Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.
Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.