Anda Suka???

Saturday, October 15, 2011

Cerita Lucu


Kisah 1 
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.. 

Kisah 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab,"Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang
doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

Moral of the story : berjaga-jagalah ketika lepaskan angin tu..walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak! 

Kisah 3 (Kuda Makan Rumput) 
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

Kisah 4 (Abu dan Milah)
Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah… Di depan pintu… gurunya sudah menunggu dengan muka garang…
Guru : “Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?”
Abu : “Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula… akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai… “
Guru : “Sudah..sudah.. kamu pulak Milah… kenapa terlambat juga?”
Milah : “saya tumpang abu naik motor tadi.”

Kisah 5 (Gara-Gara Bergaduh)
“Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham…dan tak bertegur sapa..Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..tak tahu macam mana nak bagi tahu isteri supayakejutkan dia pada pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota

“KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK”

Esoknya si suami ni terlewat bangun… dia nak marah pun ada …nak ketawa pun ada kat isterinya.Nak tahu kenapa?…si suami ni terjumpa nota

“BANG!! BANG!! BANGUN BANG!DAH PUKUL 6.30 PAGI”"

 

Wednesday, October 12, 2011

Hotel Di Atas Pokok Di Sweden


STOCKHOLM - Hotel pokok untuk dihuni oleh orang ramai terdapat di sebuah kawasan hutan dekat bandar Harads, Sweden, lapor sebuah akhbar semalam. 

Bilik-bilik hotel itu diletakkan pada ketinggian beberapa meter di celah-celah beberapa pokok dan diberi pelbagai nama seperti The Bird's Nest dan The Blue Cone. Katil dan pelbagai kemudahan lain disediakan dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik hotel termasuk tingkap kaca yang besar bagi membolehkan penghuni melihat pemandangan indah hutan. 


"Idea hotel itu ialah untuk mencipta sesuatu yang selesa, hotel yang membolehkan orang ramai tinggal dengan harmoni bersama alam semula jadi di atas pokok," kata pencipta hotel tersebut, Kent Lindwall. Dia mencipta hotel itu bersama dengan isterinya, Britta Jonsson Lindvall pada tahun lalu. 


"Setiap bilik direka supaya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan kebanyakan bilik mempunyai dua katil, tempat duduk tetapi tiada televisyen," tambahnya. Menurutnya, tangga kayu dan tali disediakan bagi membolehkan orang ramai menaiki hotel itu. 

Hotel itu dicat dengan bahan yang membolehkan burung melihatnya pada waktu malam bagi mengelak ia dilanggar. Kadar menginap untuk satu malam di hotel itu ialah AS$633.18 (RM1,937). - Agensi 

Adakah anda akan melancong ke Sweeden??? Mari! Boleh tempah di alamat ini atau melalui laman web berikut:

Treehotel/Brittas Pensionat
Edeforsväg 2 A
960 24 Harads
Sweden
Website : treehotel

Telephone: +46 (0)928-104 03
E-mail: info@treehotel.se
Booking: booking@treehotel.se
Press: press@treehotel.se


Sumber : Kosmo

Saturday, October 8, 2011

5 Jenis Kucing Paling Unik Di Dunia

        Scottish Fold  
      Kucing ini kelihatan seperti burung hantu yang dinamakan Scottish Fold. Ia juga kadang-kadang dipanggil Coupari, baka dengan mutasi dominan gen yang membuat tulang rawan telinga asli mengandungi telinga yang memimpin dan dilipat membengkok ke depan dan ke bawah ke arah depan kepala mereka. nama sebenarnya ialah  flop ke telinga "floppy".  Pada tahun 1966 namanya telah berubah menjadi Fold Scottish.
       
      Sphynx

      Kucing aneh ini adalah baka yang jarang ada, Sphynx juga dikenali sebagai berbulu Kanada. Sehingga kini kucing ini masih tidak difahami bagaimana ianya membiak.  Baka Sphynx  yang pertama adalah kucing  muncul pada tahun 1966.

      Peterbald
      Kucing ini berasal dari Rusia. Mereka sebenarnya bukannya tidak berbulu tetapi lebih mirip rambut yang sangat pendek. Seekor Peterbald memiliki cara yang elegan ramping dan kepala yang khas: sempit dan panjang dengan profil lurus, mata berbentuk almond, dan telinga besar. Mereka kehilangan gen rambut dan kulit mereka berwarna kelabu. 

       Turkish Angora
      Kucing ini berkembang biak di Turki.  Matanya mungkin biru, hijau atau kuning, atau sebelah biru dan sebelah lagi kuning. Gen bertanggungjawab atas mantel putih dan mata biru berkaitan erat dengan kemampuan mendengar, dan mata biru dapat mengindikasikan mata kucing yang biru bererti telinga pada sisi tersebut pekak.
       Oriental Shorthair
      Kucing unik ini kelihatan seperti seekor anjing. Kucing ini menggabungkan badan anjing dan kucing dengan pelbagai warna dan corak. Dia baka dengan perisikan lebih baik dan ialah binatang yang sangat mesra. Mereka mempunyai satu keadaan tersendiri yang ingin tahu, mesra, emosional, suka sangat mendesak dan sering kali cukup lantang bersuara. 

      Sumber : Cik Google



      Tuesday, October 4, 2011

      Kenali Jenis-Jenis Perfume


      1. Cologne
      2. Eau de Toilette (EDT)
      3. Eau de Perfume (EDP)
      4. Parfum

      Yang membezakan jenis perfume nie adalah kepekatan minyak harumannya sama ada daripada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi.  Haruman yang mempunyai kepekatan minyak yang tinggi lebih tahan.

      Cologne                        -  mengandungi 4% minyak pati
      Eau de Toilette (EDT)    -  mengandungi 8% - 15% minyak pati
      Eau de Perfume (EDP)  -  mengandungi 15% - 22% minyak pati
      Parfum                         -  mengandungi 22% minyak pati tahan lama adalah

      Parfum yang tahan lama kerana kandungan patinye lebih pekat

      Tips Memakai Perfume

      Waktu siang - semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perut. Cara ini utk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran UV dan mengelakkan iritasi pd kulit.

      Waktu malam - sesuai disemburkan pada bahagian tengkok atau belakang leher. 
       Xtra Tips

      Untuk membuatkan perfume yg dipakai tahan lama, pakai bersama losen dan gel mandian dalam satu rangkaian yg sama (biasanya disertakan dalam set perfume).

      Untuk mengetahui sama ada perfume yg dibeli tue original atau tidak, goncangkan botol perfume pas2 tengok buihnya... jika buih sikit dan cepat hilang tandanya tak ori...dan jika banyak buih dan lambat hilang..ori le 2... :-D


      Sumber : Umibatrisya

      Sunday, October 2, 2011

      Tips Menjelang Exam (PMR)

      Peperiksaan PMR 2011 akan bermula pada 4 – 11 Oktober 2011 ini dan diharap anak-anak telah ready. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan slip exam masa masuk dewan dan baca doa banyak-banyak semoga semua di permudahkan. Selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW jangan dilupakan. Good Luck..

      Ehsan Cik Google (jangan tiru tauu..)

      1. Menjelang Hari Peperiksaan -Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul. -Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan. -Pastikan Anda Tiba Awal-Elakkan Dari Berbual Kosong -Pastikan Semua Keperluan Cukup.

      2. Persediaan Pada Hari Peperiksaan -Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk. -Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji -Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham. -Tidur Dengan Cukup

      3. Persediaan Rohani - lakukan solat sunat taubat dan solat hajat setiap hari - berdoa kepada Allah dengan seikhlas hati- selalu berselawat kepada Rasulullah SAW - bertawakal kepada Allah.

      4. Persediaan Emosi -Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan -Menjaga Hati Ibu Bapa -Tidak Bercinta -Terlalu Yakin -Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

      5. Persediaan Fizikal - Mengutamakan Kesihatan Badan – Tidak Tidur Larut Malam – Menjaga Keselamatan Diri – Makan Makanan Secukupnya – Riadah Yang Ringan, Sekitar 20minit Sehari
      6. Persediaan Mental -Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa -Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan -Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan
      Ehsan Cik Google lagik..
       Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan

      1. Over Confident
      2. Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan 
      3. Tulisan tidak kemas
      4. Tergesa-gesa
      5. Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
      6. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
      7. Panik yang tidak terkawal
      8. Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan 
      9. Tidak urus masa dengan betul
      10. Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul - cuai
      11. Menukar pilihan jawapan di saat akhir
      12. Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah

       Sumber : Google

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...