Anda Suka???

Thursday, January 27, 2011

Petua Untuk Kurus dan Langsing

Petua 1: Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu jadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Amalkan meminumnya selama sebulan dan berat badan anda akan beransur turun. 

Petua 2: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu dengan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

Petua 3: Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. 

Petua 4: Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.
 
Petua 5: Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambil 5 halia bara (Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. 

Petua 6: Mengurangkan Buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi. 

Petua 7: Mengempiskan Perut - Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian minum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 


Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama


 

Wednesday, January 19, 2011

Drama Hani Di Slot Lestary TV3

Walaupun agak ketinggalan rasanya belum terlambat akak nak share ost drama Hani dan sinopsis drama ni. Layan jer...



Sinopsis

Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.  Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.
Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.  Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.  Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.  Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.  Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?



Sunday, January 16, 2011

Happy Birthday Adik..


Happy birthday adik... Hari ni genaplah umur Afiq  Izzat 20 tahun. 



birthday boy



 

Saturday, January 15, 2011

Gua Terbesar Di Dunia

Sepasukan pengkaji gua Britain percaya mereka menemui laluan gua terbesar di dunia di tengah hutan di Vietnam baru-baru ini. Laluan itu dikatakan setinggi 198 meter dan lebar 152 meter.

 
Gua itu yang dikenali penduduk tempatan sebagai Hang Son Dong (Gua Sungai Gunung) juga dipercayai dua kali ganda lebih besar berbanding Gua Rusa di Mulu, Sarawak yang setinggi 92 meter dan 83 meter lebar dan dianggap sebagai yang terbesar di dunia sebelum ini.

"Ia sungguh besar dan menakjubkan dan satu penemuan paling penting oleh pasukan pengkaji gua Britain," kata Adam Spillane, antara 13 anggota pasukan ekspedisi itu.
 
Dengan menggunakan peralatan mengukur laser yang dikenali sebagai LaserRace 300, pasukan itu berupaya mengukur ketinggian dan lebar gua berkenaan. Mereka kini berada semula di London untuk menganalisis penemuan itu.

Menurut sumber, gua itu pada asalnya ditemui pada 1991 oleh warga tempatan, Ho Khanh yang mendiami kawasan hutan berhampiran. Bagaimanapun, menurut Spillane, belum ada orang yang pernah memasukinya.

"Bunyi deruan angin dan bunyi arus air di dalamnya sungguh menggerunkan kerana kewujudan sungai besar di bawah gua itu," katanya.

Dengan disertai wakil dari Universiti Sains Hanoi, Pasukan Ekspedisi Gua Britain-Vietnam 2009 itu menghabiskan masa lima hari menjelajah permukaan gua itu yang terletak di Taman Negara Phong Nha-Ke Bang pada pertengahan April lalu.

Mereka sebelum itu menghabiskan masa enam jam berjalan merentasi hutan sebelum tiba di pintu gua berkenaan. Selepas menuruni ruang yang amat luas, mereka berdepan pula dengan dua sungai bawah tanah sebelum tiba di pintu utama Hang Son Dong.

Pasukan itu akan kembali semula ke Vitenam beberapa bulan lagi untuk melengkapkan ekspedisi itu serta menjalankan kajian sepenuhnya.
"Lebih banyak tugas terpaksa dilakukan pada eskpedisi kami akan datang untuk menyiapkan penyelidikan terhadap Hang Son Doong dan memperoleh catatan bergambar gua itu. Penemuan gua menakjubkan seumpama itu pada zaman ini adalah satu pencapaian besar," kata Spillane.


Sumber : hmetro



 

Friday, January 14, 2011

Makan Roti Buatan Sendiri

Lama dah dok idam nak ada breadmaker x kira brand apa pun janji leh buat roti.. hehe. Kebetulan adik akak nak pindah rumah dan tak mau lagi dah breadmaker yang dia beli masa study kat UK dulu.  Hehe cepat je akak sambar breadmaker tu... tapi masalahnya x gheti nak guna. Dah la manual x dak apatah lagi resepi. Minta tulun kat cik google tak banyak yang membantu. Kalau ada sapa2 yang tau guna breadmaker brand nie tulun akak yea.. (ada ka yang baca nie...)

taraa... nie la (breadmaker bifinett kh2232) yg adk akak bagi 2

Haha... abaikan tajuk di atas tu yek....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...