Anda Suka???

Friday, June 29, 2012

Bahaya Minuman 3 in 1


Ramai di antara kita yang gemar menggunakan minuman 3-in-1. Keadaan sekeliling juga mempengaruhi penggunaannya. Mudah dan cepat untuk menyediakan minuman sarapan pagi mahupun berada di pejabat. Tidak perlu menyediakan gula, susu, milo dan lain-lain. Hanya membeli paket 3-in-1 sudah memadai untuk menyediakan minuman anda. Terlambat untuk ke pejabat atau kuliah. Anda hanya menggunakan 3-in-1 dan sudah siap bersarapan dengan segera. Adakah anda sedar bahawa minuman 3-in-1 adalah bahaya.

Antara bahaya-bahayanya ialah :
  1. Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.
  2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  3. Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  4. Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  5. Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.
  6. Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Dengan adanya packet 3-in-1. Rakyat Malaysia menjadi semakin mudah untuk membancuh air dan juga menjadi malas untuk menyediakan minuman seawal yang mungkin.
Berikut adalah antara tanda-tanda dan kesan-kesan pengambilan minuman 3 in 1 yang dapat dikenalpasti :
  1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung /dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
  2. Kerap merasakan kesakitan pada dada.
  3. Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun boleh tercungap-cungap.
  4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  5. Tapak tangan semakin basah.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan berdasarkan minuman 3 in 1 :
  1. Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).
  2. Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.
  3. Elakkan memakan ais-krim kerana ia mengandungi krimmer yang tinggi.
  4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.

Sumber : Islam itu Suci

Sunday, June 24, 2012

Khasiat Bawang Putih


Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan khasiat bawang putih berguna untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babaylon, Greek, Roman dan Mesir. Orang-orang Mesir purba  percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahan badan.   Antara khasiat bawang putih :-

Mengurangkan risiko strok 
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
 

Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
 
Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.


Meningkatkan sistem imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga kita semua mendapat manfaat.


Sumber: Email

Thursday, June 21, 2012

Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi terpanjang di dunia

Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah sebuah jambatan baru yang sedang berada pembinaan.  Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.  Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada.  Jambatan ini menelan kos RM4.5 billion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara dan yang pertama menggunakan tekonologi mampu menyerap gegaran gempa.

 Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008;
  • Mempunyai penahan gempa yang dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi;
  • Mempunyai 4 lorong dengan 2 lorong motosikal akan dbina di atas jambatan ini;
  •  Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu).  17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai;
  • 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan;
  • Enam persimpangan lebuh raya akan dbina dalam projek ini;
  • Akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan Rehat dan Rawat (R&R) di persimpangan tengah;
  • Ia direka seakan-akan memyerupai mutiara;
  • Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia;
  • Mencapai 65 peratus (Okt 2011) tahap kesiapan dan dijangka siap lebih awal garipada yang dijadualkan iaitu pada November 2013.
Lagi gambar pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang di SINI

Sumber: SINAR


Monday, June 18, 2012

Pertandingan Pancaragam Sekolah Rendah Negeri Kedah 2012

Jeng-jeng-jeng SK Bandar Baru Sintok masuk lagi pertandingan pancaragam bagi tahun 2012 di mana anak akak salah seorang peserta.  Pertandingan Pancaragam Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Kedah ini  anjuran Kolej Sultan Abdul Hamid telah diadakan pada 16 Jun 2012 (Sabtu lepas).

Antara sekolah yang bertanding  SK Jalan Pegawai, SK Tmn Uda dan SK Iskandar.  Kalau x silap akak ini adalah kali ketiga KSAH menganjurkan pertandingan ini bermula dari tahun 2010 (betulkan akak klu info nie x betul).

berbaris untuk testing (steady yana ^___^)
masih menunggu arahan
pertandingan bermula..
persembahan drpd SK Bandar Baru Sintok
lagi persembahan SK Bandar Baru Sintok
Akhirnya SK Sultanah Asma mendapat tempat pertama, SK Sri Ampang Muda tempat kedua dan SK Sungai Korok Lama di termpat ketiga.   Persembahan terbaik dan Drum Major Terbaik dimenangi oleh SK Peremba.  SK Bandar Baru Sintok??? hehe x dengaq la plak dok tempat ke berapa..


SK Bandar Baru Sintok


SK Sultanah Asma



Persembahan drpd KSAH



Friday, June 15, 2012

Bandar Di Tengah Laut (Oil Stone)

Bandar Oil Stone di bina sekiar awal tahun 1940-1950 akibat peningkatan keperluan minyak saat tercetusnya perang dunia ke-2.


Sebelum ini Rusia sudah mempunyai sumber minyak di daratan, namun kerana perang dunia ke-2 lama-kelamaan sumber minyak tersebut habis, sehingga akhirnya timbul idea untuk membangunkan Oil Stone City yang terletak di tengah-tengah lautan lepas, bagi memaksimumkan projek pengambilan minyak di lautan.


Panjang jalan bandar ini bila digabungkan adalah lebih kurang 350 km. Di bandar ini juga terdapat sekolah, air pancut, kedai dan juga padang bola.

Bandar ini telah didiami oleh 2000 orang penduduk dan jarak ke daratan adalah sejauh 42km. Masyarakat di sini kelihatan bahagia hidup di kota yang terapung di tengah-tengah lautan ini.


Sumber: World of MyaXander



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...