Anda Suka???

Monday, August 9, 2010

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Macam-macam petua boleh diperolehi daripada blog Pak Ngah - Farit Ismet Emir.  Pak Ngah nie memang fofular dalam FB dengan petua-petua dan blog2nye.  Minta izin ya Pak Ngah, akak cnp.
 

BERSAHUR

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab,menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
  • Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
  • Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.


FASA-FASA PUASA YANG BERJAYA
Fasa pertama (2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah.

Fasa kedua (3-14 hari):

Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):

Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum.


Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama (minta izin sekali lagi ya Pak Ngah cnp)

Saturday, August 7, 2010

Peribahasa Millenium

punya susu, dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.


Melepaskan
didalam [lift].

Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai!
Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!


Seperti
jantan dgn betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak
aje.



Sepandai-pandai
terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.



Sepandai-pandai
melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.



Biar putih
jangan kuning .
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga,
kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.



Kalau tidak ader
masakan satu boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...




Seperti
luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.


Ader
di sebalik lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader
sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....



Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk

Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!




Sudah jatuh ditimpa
<-- Klassik siak!
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.



tak mancung, pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . maknernya................
Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...


Sumber : Email

Thursday, August 5, 2010

Ramadan dan Bulan Kemerdekaan

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan dan di akhir bulan ini akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yeng ke-53.  Di sini akak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam dan Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-53 kepada rakyat Malaysia. (hehe ade ke yang baca n3 nie?)


Di sini akak kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena untuk persediaan kita menanti kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1431 H / 2010 M
BAGI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

ZON 1 : DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA 
     *   Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
     **   Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan 
           Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

(klik jadual untuk besarkan)


Untuk tengok jadual seluruh kawasan di Malaysia klik sini


Tuesday, August 3, 2010

Bulan Akan Menjadi Dua Pada 27 Ogos 2010

Dapat email nie petang tadi terus post dalam n3 nie.

Saat paling penting dalam sejarah Astronomi dunia pada 27 Ogos 2010 ini. Fenomena bulan akan menjadi 2 pada tarik 27 Ogos 2010 ini sebenarnya berlaku kerana Marikh berada dekat dengan bumi dan kelihatan bumi mempunyai 2 bulan. Fenomena ini hanya akan berlaku sekali lagi pada 2287. Maknanya, orang yang hidup pada hari ni mustahil untuk tengoknya semula dalam satu kehidupan yang sama. Jadi jangan lepaskan peluang ini. 27 Ogos 2010 tepat 12.30 pagi planet marikh akan berada lebih kurang 34.65 juta batu sahaja dari bumi.

Sejauh mana kebenaran perkara ini, kita tunggu dan lihat sahaja. Sukar untuk mengatakan ianya betul dan sukar untuk menolaknya bulat-bulat. Terpulang pada diri masing-masing dan tunggu 27 Ogos ini.  Boleh juga baca artikel nie di sini.


Sumber :  kondakondi.com

Epilog Syurga Cinta dan Adik Mia Sara Nasuha


Drama Epilog Syurga Cinta menggantikan drama Ilusi yang telah berakhir pada 29 Jun 2010 lalu. Drama ini diadaptasi daripada filem Syurga Cinta tetapi secara keseluruhan pelakonnya bertukar di mana Zizan Nin sebagai pelakon utama, Fida Panthene, adik Mia Sara dan ramai lagi. Tak sabar nak tengok adik mia sara yang keletah nie. Drama 28 episod dalam slot Akasia di TV3 telah bersiaran pada 2 Ogos jam 6.30 petang setiap Isnin - Khamis.

Sinopsis Epilog Syurga Cinta
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.
Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Meh kita tengok pic adik mia sara yang come lote nie.. 




Sumber : Pelbagai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...