Jambatan terpanjang di dunia siap dibina di China setelah mengambil masa selama empat tahun. Jambatan sepanjang 42.5 kilometer yang memiliki persimpangan tersebut menghubungkan tiga kota di China. Jambatan itu menghubungkan Kota Qingdao di sebelah timur Wilayah Shandong dengan Daerah Huangdao. Panjang jambatan tersebut mencapai 42.5 kilometer atau sekitar lapan kali lebih panjang dari jambatan Suramadu di Jawa Timur, Indonesia yang memiliki panjang 5.4 kilometer.
Jambatan
bernama Qingdao Haiwan tersebut dibina oleh dua pasukan yang berbeza
yang memulakan kerja mereka sejak 2006. Pembinaannya siap pada Isnin
(27/12). Jambatan menghubungkan tiga kota pantai di Wilayah Shandong.
Salah satu kakitangan mengatakan, “Contoh dari komputer dan
perhitungannya semua sangat bagus. Tapi anda tidak boleh bersantai
sehingga kedua sisinya bersatu. Kerenggangan beberapa sentimeter saja
boleh menyebabkan berlakunya bencana.”
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan
Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana,
Amerika Syarikat (AS)..
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment