Anda Suka???

Tuesday, January 8, 2013

Rumah Seperti Mata Dajjal Jika Dilihat Dari Atas

Seorang arkitek dari Spanyol Luis de Garrido telah merekabentuk sebuah rumah dengan 25 bilik, untuk model Naomi Campbell. Rumah ini apabila dilihat dari atas, ia kelihatan seperti mata. Simbolik apa ini?


Sumber

Sunday, January 6, 2013

Potret gergasi yang dapat dilihat dari udara

Projek terbaru oleh urban land artist - Jorge Rodriguez-Gerada dari Amsterdam dapat dilihat dari udara. Dicipta untuk meningkatkan kesedaran bagi dana Wanita Antarabangsa sempena Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang diadakan pada 10 Disember 2012 untuk membawa perhatian kepada kempen terbaru mereka "Open Your Eyes".

Potret berukuran 125 oleh 170 meter lebih besar daripada padang bola sepak. Terdapat tidak kurang daripada 8 km tali, 7 tan jerami, 150 meter padu tanah, 300 meter padu pasir dan 1150 tiang kayu yang diperlukan untuk membuat potret. 

Potret  yang terbesar pernah ada di tanah Belanda - menunjukkan serpihan muka Mesoamerican tanpa nama wanita aktivis hak asasi manusia. Ia telah penghargaan kepada feminist foundation - Mama Cash  dan dicipta dalam masa satu minggu dengan bantuan sebanyak 80 sukarelawan oleh Cuba Amerika artis Jorge Rodriguez-Gerada. Rodriguez-Gerada dikenali untuk projek-projek yang menakjubkan seni di seluruh dunia.

Potret berskala besar tersebut di warnakan bahagian epik dengan salji dan tanah dengan menggunakan excavator. Jom lihat gambar-gambar pembuatannya di bawah ini...





Banyak lagi gambar di SINI

Sumber

Saturday, January 5, 2013

Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis


Semua makanan ini cukup power untuk mereka yang kena kencing manis. Makanan ni boleh membantu pesakit menjadi sihat dan normal seperti biasa, tapi kenalah pantang jugak sebab sekali kena kencing manis ni tak payah mimpi lah nak normal semula melainkan Allah kehendaki begitu...

Makan buah mentah bukan jus ye.., semua jenis limau
memang power untuk jantung 

Karela tinggi kandungan 'plant insulin'. Ia mampu
merendahkan kandungan gula dalam darah

Makan 3 atau empat ulas bawang putih sehari,
hancurkan dan kunyah kalau anda power
ia cukup bagus untuk penyakit kencing manis 
Dengan hanya minum separuh sudu teh sehari
air kulit kayu manis mampu menurunkan
tahap gula dalam darah kita. Ia juga bagus
untuk turunkan tahap kolestrol 

Cendawan 'Maitake' juga cukup power untuk
rendahkan tahap gula dalam darah pesakit diabetes  

Apa saja jenis sayur hijau perlu dikunyah macam
lauk jika kita mahu elakkan diabetes kelas 2

Rebung buluh juga amat power untuk membekalkan
tenaga tanpa lemak atau kolesterol

Strawberry atau apa-apa saja jenis 'berries' cukup bagus
untuk cegah kanser, masalah jantung dan juga diabetes

Makan dada ayam, bagus kerana kandungan lemaknya
tepu rendah dan juga kalorinya juga rendah 

Ikan berlemak seperti Salmon, tuna, mackerel dll
yang banyak kandungan omega 3 bagus untuk kawalan
kencing manis dan ia juga mampu selesaikan masalah
arterie tersumbat

Sayur kacang boleh kawal kandungan gula dalam
darah jika dikunyah setiap kali selepas makan berat

Kacang bagus untuk jantung dan masalah insulin

Rajin makan yogurt dan juga susu rendah lemak selain
daripada baik untuk kencing manis ia juga boleh turunkan
berat badan  

Roti jenis ini bagus untuk pesakit kencing manis (whole grain food) 
  Minyak zaitun boleh kasi kandungan gula dalam darah steady


Sumber

Thursday, January 3, 2013

Anda Pandai?? Cuba kira... (^____^)


Mula-mula kira berapa?   
Selepas gambar bergerak kira sekali lagi... Berapa? 


Sumber : Email


Tuesday, January 1, 2013

8 Makanan Utama Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


1. Susu Skim
Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa.

2. Bayam
 Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah. Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda. Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan.

3. Kuaci
Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat! Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang.

4. Kekacang
Penuh nutrisi dan versatil.. Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh. Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda. P/s: Ianya menjimatkan (^_^)


5. Ubi Kentang
Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan.   Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium.

6. Pisang
Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda. Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum-nyum.. (^_^)

7. Kacang Soya
Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri. Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang.

8. Coklat Gelap
Untuk coklat gelap, hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko. Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya.

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...