Anda Suka???

Friday, August 27, 2010

Marikh Sebesar Bulan 27 Ogos????????

Sekali lagi, emel yang mengatakan kisah Marikh akan menjadi SEBESAR BULAN pada 27 Ogos ini mula tersebar.  Sepertimana yang saya jangkakan, tahun ini, seperti mana tahun-tahun terdahulu, menjelang bulan Ogos, ramai di antara kita mula menerima emel yang di-forwardkan oleh rakan-rakan menyatakan tentang 'kejadian' yang amat hebat ini. Yang lebih menarik perhatian ialah ayat "NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN".    Suka saya maklumkan bahawa kesemuanya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.  Ini adalah fakta yang sebenarnya. 

Jika dikira melalui kiraan falak, pada tarikh 27 Ogos 2010 ini, Marikh berada pada jarak 318 km JUTA kilometer daripada Bumi!! Marikh sekarang sedang berada di sebelah 'sana' atau hampir di belakang matahari ketika itu.

Malah, jika anda hendak mencari Marikh sekarang dan lihat keadaannya pun boleh. Cuba, tinjau-tinjau arah Barat selepas Maghrib (dah terlewat kerana sekarang dah melewati waktu maghrib). Akan kelihatan sebuah 'bintang' yang bersinat amat cerah pada arah baraat. Itu ialah planet Zuhrah. 

Di manakah Marikh sebenarnya?
Marikh berada di sebelah KANAN dari Zuhrah, lebih kurang 2 darjah ke kanan, atau lebih senang nak faham, jarak 2 jari ke kanan dari Zuhrah. Dan kecerahannya amat malap dan bersinar seperti sebuah bintang biasa sahaja!   Saya boleh katakan, jika saya tidak beritahu lokasi Marikh tersebut, anda pasti tidak akan perasan bahawa titik halus itu ialah Marikh!

Persoalan: Adakah ia akan menjadi sebesar bulan pada tarikh tersebut? 
Sudah pasti tidak, kerana ia berada amat jauh. Malah jika dilihat menerusi teleskop pun ia kelihatan seperti sebutir bintang yang halus. Cuba bandingkan dengan bulan yang sedang mengambang penuh di arah timur pada tarikh yang sama.

Sejarahnya, kisah ini bermula pada tahun 2003. Pada ketika itu, memang Marikh berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi, iaitu pada jarak 56 JUTA kilometer! JUTA.  Kombinasi orbit Bumi dan Marikh pada ketika itu menyebabkan, kedudukan jarak itu merupakan yang paling hampir sejak 60,000 tahun.  Pusingan orbit Bumi dan Marikh akan membawa kedua-dua planet ini berhampiran antara satu sama lain setiap 2 tahun 2 bulan. Dan setiap kali ia dekat, jaraknnya berbez-beza. Cuba lihat kiraan di bawah.

Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.

24 Apr 1999    Jarak 87 juta km
13 Jun 2001    Jarak 68 juta km
28 Ogo 2003    Jarak 56 juta km
7 Nov 2005    Jarak 70 juta km
24 Dis 2007    Jarak 89 juta km
29 Jan 2010    Jarak 99 juta km
3 Mac 2012    Jarak 101 juta km
8 Apr 2014    Jarak 93 juta km
22 Mei 2016    Jarak 76 juta km
27 Jul 2018    Jarak 58 juta km
13 Oct 2020    Jarak 63 juta km

 Asal usul email
 Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar bulan.  Jika dibandingkan dengan bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada bulan.  Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar".    Hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka email tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu...

Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.

Maka, jelas sekali maklumat yang tersebar setiap tahun berkenaan Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos itu adalah tidak tepat langsung dan tidak benar.


Sumber : Falak Online (CNP - minta izin ye)

Thursday, August 26, 2010

Afiq Izzat (KLIA-LAX-EWR)

23 Ogos lepas semua ahli keluarga menghantar adik ke KLIA untuk melanjutkan pelajarannya ke Stevens Institute of Technology di New Jersey, US.   Bermulala episod baru dalam hidup adik sebagai seorang pelajar yang bakal menuntut ilmu di negara orang.  Harapan keluarga agar adik belajar bersungguh-sungguh.  Dalam sibuk2 tue sempat gie berposing anak-anak kak nie.. Layanz je pic nie....

 x lepas peluang 4 beradik nie berposing


adik ngan kwn2 kat KLIA


dalam plane

semasa transit (adk yg bagitau haha)
 

 sampai Newark (adk bagitau jugak haha)
 

sampai dah...



 

Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raye

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500. Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.  Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

CUEPACS HARAP BONUS LEBIH TINGGI

Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.


Sumber : BERNAMA




Wednesday, August 18, 2010

Tips-tips Kesihatan Ramadhan

Matlamat puasa adalah taqwa. Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: ‘‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa’. Di dalam keinginan tinggi kita mendapat taqwa, aspek-aspek kesihatan dan pemakanan perlu diambil kira agar tubuh badan kita dapat melaksanakan segala ibadah sebaik mungkin.

Antara tips-tips kesihatan yang ingin dikongsikan adalah:

1. Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air
Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih. Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kalsium, vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan.

Ruthaab (kurma basah)  adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim ‘Rasulullah saw berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’

2. Bersegera berbuka dan bersederhana makan
Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghazam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.
Kita juga jangan menganggap jaudah berbuka adalah gabungan makan pagi, tengahari dan petang yang ditinggalkan beserta makan malam. Berbuka melebihi had menyebabkan badan menjadi letih dan kurang cergas untuk beribadat. Konsentrasi solat juga akan terganggu. Adalah baik bahawa kuantiti juadah yang kita nikmati adalah seperti kuantiti makan malam biasa. Kita berhenti makan sebaik sahaja merasakan perut akan penuh.

3. Melebihkan minum air kosong
Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan dibulan Ramadhan. Apa yang kerapkali berlaku adalaah kita minum air manis (air tebu, cincau, oren, sirap etc) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis (milo, nescafe, teh susu) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang. Puasa Ramadhan adalah satu period yang penting berlakunya proses ’detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan. Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pancreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin dari badan. Ketika puasa juga, bahan simpanan dalam badan (lemak)  ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi tidak berkesan jika kurang air di dalam badan.

Ada pendapat mengatakan bahawa minuman ais/sejuk adalah tidak baik bagi kesihatan kerana air yang sejuk didalam perut akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman. Walaupun pandangan ini diterima ramai, tiada fakta perubatan untuk mengesahkannya. Air sejuk/ais adalah hidangan hampir wajib disetiap rumah semasa berbuka di negara kita. Rakan-rakan saya dari kalangan doktor dan pakar perubatan sukakan air sejuk kerana ianya tidak membuang masa untuk menghabiskannya berbanding minuman panas. Dengan itu kami dapat bertugas dengan lebih cepat.

4. Sebaiknya masak sendiri jaudah berbuka
Juadah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat megawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya. Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah diluar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja. Tetapi bagi suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak-tidaknya kita menyediakan juadah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.

Satu trend yang kurang sihat yang berlaku di bandar-bandar adalah menghadiri ’Buffet Ramadhan’ di hotel-hotel. Hotel-hotel ini biasanya menawarkan pelbagai juadah istimewa sebagai penarik dengan harga yang tidak murah. Secara psikologinya, setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, kita akan cenderung makan sepuas mungkin. Ini menyebabkan kita terlebih kenyang dan ini tidak membantu dalam pengamalan makanan yang sihat. Ini tidak termasuk dengan status halal dapur-dapur hotel yang diperkatakan sekarang.

Perbanyakkan makan buah dan sayur dalam bulan Ramadhan. Buah-buahan dan sayur mempuyai banyak serat serta anti-oksident. Serat penting bagi melancarkan sistem penghazaman. Manakala anti- oksident adalah elemen penting anti penuaan dan melawan penghasilan barah. Saya mencadangkan supaya kita memakan lebih banyak sayur semasa berbuka dan menggantikan kuih-muih yang dimakan dengan buah-buahan selepas tarawih serta semasa bersahur.

5. Lewatkan bersahur
Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah saw bersabda ‘bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’( Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah ).

Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi. Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang diawal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.

Semoga penjagaan kesihatan semasa puasa Ramadhan dapat menjadikan badan cergas bagi melaksanakan ibadah semaksima mungkin. Kerana kita tidak tahu Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir bagi kita.


Sumber :  Dr Zulkifli Yusof
              Yang Dipertua ISMA Cawangan Alor Setar
              Pakar Perunding ENT Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar


Friday, August 13, 2010

Maher Zain

 Peminat nasyid mesti tau siapa Maher Zain nie.  Ianya satu fenomena baru.  Lagu-lagu dendangannya amatlah mendamaikan.  Kebanyakkan lagu beliau berunsurkan perjuangan rakan saudara Islam kita yang lain di samping nasyid yang berbentuk teguran.   Antaranya adalah For The Rest of My Life, InsyaAllah, Barakallah  dan  banyak lagi .

Sedikit biodata beliau akak selongkaq kat makcik google...
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.
Lirik For The Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Nak dengar klik ja halwa telinga kat atas nun




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...