Anda Suka???

Monday, August 27, 2012

Ucap Alhamdulillah Selepas Bersin



Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam. Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda.  Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.   Dengan kuasa dan perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin, Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik.

klik utk lebih besar
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan,
 الْحَمْدُ لِلَّهِ
[Alhamdulillah]
(Segala puji bagi Allah)

Lantas saudara atau temannya atau juga orang yang berada di sekelilingnya haruslah mengucapkan يَرْحَمُكَ اللهُ

[Yarhamukallooh]
(Semoga Allah memberi rahmat kepadamu)

Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

[Yahdiikumullooh Wa Yushlihu Baalakum]
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)
.
- [HR. al-Bukhari 7/125]

Sumber : FB

Sunday, August 26, 2012

(Fakta) 15 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

sekadar hiasan (^_^)
Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.

1. Terlalu lama berdiri
  • Merosakkan tulang.
  • Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
  • Liang faraj sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk
  • Merosakkan lipatan daging.
  • Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
  • Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan
  • Merosakkan urat.
  • Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
4. Terlalu lama melihat
  • Merosakkan darah.
  • Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur
  • Merosakkan tenaga.
  • Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
  • Selalu berangan-angan.
  • Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
  • Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira
  • Merosakkan usus
  • Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.
7. Terlalu kerap marah
  • Merosakkan hati.
  • Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir
  • Merosakkan limpa
  • Kulit muka cepat berkedut
  • Haid tidak menentu
  • Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
  • Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih
  • Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana
  • Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut
  • Merosakkan ginjal.
  • Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut
  • Merosakkan pundi hempedu.
  • Gejala pening kepala kerap dialami.
  • Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan
  • Merosakkan pencernaan.
  • Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
  • Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).
14. Terlalu minum minuman berais
  • Merosakkan otot dan lambung.
  • Badan dan payudara menjadi lembik.
  • Berat badan meningkat.
  • Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang
  • Merosakkan fikiran.
  • Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.



Wednesday, August 22, 2012

5 Faktor Kerosakan Hati

Sama seperti otak, hati merupakan organ terpenting dalam tubuh kita. Menjaga hati seperti menjaga nyawa kita. Di bawah adalah faktor hati kita menjadi rosak. Kadangkala faktor ini kita lakukan tanpa kita sedari dan menjadi habit harian kita. Oleh itu, kita harus berwaspada dengan perkara di bawah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu siang adalah penyebab utama.
  2. Tidak buang air di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Melewatkan sarapan.
  5. Makan terlalu banyak ubat.
  6. Terlalu banyak makan bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan pemanis buatan.
  7. Makan minyak goreng yang tidak sihat.
  8. Kurangkan kegunaan minyak ketika menggoreng. Minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Jangan makan makanan yang digoreng ketika anda lelah, kecuali jika badan sangat fit.
  9. Makanan mentah bagus untuk hati. Sayuran harus dimakan mentah atau dimasak sekejap. Sayuran yang digoreng harus dimakan segera, tidak elok menyimpannya.
Kita harus mencegah hal ini tanpa perlu tambahan kos. Kita hanya perlu mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik dan mengubah kebiasaan makanan kita. Mempertahankan kebiasaan makan yang baik dan keadaan waktu sangat penting bagi tubuh kita untuk menyerap dan menghilangkan zat kimia yang tidak diperlukan.



Thursday, August 16, 2012

Vitamin C



Vitamin C dikatakan sebagai vitamin yang berfungsi untuk melindungi badan kita daripada serangan penyakit jantung, strok, kataraks, diabetes, asthma dan pelbagai lagi penyakit serius yang lain.

Vitamin C diperlukan untuk membina kolagen, tisu penyambung yang kuat yang berupaya memegang skeleton badan kita, menghubungkan otot kepada tulang, membina salur darah yang kuat dan mengekalkan fungsi organ dan struktur kulit dengan baik. Kolagen ini ibarat gam kuat yang memegang seluruh bahagian tubuh kita, tanpanya struktur tubuh kita mungkin roboh, mengecut dan kulit jadi berkedut. Oleh kerana kolagen diperlukan untuk memperbaiki struktur tubuh, vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, baiki tulang yang patah dan seumpamanya.

Sebab itu kita perlukan lebih vitamin C ketika sakit. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita lebih mudah jatuh sakit atau lambat pulih dari sakit.

Begitulah hebatnya dan pentingnya vitamin C dalam pembinaan kolagen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Malangnya badan kita tak dapat menghasilkan vitamin C, jadi kita perlu ambil makanan yang tinggi vitamin C.

Makanan yang kaya vitamin C
Vitamin C boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan citrus seperti Grapefruit (47mg), lemon (31mg), orange (80mg) dan lain-lain. Juga boleh didapati dalam buah-buahan lain seperti jambu batu (165mg), kiwi (75mg), betik (188mg), strawberry, peach, nenas dan banyak lagi. Sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti brokoli (58mg), cili benggala kuning (341mg).

Berapa banyak kita perlukan
Pakar pemakanan juga menyarankan kita supaya mengambil 5 hidangan buah dan sayuran kaya vitamin C sehari untuk mendapat 250mg keperluan vitamin C. Dosage ini adalah cadangan RDA untuk orang yang sihat. Jika sakit kita perlu ambil lebih dos vitamin C supaya kita cepat pulih.

Memilih salad buah adalah lebih sihat daripada memilih snek, makanan segera atau kentang goreng. Malangnya salad buah yang dijual dikebanyakan kedai makanan ini telah musnah hampir separuh dari kandungan vitamin C ketika proses penyediaan akibat terdedah beberapa jam sebelum dimakan.

Apa pilihan yang kita ada?
  1. Bawa bekalan buah segar ke tempat kerja, bila nak makan baru dipotong.
  2. Perlu ambil 5 hidangan buah atau sayuran iaitu kira-kira 1biji lada bengggala kuning/ 2 biji jambu batu dan sebagainya (jumlahkan sehingga 250mg)
  3. Ambil supplement vitamin C 1 biji sehari.



Tuesday, August 14, 2012

Kucing Hetero Chroma : Baka Kucing Belaan Nabi?

Kucing hetero chromia ialah kucing yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza. Heterro Chromia selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas lah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seerkor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini.


Wallahu a'lam bis sawaf



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...