Anda Suka???

Sunday, December 9, 2012

Kalendar Kuda 2013

Pejam celik pejam celik 2013 dah tak lama lagi.  Tercari-cari kalendar untuk 2013? Usah bimbang atau gusar hehe. Kalau belum ada lagi kalendar jom pakat2 print ja kalendar nie yang akak share daripada latipah-harun dan Malaysian's Chromosome.

Dalam banyak2 kalendar yang cantik2 kalendar nie juga yang kita carik.. (betoi dak?).  Nama ja kalendar kuda tapi dah dibaik pulih oleh pakar2 di bawah.. (^_^)

Nak download atau print, klik ja gambar kalendar/link di bawah..


Terima kasih tak terhingga kepada Latipah Harun dan Malaysian's chromosome.

Sumber : latipah-harun dan Malaysian's chromosome

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia telah dikeluarkan berkenaan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2013 untuk kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Pembayaran gaji bulanan Kakitangan Awam Malaysia adalah melalui sistem gaji berkomputer pada tarikh yang dinyatakan.


Pembetulan yang mungkin tidak disengajakan oleh pembuat jadual iaitu tarikh 23.01.2013  yang jatuh pada hari Rabu dan bukan Khamis seperti yang dinyatakan.  Mungkin ada pembetulan sama ada antara hari Rabu atau Khamis yang sebenarnya. Tak perlu risau sebab perbezaannya cuma 1 hari ajer.. (^_^)

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 : Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013 yang dikeluarkan secara rasmi di SINI.

Saturday, December 8, 2012

Oscar Dikenali Kucing Yang Ganas


Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia.

Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu. Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.


Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang.


Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu.  Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.


"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu.Wanita itu berkata, dia juga bersyukur apabila Oscar ditemui di sebuah rumah di Northampton, kira-kira 40 kilometer dari sini.
 
Bagi penduduk Wingrave, mereka amat bersyukur dengan kehilangannya kerana menganggap kucing berusia lima tahun itu sangat ganas dan agresif. 



Sumber 

Thursday, December 6, 2012

Bagaimana Nak Tahu Telur Segar Atau Tidak

Dengan kaedah memasukkan telur ke dalam bekas berisi air, kita boleh mengetahui kesegaran telur tersebut:
  1. Sangat Segar- Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

  2. Berusia Seminggu -Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.

  3. Berusia 3 minggu- Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.

  4. Telur Busuk- Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air.So jangan makan... :-(

Sumber:

Saturday, December 1, 2012

Kuku & Kesihatan: Ketahui Tanda-Tandanya

Adakah anda tahu bahawa kuku anda boleh memberi petunjuk kepada kesihatan anda secara keseluruhan? Sentuhan putih, warna merah jambu, beralun atau bengkak boleh menjadi tanda penyakit yang terdapat dalam badan. Masalah hati, paru-paru dan jantung boleh dilihat pada kuku anda.

Mari kita lihat apakah kaitan kuku dengan kesihatan diri anda.

Kuku Pucat

Jika kuku anda kelihatan pucat, ia mungkin adalah petanda kepada beberapa penyakit yang serius seperti anemia, kegagalan jantung kongestif, masalah hati dan tanda-tanda pemakanan tidak seimbang.Oleh itu tidak salah jika anda lakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor anda bagi memastikan perkara tersebut.

Kuku Putih

Jika warna kuku anda kelihatan putih dengan keadaan gelap di sekelilingnya, ini menunjukkan anda berhadapan dengan masalah hati seperti hepatitis.

Kuku Kekuningan

Selalunya jika kuku anda berwarna kuning, ia adalah disebabkan jangkitan kulat. Namun apabila jangkitan tersebut semakin parah, kuku anda boleh menjadi menebal dan tercabut. Walaupun kes sebegini jarang sekali berlaku, tetapi kuku yang kekuningan mungkin menandakan penyakit yang lebih serius iaitu seperti tiroid, paru-paru, kencing manis atau psoriasis.

Kuku Kebiruan

Apabila kuku anda berwarna kebiru-biruan, ia mungkin bermakna tubuh badan anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ia juga mungkin menandakan terdapat jangkitan dalam paru-paru anda seperti pneumonia. Sesetengah masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku yang kebiruan.

Kuku Beralun

Jika permukaan kuku anda tampak beralun atau tompok berbintik, ia mungkin petanda awal penyakit psoriasis atau artritis radang. Perubahan warna kuku adalah perkara biasa dan anda boleh kulit di bawah kelihatan berwarna perang kemerahan.

Kuku Retak Atau Terbelah

Kuku yang kering, rapuh, sering retak atau terbelah seringkali dikaitkan dengan penyakit tiroid. Gabungan kuku retak atau terbelah dengan warna kekuningan adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.

Kuku Mudah Bengkak

Jika kulit di sekitar kuku anda kelihatan merah dan membengkak, ia dikenali sebagai radang lipatan kuku. Ia mungkin disebabkan oleh gangguan tisu perantara. Malah jangkitan juga boleh menyebabkan kemerahan dan radang.

Garisan Gelap Di Bawah Kuku

Jika kuku anda mempunyai garisan gelap di bawahnya, anda harus lakukan pemeriksaan atau dapatkan rawatan secepat mungkin. Adakalanya ia terjadi sedemikian disebabkan melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang berbahaya.

Menggigit Kuku

Menggigit kuku mungkin merupakan satu kebiasaan tabiat tetapi dalam sesetengah kes, ia adalah tanda serius dan anda digalakkan untuk mendapat rawatan. Menggigit atau mencabut kuku juga turut dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, ia adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda.

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...