Anda Suka???

Wednesday, August 8, 2012

Drama Trilogi Cinta 2



Anda peminat drama Trilogi Cinta?   Rosyam Noor dan produksinya Suhan Movies akan kembali dengan Trilogi Cinta 2 yang bakal ditayangkan di TV1 pada 6 September setiap Khamis & Jumaat (sumber daripada FB).  Watak utama masih lagi Rosyam Noor dan Fouziah Ghous.

Novel sambungan pun akan keluar September nie.  Kepada pencinta2 novel bolehlah dapatkan novel nie di pasaran nanti. ^_^

cover novel - keluaran Alaf21
Promo
Sumber: FB  

Sunday, August 5, 2012

Tahukah Anda Bahaya Paracetamol?


Anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam (antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever). 

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.

Saturday, August 4, 2012

Fakta Menarik Tentang Kucing

Ramai orang yang memelihara seekor kucing atau lebih sebagai  haiwan peliharaan. Secara sedar ataupun tidak, sebenarnya, kucing pun ada fakta-fakta yang menarik. Nie antara fakta menarik tentang kucen...^_^
  • Kucing boleh membezakan warna ungu , biru , hijau dan kuning.
  • Kucing boleh balik ke rumah walaupun di buang jauh2 , tanpa disediakan kompas .
  • Kucing mempunyai ingatan jauh lebih baik daripada anjing, monyet, orang hutan .
  • Kucing boleh mengeluarkan lebih daripada 100 bunyian .
  • Kucing boleh berlari dengan kelajuan 50km/j.
  • Kucing akan mejilat tubuh badanya setelah mengalami kejadian berbahaya bertujuan untuk menenagkan dirinya .
  • Kucing tidak pernah berpeluh , walupun setitik .
  • Kucing mempunyai DNA yang berjenis AB dan boleh di padankan dengan manusia yang berdarah AB .
  • Kucing betina mengambil masa lebih kurang 58-65 hari ketika waktu buntingnya .
  • Kucing mempunyai suhu normal nya adalah 38.6 darjah celcius.
  • Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine)
  •  
Sumber: cisdel dan fakta menarik

Thursday, August 2, 2012

Jambatan Air Atas Sungai



Jambatan air ini dibina di German dengan nama Magdeburg Water Briged,  dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003. Panjang jambatan ini ialah 3012 kaki (918m) dengan kos pembinaannya pula ialah 500 juta euros atau RM2.167 billion.  Menggunakan 24 000 tan metrik logam dan 68 000 blok konkrit jabatan ini siap dibina dan dirasmikan pada Oktober 2003.  Tujuan pembinaan jambatan ini adalah untuk memendekkan laluan bot dan kapal kecil.


Kerana Perang Dunia Ke-2 dan perpecahan German kepada dua bahagian, projek ini ditunda sehingga tahun 1997 dan akhirnya siap pada tahun 2003 kepada umum.

Lagi info di SINI

 
Sumber: wikipedia


 

Wednesday, August 1, 2012

Fakta Kaitan Waktu dan Kesihatan

MALAM 

(9 - 11 malam)
Pada waktu inilah waktu badan menghapuskan KIMIA TOKSIK (DETOKSIFIKASI) dan bahan yang tidak diperlukan dari system antibody (LYMPH NODES). Tempoh ini sepatutnya dihabiskan dengan bersantai, relax atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang islam, eloklah mengahabiskan waktu ini dengan ibadah-ibadah ringan seperti mengaji Al-Quran dan berzikir.

(11 malam – 1 pagi)
Ketika ini merupakan proses detoksifikasi di dalam HATI yang sepatutnya berlaku ketika kita dalam keadaan tidur nyenyak.

PAGI

(1 - 3 pagi)
Proses detoksifikasi di dalam HEMPUDU, juga sepatutnya berlaku semasa kita tidur nyenyak.

(3 - 5 pagi)
Preses detoksifikasi di dalam PARU-PARU. Oleh itu ,kadangkala pada waktu ini akan berlaku batuk. Oleh kerana proses detoksifikasi telah sampai ke saluran system pernafasan, anda tidak perlu lagi mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan toksin.

(5-7 pagi)
Penyerapan nutrisi di dalam USUS kecil. Anda sepatutnya sedang bersarapan dalam tempoh ini.  Bagi meraka yang sakit sarapan sepatutnya diambil lebih awal. Sebelum 6.30 pagi.

Bersarapanlah sebelum 7.30 pagi pula bermanfaat bagi meraka yang mahu kekal sihat. Bagaimanapun, jika sarapan pada lewat pagi hingga jam 9-10 pagi adalah lebih baik daripada tidak bersarapan langsung.

Bagi mereka yang sering mengabaikan pengambilan sarapan, UBAHLAH TABIAT ITU kerana sarapan pagi amat penting unutk kita.

Sumber: Anis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...