisah 3 (Kuda Makan Rumput) 
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

Kisah 4 (Abu dan Milah)
Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah… Di depan pintu… gurunya sudah menunggu dengan muka garang…
Guru : “Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?”
Abu : “Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula… akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai… “
Guru : “Sudah..sudah.. kamu pulak Milah… kenapa terlambat juga?”
Milah : “saya tumpang abu naik motor tadi.”

Kisah 5 (Gara-Gara Bergaduh)
“Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham…dan tak bertegur sapa..Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..tak tahu macam mana nak bagi tahu isteri supayakejutkan dia pada pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota

“KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK”

Esoknya si suami ni terlewat bangun… dia nak marah pun ada …nak ketawa pun ada kat isterinya.Nak tahu kenapa?…si suami ni terjumpa nota

“BANG!! BANG!! BANGUN BANG!DAH PUKUL 6.30 PAGI”"

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...