Anda Suka???

Saturday, October 15, 2011

Cerita Lucu


Kisah 1 
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.. 

Kisah 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab,"Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang
doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

Moral of the story : berjaga-jagalah ketika lepaskan angin tu..walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak! 

Kisah 3 (Kuda Makan Rumput) 
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

Kisah 4 (Abu dan Milah)
Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah… Di depan pintu… gurunya sudah menunggu dengan muka garang…
Guru : “Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?”
Abu : “Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula… akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai… “
Guru : “Sudah..sudah.. kamu pulak Milah… kenapa terlambat juga?”
Milah : “saya tumpang abu naik motor tadi.”

Kisah 5 (Gara-Gara Bergaduh)
“Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham…dan tak bertegur sapa..Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..tak tahu macam mana nak bagi tahu isteri supayakejutkan dia pada pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota

“KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK”

Esoknya si suami ni terlewat bangun… dia nak marah pun ada …nak ketawa pun ada kat isterinya.Nak tahu kenapa?…si suami ni terjumpa nota

“BANG!! BANG!! BANGUN BANG!DAH PUKUL 6.30 PAGI”"

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...