Anda Suka???

Saturday, March 10, 2012

The Secret Circle di 8TV


Drama 22 episod ini diadaptasi daripada penulis popular, L J Smith yang sebelum ini terkenal menerusi drama The Vampire Diaries. Ia mengisahkan seorang remaja perempuan yang sedar dirinya mempunyai kuasa sebagai ahli sihir dan terperangkap dengan perjanjian rahsia yang menjadi kunci pada pertempuran kuasa baik menentang jahat.

Sinopsis
The Secret Circle merujuk pada watak utama, Cassie Blake lakonan Britt Robertson yang melalui episod kehidupan yang pelik selepas ibunya meninggal dunia dalam satu kebakaran misteri. Dia yang baru berusia 16 tahun kemudian menetap bersama neneknya, Jane di satu pekan kecil, Chance Harbor, Washington. Berusaha menyesuai diri dengan persekitaran baru, Cassie berkenalan dengan Diana Meade. Mereka berkawan baik sehingga diperkenalkan kepada rakan-rakan lain - Faye, Melissa dan Nick yang selalu bersama dalam satu kumpulan. 
Book of Shadow
Konflik persahabatan mereka mula wujud apabila Cassie bertemu dengan teman lelaki Diana, Adam. Cassie berasakan suatu yang aneh ketika berdepan Adam. Ketika berjumpa dengan Dawn yang juga ibu pada Diana, Cassie mengetahui wanita itu adalah rakan ibunya ketika zaman kanak-kanak. Sebaliknya, Cassie tertanya-tanya mengapa mendiang ibunya tidak pernah menceritakan sejarah silam dia dilahirkan di kawasan itu.

Segala persoalan yang bermain di fikiran Cassie mula merungkai jawapan yang dicari selepas rakannya itu membuat pengakuan mereka adalah ahli sihir dan kehadiran Cassie seolah-olah melengkapkan kumpulan itu sebagai satu bulatan atau 'circle'.

8TV meletak kepercayaan drama bersiri ini dijangka mendapat sambutan positif penonton khususnya remaja dan penggemar kisah ahli sihir yang disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam bermula 6 Mac yang lepas.


Sumber : Harian Metro

 

Thursday, March 8, 2012

Hotel Mewah Untuk Kucing



Di  London, sebuah hotel kucing yang terletak di Welwyn Garden City, Hertfordshire terkenal sebagai hotel termewah bagi kucing-kucing dengan bayaran harian jenis mengikut suites £16 (RM75.00) hingga £60 (RM283) selain menu tambahan £3.50 (RM17.34) untuk satu sajian.


Hotel mewah ini mempunyai kemudahan tempat tinggal yang mewah dan menu makanan organic seperti daging salmon, udang harimau dan ikan kukus (steamed white fish). Makanannya pula dihidangkan dengan peralatan pinggan perak dan mangkuk Cina yang mahal. 


Hotel ini menawarkan enam calet yang masing-masing mempunyai bilik tidur dan kawasan senaman, Rawatan kuku dan urutan ke atas haiwan itu turut disediakan.  Haiwan-haiwan itu juga akan mendengar muzik jazz dan klasik menerusi sistem bunyi yang bernilai £5,000 (RM24,779).



Sumber : Longcroft

 

Wednesday, March 7, 2012

Drama Bunga-Bunga Syurga

  Slot : Zehra (TV3)
Waktu Siaran : 9 malam
Hari siaran : Jumaat
Jumlah episod : 13
Terbitan : Suhan Movie
Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem
Para Pelakon : Johan Asari, Wawa Zainal, 
Eizlan Yusof, Rozita Che Wan


Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu. 

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh. 

Sumber gmbr drpd: anamarzablog.com
Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.

Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.  

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka?


Sumber : TV3

Monday, March 5, 2012

Cari Kucing

Meh buat aktiviti mata sat...cuba, try and test cari kucing dalam gambar di bawah...


 Jumpa .....

Mesti jumpa.... one more......very good

Sumber : email

 

Sunday, March 4, 2012

Kafe Kucing

Di Jepun, kucing dihantar ke satu tempat yang dinamakan kafe kucing bertujuan untuk kucing bermain, relax dan bersosial dengan kucing-kucing yang lain. 

Dengan bayaran antara RM15- RM21, pencinta kucing di Jepun akan menikmati kopi panas sambil dikelilingi beratus-ratus ekor kucing. Untuk menjaga kebersihan pengunjung dihendaki memakai stokin dan selipar pakai buang, begitu juga dikehendaki membasuh tangan mereka dengan antiseptik.

 
 Sumber : Pencinta Kucing


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...