ANDA cukup tidur? Mungkin anda lesu walaupun selepas berjam-jam tidur akibat apnea (aliran udara terhalang), sementara pasangan anda pula lesu kerana melayan alunan dengkur anda sepanjang malam.
Dianggarkan hampir 5.55 juta penduduk Malaysia, tidak mengira jantina dan umur, menghasilkan orkestra dengkur setiap malam, sama ada ‘berdengkur tetap’ ataupun ‘berdengkur sambilan’.
Masalah dengkur bukan sahaja mengganggu penghidap malahan orang di sekitarnya, dan mungkin menjejaskan kualiti tidur lebih satu pertiga penduduk negara ini setiap malam.
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, jangan mudah putus asa kerana ada banyak cara mengatasinya.
Dengkuran adalah bunyi tisu mulut dan tenggorok yang bergetar dan
berlanggar apabila udara bergerak melalui saluran pernafasan yang sempit
ketika seseorang itu tidur. Apabila anda tidur, otot di mulut dan tenggorok akan berehat. Ini
akan mengecilkan saluran pernafasan (saluran dari hidung ke kotak
suara).
Antara perkara yang boleh mendatangkan halangan itu ialah:
- radang di hidung dan tekak
- tonsil yang besar
- rahang yang berubah kedudukan
- lemak di sekeliling saluran pernafasan
- lidah yang besar
- langit-langit yang lembut
- anak tekak yang lembut
- Jaga berat badan dengan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang 22
- Berhenti merokok
- Jauhi minuman beralkohol
- Ubat tidur
- Biasakan tidur mengiring dan elak daripada tidur terlentang. Cara tidur begini dapat menjauhkan lidah dari tekak lantas memberi ruang yang luas di bahagian tekak untuk mengalir udara.
- Atasi masalah alahan. Jika anda atau pasangan alah kepada habuk atau bau tertentu, hapuskan habuk dan bau itu daripada persekitaran rumah and. Alahan akan mengganggu tisu di hidung dan tekak. Jika dapat diatasi, tisu ini tidak akan mengganggu.
- Tinggikan kedudukn kepala dengan banal ketik tidur. Ini dapat memberi ruang yang lebih besar di saluran pernafasan.
- Tetapkan jadual tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Ini dapat menetapkn kadar pernafasan dan mengurankan dengkuran.
- Lekatkan pelekat di hidung. Sebelum tidur. lekatkan dengan cara yang boleh menarik hidung anda keluar dan ke atas. Pelekat ini dapat menarik hidung anda keluar. Ini akan membuka saluran pernafasan hidung dengan lebih besar.
Sumber : Utusan Malaysia & Serikasih
No comments:
Post a Comment