Anda Suka???

Monday, July 30, 2012

SINOPSIS DRAMA KAU YANG TERINDAH


Drama di Slot Akasia TV3 ini akan mula ditayangkan pada 6 Ogos 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam selepas tamat drama Dejavu di Kinabalu. Drama bersiri Kau Yang Terindah ini sebanyak 26 episod dan  menjalani penggambaran di Mekah. 

Dibarisi oleh pelakon Hafil Andrio Putra, Neelofa, Nazim Othman dan ramai lagi. Drama ini merupakan sebuah hasil karya arahan Erma Fatima.

Hafil Andrio Putra sebagai Firman

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.


Sumber: EDtv

Saturday, July 28, 2012

Tonsil

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh
  • Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak/li>
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
  • Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok-tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau batuk dan selsema.
 
Bagaimana rawatan radang tonsil ?
 
Perawatan yang dapat membantu adalah
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Bila kelenjar tonsil patut dibuang?  

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak?

 Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
Sumber : Info Sihat

Thursday, July 26, 2012

Tips dan Penawar Deman di Bulan Puasa

Punca Yang Mengakibatkan Demam
  1. Suhu badan meningkat secara mendadak melebihi suhu biasa 37 darjah celcius.
  2. Demam berpunca daripada serangan dan jangkitan bakteria dan virus.
  3. Perubahan cuaca mendadak. Jika biasanya hujan, tiba2 cuaca panas dan begitulah sebaliknya.
Tindakan Yang Diambil Terhadap Individu Yang Demam
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis. Elakkan memakai pakaian tebal atau selimut tebal kerana ianya dapat menghalang  haba dari dibebaskan.
  3. Minum air yang banyak.
  4. Makan ubat menurut arahan doktor.
  5. Mandi lap jika suhu melebihi 38 darjah celcius.
  6. Minum air 100 plus. 
Di bulan puasa ini, jika anda masih mampu berpuasa, teruskan. Sekiranya tidak mampu, atas nasihat doktor Islam, anda boleh berbuka puasa. Jangan lupa gantikan semual puasa yang ditinggalkan.

Bagi pesakit yang demam, elakkan daripada minum air sejuk dan banyakkan minum air suam. Makan suppliment seperti vitamin-c juga amat digalakkan.



Saturday, July 21, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012



Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri masing-masing.   Tahun ini, kebanyakkan negeri mengenakan zakat fitrah RM7 seorang. Negeri yang termurah ialah Perlis RM6 manakala yang paling mahal ialah Johor RM8 setiap orang.

klik utk besarkan
Kadar zakat bagi negeri Kedah tahun ini kekal RM7 dan bayaran boleh dibuat melalui  kaedah pembayaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna perkhidmatan Celcom dan Maxis.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
  1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
  2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya
Pengguna  diperlukan untuk menghantar beberapa maklumat, seperti nama, nombor kad pengenalan, dan nama bagi siapa yang mereka ingin bayar zakat fitrah tersebut.

Pembayaran akan dilakukan dengan menolak kredit pra-bayar anda ataupun dikenakan pada bil pascabayar. 


Sumber: Kosmo

Friday, July 20, 2012

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa 2012 Negeri Kedah



 Untuk seluruh negeri di Malaysia klik SINI.

Semoga amal ibadat kita sepanjang bulan ini sentiasa diterima Allah.



Sumber:   Pengurusan Fatwa JAKIM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...