Anda Suka???

Monday, December 5, 2011

Merlin Season 4



Bagi peminat siri Merlin nie mesti tak sabar-sabar nak tengok sambungan ceta nie (hehe termasuk akak le 2). Kat astro Channel 702 atau tv3 tengah sakan mengulang tayang terutama astro dari season 1 - 3. Walaupun dah banyak kali diulang tayang tetap tak jemu. (peminat tegar kah)

Promo kat tv dah ada dan akan ditayangkan pada 12 Disember ini di Astro 702 jam 9.00 malam setiap Isnin tapi kat tv3 tak shua sure bila. Mesti semua pakat dah tengok promo nie..

Musim nie boleh tengok Arthur mengambil alih tahta bila Uther mati.  Morgana dan kakak tirinya bergabung dan cuba memusnahkan Camelot dari jauh kerana lari daripada Camelot sebab percubaan merampas tahta tak berjaya.  Dalam season nie juga kakak tiri Morgana akan mati dan Morgana akhirnya tahu ada seorang penghalang segala niat jahatnya yang dikenali sebagai Emrys tapi dia tak tahu Merlin orangnya. 

Arthur mempunyai seorang penasihat iaitu pakciknya.  Arthur tidak tahu pakciknya bersekongkol dengan Morgana dan Merlin dan Gaius sahaja yang tahu niat pakcik Arthur tu.  Kalau nak tahu lagi sinopsis ceta ni baca SINI atau  SINI.

Kalaun nak sedut download kat SINI.

Trailer....


Saturday, November 26, 2011

CARPAL TUNNEL SYNDROME

Sakit ibu jari dan pergelangan tangan dah seminggu lebih akak rasa. Nak g klenek rasa macam tak payah la.. sikit je nie..tapi sakit makin terasa. Akhirnya tanya cik google and jumpa la info nie.... 

Sindrom Carpal Tunnel disebabkan bahagian saraf tertekan di bahagian telapak pergelangan tangan serta jari bahana daripada tekanan yang sering terjadi di bahagian tersebut.


Antara tanda-tanda sindrom ini adalah seperti:  
  • Sering rasa sengal pada pergelangan tangan dan juga jari tangan, erutama pada bahagian ibu jari, telunjuk dan jari tengah
  • Sakit & kadangkala melibatkan lengan ,bahu & leher
  • Kekakuan pada jari
  • Kebas terutama waktu malam

Bagaimana ini berlaku?

Secara umumnya, 3 jari ini (jari ibu, telunjuk dan hantu) dipersarafi oleh Median Nerve (N. medianus). Saraf ini memasuki kawasan tangan melalui bawah Transverse Carpal Ligament dimana laluan ini juga dipanggil Carpal tunnel yang terletak di pergelangan tangan.

Carpal tunnel syndrome terjadi akibat saraf tersebut tertekan atau tersepit oleh Tranverse Carpal Ligament. Penekanan terhadap saraf ini mungkin terjadi akibat kecederaan pada pergelangan tangan, ataupun akibat dari penggunaan pergerakkan pergelangan tangan yang kuat dan sering.

Wrist splint
Rawatan sindrom ini boleh dilakukan di rumah ataupun dengan cara pembedahan. Sekiranya tidak diindikasikan untuk dibedah, cukup dengan pemakaian wrist splint sekitar 4 hingga 6 minggu untuk memastikan pergelangan tangan berada di dalam keadaan rehat lalu melonggarkan tekanan saraf itu tadi. 

Sekiranya penggunaan wrist splint gagal dan pesakit perlu dibedah, pembedahan dilakukan dengan cara membuang ligamen yang menekan saraf itu bagi meluaskan lagi Carpal Tunnel tersebut.

Pembedahan CTS
Untuk mengelak daripada terkena...





Senaman yang boleh dilakukan



Ramai wanita yang mengalami sindrom ini berbanding lelaki dan selalunya berlaku pada wanita umur pertengahan. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mencegahnya seperti tidak melakukan pekerjaan yang terlalu berat yang boleh menyebabkan cedera pergelangan tangan.


Sumber : Media Kesihaan & Utusan Online



Monday, November 21, 2011

10 Tips Kurangkan Stress

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. 

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah : 


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

 

3) Banyakkan Solat Sunat  

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah  

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 

5) Bersangka baik dengan Allah 

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. 


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8.) Menangis dengan sepuas hati  

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. (Luaran lain hati lain) ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri  

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 

10) Cintai diri sendiri 

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".  Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Sumber :  email group drpd M. Rajoli Al-Qlantani 

Sunday, November 20, 2011

Jambatan Di Dalam Air


Jambatan unik ini dikenali sebagai Moses Bridge @ Jambatan Naib Musa. Ianya bukan terletak di Laut Merah, tapi terletak di Belanda. Ianya menerima jolokan Jambatan Nabi Musa oleh penduduk setempat kerana ianya seakan-akan aksi membelah laut mati yang dilakukan nabi musa ketika misi menyelamat Bani Israel dari tentera Firaun, maka sebab itu jambatan ini di bawah.


Jambatan ini dibina sedemikian rupa supaya ianya tidak mengubah lanskap parit pertahanan yang dibina mengelilingi sebuah kota lama. 


Jambatan ini dibina dari kayu Accoya yang terteknologi tinggi yang mana ianya lebih keras daripada mana-mana kayu dari Hutan Hujan Tropika yang dikatakan mampu tahan lebih lama dari kayu biasa bila direndam di dalam air dan disaluti dengan nontoxic anti-fungal (kayu tidak mudah reput).


Klik jangan x klik.....




Sumber : Cari


Thursday, November 17, 2011

10 Jenis Makanan Anti Kolesterol

1.    SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya, ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2.   KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.
3.   BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4.   EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal @ meminum jusnya, sebenarnya boleh menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan. 

5.   IKAN TUNA
Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6.   KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. 

7.   MANGGA
Terdapat banyak Vitamin C dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
8.   KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8%. 

9.   OAT
Banyak kajian saintifik yang di jalankan, menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolesterol anda. 


10.   JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...