Anda Suka???

Sunday, February 12, 2012

Rumah Di Tengah Laut Berusia 107 Tahun


Rumah ni memang unik kerana ia telah dibina di tengah laut. Ia dibina di atas batu di tengah laut berhampiran Rhode Island dan yang menambahkan keunikan rumah ini ialah usianya yang kini mencecah 107 tahun semenjak ia dibina pada tahun 1905 oleh JS Lovering Wharton. 


Rumah ini juga dikenali sebagai Clingstone Mansion  dibina dengan kos 36,000 dolar, dan pada tahun 1961, rumah ini telah dibeli oleh Henry Wood dan bekas isterinya.  Kemudian dia mengubahsuainya dan kini menjadi manson yang menarik dan selesa dan telah didiami selama dua dekad lebih.


Rumah itu memiliki 23 bilik dan Wood tetap mempertahankan senibina bilik dan settingannya seperti 100 tahun lalu. Setiap tahun, pada musim panas, Wood dan keluarganya mengundang puluhan kawan-kawannya untuk bercuti di tempat mereka dan mereka bersama-sama mengemas rumah itu untuk memastikan rumah itu bersih kembali.


Sumber : Luahan Insan Terpinggir
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...