Anda Suka???

Friday, May 25, 2012

Bahaya Minum Air Berlebihan



Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka

Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.

Pengambilan air terlalu banyak dalam sesuatu masa yang menyebabkan kehilangan sodium dipanggil hyponatremia, yang mana boleh merosakkan sel disebabkan tekanan. Tanda-tanda tertentu muncul dengan pantas seperti loya dan muntah-muntah. Sakit kepala juga boleh berlaku apabila otak mula membengkak. Susulan daripada tanda-tanda tersebut termasuk sawan dan koma. Kes-kes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.


Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan? 

Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggil glomeruli. Glomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama elektrolit.

Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.

Berapa banyak air yang diperlukan?

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan persekitaran. Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah tidak memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air yang lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk di kutub utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun sahara.

6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya anda memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum makan mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum air semasa makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak efisien dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.

Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa kehausan, ada kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan pemeriksaan segera.


Sumber : Zakikhan


Wednesday, May 23, 2012

Khasiat Biji Selasih



Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain.  Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:

Wedang Nata De Coco
  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah utk tidur).
  4. Menenangkan fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat coneole dantannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

 Sumber : Buku Nota Cempakamelati

Sunday, May 20, 2012

Apakah Koronari Arteri


Dikenali sebagai penyakit koronari arteri, ia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang kesemuanya berkaitan dengan pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung itu sendiri bagi membolehkannya mengepam darah.  Apabila deposit lemak terkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya semakin berkurangan. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dinamakan aterosklerosis.

Pembuluh darah ini sama ada tersumbat dan menyebabkan serangan jantung yang boleh membawa risiko kematian lebih-lebih lagi jika tidak dirawat dengan segera, ataupun tersempit, yang mana selalunya menyebabkan sakit dada atau istilah perubatannya, angina.

Angina sering berlaku apabila jantung terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa misalnya ketika melakukan senaman ataupun terdapat gangguan emosi. Bahagian jantung yang arterinya sempit tidak mendapat oksigen secukupnya, akibatnya seseorang mengalami sakit dada.

Sementara itu, serangan jantung pula terjadi apabila arteri yang sempit tadi secara tiba-tiba menjadi tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.  Otot-otot jantung yang mendapat bekalan darah daripada arteri yang tersumbat itu tidak mendapat oksigen dan sekiranya aliran darah tidak dipulihkan dengan kadar segera, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Perlu diingatkan, penyakit jantung yang dahulunya merupakan penyakit yang hanya terdengar di negara barat ataupun negara maju, sekarang ini sudah endemik dan menjadi masalah di mana sahaja. Ia telah membunuh ramai penduduk yang rata-ratanya masih berkemampuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara dan juga mereka yang menjadi pencari rezeki untuk keluarga.

Terdapat juga pesakit yang mengalami beberapa serangan jantung pada masa lepas tanpa mereka sedari sama ada disebabkan oleh masalah kencing manis ataupun risiko-risiko jantung yang lain, yang tidak pernah dirujuk kepada doktor sebelumnya, termasuklah kolesterol tinggi. Lazimnya, disebabkan oleh serangan bertubi-tubi secara senyap ini, pesakit akan mendapat komplikasi serius. Ini sama ada melibatkan kerosakan sebahagian atau keseluruhan dinding jantung ataupun kerosakan injap. Akibatnya pesakit akan menghidap lemah jantung dan kerap kali akan memerlukan rawatan hospital disebabkan masalah paru-paru berair.

Simptom yang perlu dikhuatiri
  •  Sakit dada ( apabila sakit dada "dada terasa berat, data tertekan" ataupun sakit dada yang dirasakan beralih ke tangan dan kadang-kadang ke rahang mulut. Mungkin berlaku secara tiba-tiba ataupun semasa atau selepas senaman kecil dan selepas melakukan aktiviti yang menggunakan lebih tenaga. Perlu diberikan perhatian lebih adalah apabila sakit itu berterusan lebih dari 20 minit ke setengah jam atau intensiti semakin meningkat, lebih-lebih lagi jika disertakan dengan rasa pening, loya atau berpeluh secara tiba-tiba.
Siapakah yang berisiko menghidap penyakit ini?
  • Gaya hidup seseorang seperti merokok (sama ada aktif merokok atau pasif, iaitu menghidu asap rokok orang lain), kencing manis, kolesterol tinggi (lemak dalam darah), darah tinggi, berat badan yang berlebihan dan kurang bersenam.
  • Seseorang yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap sakit jantung dalam usia yang muda juga berkemungkinan mengalami risiko yang sama.

Diagnosis

Apabila doktor mengesyaki anda menghidap penyakit jantung, selepas mengambil maklumat secara lisan daripada anda, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal.  Berdasarkan kepada maklumat awal ini, pemeriksaan seterusnya melibatkan:
  • Ujian darah
  • Bacaan elektrikal jantung (elektrokardiogram) atau singkatannya ECG dan 
  • Ujian senaman ECG.
Di atas pertimbangan doktor, selalunya prosedur penyiasatan yang penting iaitu angiogram koronari, sejenis sinar X pembuluh darah jantung akan dilakukan untuk melihat sama ada ia sempit atau tersumbat.   Satu tiub panjang dan halus akan dimasukkan ke dalam arteri sama ada di pangkal paha atau lengan anda menggunakan pembiusan setempat. Pesakit perlu sedar sepanjang ujian tersebut dijalankan untuk mengikuti arahan doktor.

Anda mungkin biasa mendengar orang menyebut pengkateteran jantung.  Ia dirujuk sedemikian mengambil sempena tiub tersebut yang turut dikenali sebagai kateter.  Kateter digerakkan melalui pembuluh darah utama tubuh ke aorta dan ke punca arteri koronari jantung. Pergerakan ini dilihat menerusi gambar sinar X yang dipamerkan pada skrin televisyen.  Apabila kateter sampai ke bahagian yang dikenal pasti, sedikit pewarna akan disuntik ke dalamnya dan gambaran sinar X diambil mengikut pewarna yang bergerak melalui arteri koronari.  Kebanyakan pesakit tidak akan berasa sakit sepanjang prosedur ini yang biasanya mengambil masa di antara 30 hingga 40 minit.


Apakah rawatan yang boleh didapati?

Apabila seseorang itu disahkan menghidap sakit jantung koronari ataupun dilabelkan berisiko tinggi, sebagai permulaan, ubat-ubatan akan diberi.  Ubat-ubatan selalunya merangkumi antiplatelet untuk mencairkan darah, beta-blocker untuk mengawal rentak jantung dan ubat kawal kolesterol. Jika menghidap kencing manis dan darah tinggi, ubat yang bersesuaian juga akan diberikan.

Jika mengadu sakit dada, pesakit akan dinasihati supaya mengambil sejenis ubat yang diletakkan di bawah lidah, yang mampu melegakan sakit dalam beberapa minit. Walau bagaimanapun, jika sakit berterusan, pesakit disarankan berjumpa doktor terdekat dengan seberapa segera.  Satu rawatan yang menjadi kelaziman di kalangan pakar jantung ketika ini adalah rawatan angioplasti belon dan stent (sejenis rerelung dawai logam), yang dijalankan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada prosedur penyiasatan angiogram koronari yang sama ada dilakukan terdahulu pada waktu yang berasingan ataupun serentak.

Saluran sempit atau tersumbat itu dirawat dengan belon khas dan diikuti dengan stent, untuk memastikan saluran darah itu terbuka luas untuk membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung yang berkenaan.  Jika saluran pembuluh darah itu tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, selalunya jika melibatkan banyak tempat ataupun saluran yang kritikal, pembedahan pintasan koronari akan disarankan. Ini selalunya adalah hasil dari perbincangan lanjut antara pakar jantung dan pakar bedah jantung.

Cara-cara untuk mengurangkan risiko
  •  Perokok mesti berhenti daripada meneruskan tabiat yang tidak berfaedah itu.
  • Berat badan mesti dikawal supaya tidak berlebihan.  Pemakanan sepatutnya bercirikan kesihatan iaitu yang kurang lemak, kurang manis, kurang masin dan berpatutan dari segi sukatannya.

  • Pesakit yang menghidap kencing manis semestinya perlu mengikut nasihat doktor, dan mengamalkan pemakanan yang tidak berasaskan gula atau karbohidrat yang terlalu tinggi.

  • Bersenam memang sudah diketahui akan menyihatkan badan, apatah lagi menjauhi seseorang dari gejala penyakit jantung koronari.
Sememangnya seseorang itu tidak dapat mengubah nasib keluarga yang berisiko tinggi ataupun genetik/keturunan penghidap penyakit ini tetapi amalan cara hidup sihat telah terbukti dapat menjauhi kita dari gejala-gejala penyakit yang amat berbahaya ini.

Artikel ini daripada:
DR. NOORFAIZAN SAAIDIN (20 September 2007)
(Pensyarah dan Pakar Perunding Kardiologi 
Unit Kardiologi, Jabatan Perubatan Hospital
Universiti Kebangsaa Malaysia)
 

Saturday, May 19, 2012

Litla Dimun Pulau Yang Bertopikan Awan


Litla Dimun adalah sebuah pulau kecil antara pulau Suouroy dan Stora Dimun di Kepulauan Faroe. Pulau ini adalah yang terkecil dari 18 pulau utama, dengan luas kurang dari 100 hektar dan merupakan satu-satunya pulau yang tidak berpenghuni.

Salah satu pemandangan yang paling menarik dari pulau ini adalah pulau ini sering dilitupi awan secara tetap. Jenis awannya dikenali sebagai awan lenticular, disebut demikian kerana berbentuk seperti lensa. Awan lenticular selalu dalam keadaan tetap. Ketika terbentuk biasanya berada di puncak gunung atau pulau-pulau dan ia tampak seperti memakai topi.


Sumer: cari

Friday, May 18, 2012

Sinopsis Drama Ameera (Slot Samarinda)


Drama baru dalam slot Samarinda bertajuk Ameera akan datang 23 Mei ini arahan Murali Abdullah menggantikan drama Mahabbah yang bakal berakhir.  Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina Af, JAsmin Hamid, Faizal Hussein, Hairi anak wayang dan Sabrina Ali akan bersiaran pada pukul 10.30 mlm Selasa - Rabu dan pukul 9.30 mlm pada hari Khamis di TV3.


Mengunakan tagline "DEMI ZURIAT sebuah PERJANJIAN TERMETERAI" drama Ameera ini mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat. Rita Rudaini melakonkan watak seorang isteri yang tidak ada anak, tetapi mengupah seorang wanita lakonan Zarina Af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya (lakonan Syamsul Yusof). Kemudian wanita tu diceraikan dengan upah RM360 ribu.

Tentunya cerita ni banyak konflik, berkisar tentang pengorbanan, penipuan, tamak haloba. Ada aksi lawan sikit, nampak Faizal Hussein bawa watak hitam gangster jadi bapak ayam dalam drama nie.





Sumber:  nurizspace 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...