Anda Suka???

Thursday, July 7, 2011

Sinopsis Drama Hilang di TV9


Drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd (Pn. Hajjah Ziela Jalil) dalam slot ratu di TV9 setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam ini  mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul (Zul Ariffin) merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan. Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya kian pudar kerana Azrul sering di ganggu oleh setiausahanya Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.
 
Suatu hari Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. 

Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan kedalam wad mental. Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang “kehilangan” ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina,anak kakaknya itu.

Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun demi kakak tersayang Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahannya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.

Ketika menghadiri mesyuarat Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih.Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.


Pelakon: Zul Ariffin, Ayu Raudhah, Rozita Che Wan, Julia Ziegler, Mia Sara

Sumber : myfriend2u

Monday, June 27, 2011

Bandar Ganjil Di Kaki Langit


HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam. Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini. Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi  (KOSMO)



 Adakah ianya betul atau.......... boleh caya ka??

Klik SINI untuk maklumat lanjut
 

Thursday, June 23, 2011

Bahaya Minum Teh Ais


Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu. Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama.

Penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula,  orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.


Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging. Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.

Sumber : CARI


Saturday, June 18, 2011

Kalimah Allah Terdapat Pada Setiap Jantung Manusia


Lafaz Kalimah Allah terdapat pada setiap Jantung Manusia. Bila Anda ada kawan seorang doktor, cuba tanyakan dan lihat lagi dengan teliti alur Urat yang terdapat pada jantung. Allah berfirman dalam surah Al A'raf

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ لَهُم قُلوبٌ لا يَفقَهونَ بِها وَلَهُم أَعيُنٌ لا يُبصِرونَ بِها وَلَهُم ءاذانٌ لا يَسمَعونَ بِها ۚ أُولٰئِكَ كَالأَنعٰمِ بَل هُم أَضَلُّ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الغٰفِلونَ . ١٧٩

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

وَلِلَّهِ الأَسماءُ الحُسنىٰ فَادعوهُ بِها ۖ وَذَرُوا الَّذينَ يُلحِدونَ فى أَسمٰئِهِ ۚ سَيُجزَونَ ما كانوا يَعمَلونَ ١٨٠

Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

 Sumber : Bloggercrew (terima kasih benarkan CNP)



Sunday, June 12, 2011

Biji Aprikot Penawar Kanser

Aprikot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. 

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Aprikot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.

Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Aprikot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot.

Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Kelebihan Vitamin B-17
  • Merawat & membunuh kanser
  • Merawat penyakit kencing manis
  • Merawat penyakit jantung
  • Merawat penyakit gout
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
  • Mengurangkan berat badan
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Melancarkan sistem peredaran darah
  • Seimbangkan kandungan gula dalam darah
  • Menurunkan kolesterol dalam darah

Peringatan & Amaran
Anda perlu menggunakan Biji Aprikot raw yang telah di nyah affsla toxin atau di sebut "organik asenik". Biji Aprikot Organik adalah Aprikot 1st yang terbaik, contoh "Apricot Affsla free toxsin" adalah Aprikot yang di gunakan dalam rawatan Kanser, bukan Aprikot yang di gunakan dalam ramuan kosmetik.

Biji Apricot merupakan bahan asas rawatan untuk merawat segala jenis kanser.  
Anda jangan tersalah pilih jenis Aprikot untuk rawatan dengan Aprikot untuk membuat kuih."


1.  Biji Aprikot (cooking) untuk buat kuih, tidak boleh digunakan untuk rawatan    kanser.


2.  Biji Aprikot B17 sahaja yang mampu merawat kanser. Jadi gunakan biji aprikot B17,  jenis yang digunakan dalam rawatan kanser.
Sumber : World Without Cancer dan rawatkanser.com (klik untuk maklumat lanjut)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...