Anda Suka???

Monday, October 1, 2012

Sungai Berwarna Hijau Neon Yang Menakjubkan

Sungai ini terletak di Goldstream Park, Kanada. Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai "Fluorescein" menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namun bahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut.


Sumber

Sunday, September 30, 2012

New York Wheel : Bakal Roda Feris Tertinggi Di Dunia

Staten Island, New York bakal mempunyai roda feris tertinggi di dunia menjelang tahun 2015. Projek ini akan dimulakan pada tahun 2014 nanti yang mempunyai ketinggian 190.5 meter dan ianya 25.5 meter lebih tinggi dari Singapore Flyer. Roda Feris ini akan diberi nama New York Wheel dan mempunyai 36 kapsul yang mampu memuatkan 40 orang dalam satu masa.

Kos pembinaan roda feris ini berjumlah USD 230 juta (RM690 juta). Bajet yang agak besar untuk membangunkan roda feris tertinggi dunia ini. Tujuan Roda Feris ini dibina bagi menutup reputasi buruk sebagai tempat pelupusan sampah terbesar di New York. Di samping New York Wheel, sebuah pusat membeli belah dan sebuah hotel juga akan dibina untuk pengunjung yang datang ke Staten Island.

Sumber

Friday, September 28, 2012

Kucing Comel Bermata Juling

Nama kucing itu adalah Spangles dilahirkan pada 4 Julai 2009, pemiliknya Mary Buchanan seorang mahasiswi yang tinggal di Spartanburg, South California. Kucing ini mulai popular sejak Mary membuatkan Fan page di Facebook untuk kucingnya dan sekarang kucing tersebut telah memiliki lebih dari 5000 folowers.

Setiap hari para penggemar Spangles menunggu gambar-gambar kucing ini memakai kostum unik seperti kostum katak, harimau dan unicorn. “Dia tidak mengalami hal-hal aneh seperti pening kerana matanya, dia seekor kucing yang manis dan juga sangat manja, dia sering berbaring di tempat tidur dengan saya” kata Mary.

Meskipun kucing ini mengalami sedikit kecacatan pada matanya namun begitu ramai peminat yang menyukai kucing ini.


Sumber : FB

Wednesday, September 26, 2012

Apakah Penyakit Gout?

Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Monday, September 17, 2012

Kegunaan Ubat Gigi Yang Tidak Kita Ketahui

Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi, memutih, ianya mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. 

Artikel ini akak terima melalui email.
  1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka.
  2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
  3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Cucinya di pagi hari.
  4. Mengilatkan kuku
  5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.... (biar betul)
  6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
  7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
  8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
  9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
  10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
  11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
  12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
  13. Menghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
  14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
  15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
  16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya. ^_^

Sumber: Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...