Anda Suka???

Monday, December 28, 2009

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang dikenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya dihadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke Umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.



Sumber: ((Tmn2Syurga))





(kalau keadaan memaksa terpaksa la juga berhutang.....)

Friday, December 18, 2009

Terowong Keretapi Terpanjang

Terowong Selat (Channel Tunnel) merupakan satu terowong keretapi sepanjang 51.5 km (31 batu) di bawah Selat Inggeris di Selat Dover.   Ia menyambungkan Folkestone, Kent di England degan Coquelles dekat Calais di Utara Perarancis. 

Terowong ini telah terhenti beberapa kali, sebelum akhirnya siap pada tahun 1994.   Ia merupakan terowong keretapi kedua terpanjang di dunia, cuma terowong Seikan di Jepun lebih panjang, namun bahagian bawah lautnya sepanjang 39 km (24 batu) adalah terowong bawah laut terpanjang di dunia.   Terowong ini dijalankan oleh Eurotunnel.


Manakala Gotthard Base Terowong (GBT) adalah sebuah terowong keretapi yang sedang dibina di Switzerland. Dengan panjang direncanakan 57 km (35,4 batu) dan total 153,5 km (95.4 batu) dari terowong, shaft dan bahagian-bahagian yang dirancangkan, ia akan menjadi terowong terpanjang (dari semua rel keretapi dan jalan terowong) di dunia selepas siapnya, daripada pemegang rekod ketika ini, Seikan Tunnel (Jepun yang menghubungkan pulau Honshu dan Hokkaido). Projek ini direka untuk memaparkan dua terowong berasingan yang mengandungi satu lagu masing-masing. Terowong adalah sebahagian daripada projek AlpTransit Switzerland, yang juga dikenali sebagai New Keretapi Link melalui NRLA Alp yang juga merangkumi Base Lötschberg Terowong antara kanton Berne dan Valais. Seperti Lötschberg terowong, itu dimaksudkan untuk melewati rute pegunungan yang berkelok-kelok dan membentuk laluan langsung berpadanan untuk kereta api laju dan berat kereta api barang. Setelah siap diharapkan untuk mengurangkan  waktu perjalanan 3.5 jam dari Zurich ke Milan dengan satu jam. Ini juga akan mengurangkan masa antara Zurich dan Lugano ke 1 jam 40 minit. Kedua portal akan berada dekat Erstfeld, dan Bodio Kanton Uri, Kanton Ticino.

Sumber : wikipidia.org

Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah



Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu 'Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku
dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan
Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,
Allah ampunkan dosanya setahun".




Doa Awal Tahun
 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak
Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Sunday, December 13, 2009

Jenjalan

Kemarin (Sabtu, 12/12/09) akak bawak anak-anak ke kenduri di Perlis. Anak akak yang sulung ja tak ikut sebab x muat celus keta.. hehe pegi ngan orang tua akak. Janji jumpa ngan adik akak kat stesyen minyak Petronas kat Arau. Kami konvoi g kenduri tu.. Mungkin kami sampai awai sebab tak la ramai sangat g jadi senang la nak ambik makanan. Lauknya best... disediakan juga kuih muih, teh tarik, kopi O & laksa... Tak termakan lak.. banyak sangat... Lupa lak nak snap gambaq...

gambar pelamin je.. coz pengantin x sampai g



tetamu menjamu selera

Tak sempat nak nunggu pengantin sampai, anak-anak dah bising nak ke Taman Ular. Dah janji ngan budak-budak kena la bawa. OTW nak g ke Batu Pahat lalu kat kawasan kebun anggur & kebun Harum Manis. Bestnya kalau ble petik buahnyer.. tapi buahnya x der.. luar musim kot...

kebun anggur tapi lupa lak nak snap kebun mangga pelam harum manis

Sebelum ke Taman Ular, terus g ke Rimba Herba Perlis. Best tempat tu.. sejuk je walaupun di dalam hutan.. (hehe mana la panaih.. pokok keliling). Banyak gak pokok-pokok herba yang tak pernah akak dengar dan tengok. Nama-nama plak agak pelik & mengelikan hati. Antaranya Derhaka Mertua, Lidah Jin Kuning, Berangan Babi, Tinggung Anjing, Lidah Ayam dan banyak lagi la... Khasiatnya tok sah cakap la memang banyak dan memang elok kita g melawat tempat tu. Tak mahal pun tiket masuk cuma RM1.00 untuk dewasa & 50  sen kupang untuk kanak-kanak.





 

Habis ronda kat Rimba Herba Perlis, terus ke Taman Ular lak... Bagi anak-anak kak ja yang masuk tengok. Akak & bonda akak santai je kat luar Taman Ular sambe makan eskrin (hehe jadi budak-budak)  Tiket masuk RM4.00 untuk dewasa, RM1.00 untuk kanak-kanak.





Dari Taman Ular Perlis, terus ke kedai barang-barang buat kuih kerana bonda akak ada tempahan buat kek & biskut. Lupa lak nak snap gambar coz asyik masyuk dok tengok tepung segala kat dalam kedai tu.. Ok gak rega kat kedai tu... murah.. Dalam perjalanan balik ke rumah col Kak Mah (kedai kat rumah akak) odat mee goreng mamak dan bihun goreng untuk minum petang.. Masing-masing macam mai dari Tanjung Putuih coz semuanya lapar lapaq.




Friday, December 11, 2009

Tips Menghadapi Menopaus

Anda mungkin tidak tahu bila menopaus akan tiba. Anda juga tidak mahu ia memberi kejutan kepada anda. Oleh itu, bacalah artikel berkaitan kesihatan. Buat penyelidikan.  Rajin bertanya dengan ibu dan rakan-rakan yang mengalami menopause. Suruh mereka ceritakan apa yang mereka alami. Di bawah ini dicatatan tip agar anda boleh melalui perubahan hidup dengan lebih yakin jika anda bersedia dengan pengetahuan yang mendalam.

Selamat tinggal haid
Apabila haid anda mengalami perubahan yang tidak menentu pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an, anda sedang menghampiri menopaus - atau pra menopaus.  Anda akan menyedari beberapa siri perubahan seperti kitaran haid lebih pendek, haid tidak banyak, haid yang terlalu banyak, kitaran haid yang tidak menentu dan diakhiri dengan ‘putus haid’.

Cimicifuga Racemosa
Pernah dengar nama herba ini? Ia lebih dikenali sebagai Black Cohosh. Keupayaannya telah diperakui untuk merawat gejala-gejala biasa yang dikaitkan dengan menopaus seperti kenaikan suhu badan yang mendadak dan berpeluh di waktu malam. Black Cohosh telah digunakan oleh masyarakat asli Indian Amerika Utara untuk melegakan gejala-gejala menopaus.


Relaks
Kemungkinan besar ia adalah hot flash, satu gejala biasa menopaus. Hampir dua pertiga daripada wanita yang menopaus mengalami hot flash dan dalam kebanyakan kes, setiap kejadian berlaku paling singkat beberapa saat, paling lama 5 minit.  Rasa Pening. Sebahagian wanita menopaus dilaporkan mengalami vertigo, pusing kepala dan kerap kali hilang keseimbangan.



‘Insomnia’
Tidak boleh tidur (dengan atau tanpa berpeluh di waktu malam) adalah satu lagi gejala menopaus.

Osteoporosis
Estrogen boleh membantu mencegah kereputan dan kerapuhan tulang (osteoporosis).  Selepas menopause, tisu tulang boleh mengalami 'kerosakan' dan mengakibatkan risiko yang lebih besar dari segi patah tulang dan osteoporosis.

Berfikiran Positif
Seperti semua perubahan dalam kehidupan, anda juga kena membiasakan diri dengan menopause. Anak-anak mula meninggalkan kediaman. Persaraan menjelang tiba.  Pertambahan berat badan.  Berhenti merokok. Perokok mengalami menopaus lebih cepat berbanding bukan perokok. Merokok membawa keburukan kerana ia meningkatkan risiko wanita terhadap masalah kesihatan seperti osteoporosis dan sakit jantung. Libido seksual. Kebanyakan wanita mendakwa keinginan seks mereka menurun semasa tempoh menopaus. Puncanya ialah keadaan fizikal (kerengsaan dan kekeringan faraj, jangkitan pundi kencing dan sebagainya) atau emosi (hilang harga diri disebabkan oleh peningkatan berat badan, stres dan sebagainya.)  Jagalah kesihatan dan kecergasan. Tahap serius gejala-gejala menopaus dikaitkan dengan faktor penyumbang lain seperti diet, kecergasan fizikal, tahap stres dan sebagainya. Pada peringkat ini, anda harus mengambil langkah untuk memastikan peralihan menopaus lebih selesa untuk diri anda. Lakukan senaman, diet yang baik dan sentiasa kekal sihat. Ini adalah penting. Anda juga boleh mengambil herba asli seperti Black Cohosh untuk merawat menopause.

Selepas menopaus, setiap wanita dinasihatkan supaya menjalani ujian / pemeriksaan tulang yang kerap (imbasan DEXA atau ujian ketumpatan tulang). Ini adalah kerana wanita yang mengalami menopaus lebih terdedah kepada osteoporosis.  Emosi turun naik. Menopause ibarat ‘roller coaster’ bagi anda. Ada kalanya turun, adakalanya naik. Setiap bulan anda adalah bebas dari haid. Anda ada lebih masa terluang untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dalam hidup.


Sumber : Utusan Malaysia, 17 Julai 2007 (Kementerian Kesihatan)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...