Anda Suka???

Tuesday, June 12, 2012

Pantai Yang Tidak Mempunyai Laut

Pantai Gulpiyuri di Sepanyol memang berbeza. Pantai ini memiliki pasir seperti pantai yang lain, tapi cuba lihat ke depan, Anda tidak akan menemukan lautan luas, hanya ada tebing tinggi. Inilah pantai unik tanpa laut.

Pantai unik ini terletak di Llanes, sebuah kota kecil di utara Sepanyol, di antara Punta Rociera dan Castro Molina. Pantai Gulpiyuri cukup kecil dengan panjang 40 meter dan lebar 15 meter.

Walau kecil, pantai di Spanyol ini sangat istimewa kerana setiap pengunjung yang datang tidak akan dapat melihat laut, seperti pantai di tempat lain. Panorama yang boleh dilihat dari pantai hanyalah kumpulan air masin dengan tebing tinggi. Unik bukan?

Mungkin anda bertanya, dari mana asalnya air masin di Pantai Gulpiyuri? Air ini berasal dari laut yang berjarak 100 meter dari pantai. Melalui gua yang berada di bawah tebing, air laut masuk dan mengalir ke arah pantai secara terus menerus.

Sama seperti pantai yang lain, air laut di Pantai Gulpiyuri seringkali mengalami air pasang. Meskipun seringkali mengalami air pasang, namun tidak ada ombak atau gelombang besar di sini.


Sumber:  Cari

Monday, June 11, 2012

Sinopsis Drama Deja vu di Kinabalu










DEJAVU DI KINABALU bakal menghiasi slot Akasia TV3 bermula 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan  Eirma Fatima merangkap penulis skrip.

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula dimiliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya.

Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia dipertemukan dengan Nadira. Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya tak usah lagi hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia dikejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cintanya akan berpaling arah? 

Menampilkan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.


Sumber: budiey


Drama nie ada persamaan ngan jalan ceta drama korea Summer Scent.. try klik SINI



Sunday, June 10, 2012

Sinopsis Drama Naziha (TV3)


NAZIHA drama baru dalam slot Zehra di TV3 menggantikan drama Bunga-bunga Syurga yang akan ditayangkan pada setiap Jumaat 9.00 malam mulai 15 Jun 2012 ini.


Sinopsis
Ianya mengisahkan Naziha yang sentiasa mendapat perhatian pemuda kerana wajahnya yang cantik.  Naziha dan Adam (Ryzal) adalah pasangan kekasih, namun hubungan mereka dicemburui oleh Farok (Erry Putra) anak orang kaya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memisahkan Naziha dan Ryzal.  

Farok berjaya mengahwini Naziha namun sikapnya menyakitkan hati Naziha dan Farok menjadi kaki pukul dan mengamalkan ilmu hitam supaya Naziha setia padanya.


 

 
Antara pelakon Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Nadia Senrose (Nelydia), Zain Saidin, Nadia Kesuma dan Mustapha Kamal.  Jom kita layanz drama nie plak...



Saturday, June 9, 2012

Lima Kota Paling Ekstrem Di Dunia

 Ronda (Spain)
Terletak di kawasan pegunungan di ketinggian 750 meter di atas permukaan laut.  Ronda terletak di Malaga di atas tebing curam berketinggian 100 meter yang bernama " El Tajo".  Kota ini di bangun pada abad ke-18.

 Bonifacio (Corsica): 
70 meter di atas Laut Mediteranian
Bonafacio terletak di selatan pulau Corsica merupakan komuniti terpadat di pulau tersebut. Kota ini terletak di tebing yang berketinggian 70 meter di atas permukaan laut yang dinamakan 'white limestone cliffs'.

Castellfolit de la Roca (Spain): 
50 meter diatas Tebing Batu Yang Terjal 
Terletak dikelilingi oleh sungai Fluvià dan Toronel.

 Santorini (Greece): 300 meter di atas 
permukaan laut (high Paradise)
 Terletak di 200 km sebelah selatan dari pulau utama di Yunani, pulau ini terbentuk akibat letusan gunung api. Pemandangan malam hari dari kota ini sangat menakjubkan.

   Manarola (Italy): 
Kota yang Paling Berbahaya Di Itali
 Kota ini sangat menyeramkan kerana terletak di tebing yang curam dan terjal. Kota ini telah dibangun 
sejak zaman roman kuno.

 

Sumber : Cari

Monday, June 4, 2012

Jambatan Tergantung Di Capilano Park

Jambatan tergantung Capilano ini adalah jambatan gantung yang merentasi Sungai Capilano di Daerah North Vancouver, British Columbia, Kanada yang dibina pada tahun 1889.   

Jambatan ini berukuran 450 kaki dengan ketinggian 230 kaki di atas sungai.  Dikatakan seramai 800,000 pelancong datang ke sini setiap tahun untuk berjalan-jalan di atas jambatan tersebut dan menikmati keindahan panorama.

 

Cliffwalk ini pula dibuka pada 3 Jun 2011. Laluan pejalan kaki ini digantung  di muka tebing granit di atas sungai Capilano dengan 16 mata sauh dan dua platform kaca yang sangat kuat.




Sumber : Capilano Suspension Bridge

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...