Anda Suka???

Friday, November 12, 2010

Masjid Pasang Siap Di Utara Kanada

Gambar daripada dokumentari Arctic Mosque merakamkan sebuah masjid bergerak
dipunggah ke atas sebuah tongkang dari Jambatan Deh Cho di Sungai Mackenzie, 
Nortwest Territories, Kanada pada 13 September, 2010. - AFP

OTTAWA 24 Sept. - Sebuah masjid kecil bergerak tiba di kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer mengikut jalan darat dan sungai. Ketua projek masjid pasang siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di limbungan untuk menyambut ketibaan masjid itu petang semalam. Bilangan penduduk Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories, Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka. Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf pada bulan lepas. 

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf. Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories. Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik. Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. - AFP 


Sumber : Utusan Online
 

Monday, November 8, 2010

Filem Ombak Rindu adaptasi daripada novel


Peminat Fauziah Ashari mesti tahu novel nie yang sedang giat difilemkan mulai bulan Julai 2010 dan bakal ditayangkan kepada umum pada awal 2011, InsyaAllah.  Daripada cerita kawan ofis kak cerita nie memang sangat menarik dan beliau adalah seorang peminat setia cerita novel terutama FAuziah Ashari. Sorry ye Nanie kalu akak silap. 

Antara pelakon filem ini adalah  Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri dan Natasha Hudson. Lokasi pengambaran sekitar  Cameron Highland, Langkawi, Perlis, Penang, dan Kuala Lumpur.   Pengarah Osman Ali, Penulis Skrip Armantono, terbitan Tarantella Pictures dan Penerbit Sharad Sharan/Renu Sharan.

Sinopsis: Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


 
 
Sumber : Cari






Saturday, November 6, 2010

Mangsa banjir di Kubang Pasu berkurangan,di Kota Setar meningkat

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan manakala daerah Padang Terap 
kekal dan Pendang meningkat sedikit.

Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. 


Sumber : Metro Online

Gambar2 banjir kat bawah nie diambil dari FB kawan2. Minta izin ye cnp kat sini.

 air sungai badak melimpah

 Taman Palma berhampiran Taman U
 Sungai kat dlm UUM berdekatan DPP

 Pekan Changlun sesak teruk
 Pekan Changlun
 Airpot kepala Batas
 Alor Setar
 Jln. Sultanah Alor Setar
 Jitra
Jitra
 
Terima kasih kepada rakan2 FB banyak betoi gambar2 yang diupload dalam FB. Sama-samalah kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala.







Friday, October 1, 2010

Kelab DTS - Mat Gebu di FB


Meh kita pakat-pakat joint Kelab Dapur Tanpa Sempadan (DTS) Mat Gebu di FB. Bersedia untuk menjawab permasalan anda berkaitan dunia masakan bersama teman2 blogger dan juga bertukar-tukar idea antara kita.... kata En. Mat.  Tak senang duduk kalau tak buka blog mat gebu nie setiap hari.. Macam-macam resepi yang dikongsi oleh En. Mat yang tak lokek di samping pinggan mangkuk yang cantik2 belaka.

Jangan tunggu lama-lama meh kita pakat-pakat joint Kelab DTS Mat Gebu.  Klik SINI




Planet Di Gelar Bumi Baru Ditemui

 LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g. 
 
LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam. 

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.  Bintang itu diberi nama Gliese 581.  Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.  Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar. Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa. Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi


Sumber: Kosmo Online - Dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...