Anda Suka???

Wednesday, November 28, 2012

Fenomena Air Laut Bertukar Merah Darah

Pantai Bondi yang terkenal di dunia telah mengalami fenomena semulajadi yang jarang berlaku apabila airnya bertukar ke warna merah darah. Bondi adalah antara beberapa pantai yang popular di Sydney, Australia, yang terpaksa ditutup selepas kumpulan alga yang besar mengubah laut menjadi sesuatu yang menyerupai adegan dari filem 'Jaws'.


Fenomena semulajadi ini adalah disebabkan apabila sejenis alga laut, tumbuhan seperti rumpai laut berkumpul dalam kumpulan yang banyak dan menyebarkan sejenis organisma tertentu yang menjadikan laut bertukar berwarna merah seperti darah pekat.

Dikenali sebagai Nocturnal Scintillans atau 'sea sparkle', ianya dikatakan tidak mempunyai sebarang kesan toksik tetapi orang ramai masih dinasihatkan untuk mengelakkan berenang di kawasan yang airnya berubah warna, kerana alga dikuatiri mengandungi kadar ammonia yang tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.


Sumber


Saturday, November 17, 2012

Gelagat Lucu Kucing

Kucing merupakan haiwan manja yang sudah menjadi kebiasaan di rumah kita tapi pernah tak kita terfikir untuk merakam gelagat mereka? Tengok ja kat bawah nie...


Sumber

Thursday, November 15, 2012

Drama Terlanjur Cinta di TV9


Drama Terlanjur Cinta arahan Eirma Fatima akan menemui penonton mulai 20 November ini dalam slot Ratu TV9 (Isnin dan Selasa). Antara pelakon drama ini ialah Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Marsha Millan  dan penampilan istimewa Raja Ema.  

Sinopsis??? jenuh dok tanya  uncle gugel tapi x nak bagi tau. Uncle kedekut sket kali nie.. :-(

 Sumber


Sunday, November 11, 2012

Rumput Ular Sabah (SSG)


Rumput Ular Sabah atau Sabah Snake Grass (SSG) yang juga dikenali sebagai Belalai Gajah atau nama saintifiknya Clinacanthusnutans menjadi semakin popular di kalangan pesakit kanser/barah. Daun herbal ini mempunyai ramuan aktif yang boleh melawan penyakit kanser sehingga sembuh. Daun ini hanya terdapat di hutan tropikal seperti di Malaysia.

Cara-cara kegunaan Rumput Ular Sabah (SSG) atau Daun Belalai Gajah mengikut stage penyakit:

Stage 1  : 30 helai daun setiap hari
Stage 2  : 50 helai daun setiap hari 
Stage 3  : 100 helai daun setiap hari
Stage 4  : 150 helai daun setiap hari

Jika pesakit sudah beransur sembuh kurangkan penggunaan daun tersebut.

CARA-CARA PENGAMBILAN
  1. Tuangkan separuh cawan air ke dalam blender
  2. Tambah 1 atau 2 ketul air batu cubes untuk mengelakkan kepanasan melampau semasa kisar.
  3. Campurkan 1 1/3 (satu suku) lemon atau jus limau (penambahan vitamin C dan mengelak dari oksidasi)
  4. Basuh daun segar SSG yang diperlukan dan masukkan ke dalam blender.
  5. Kupas kulit buah epal dan keluarkan tengah dan bijinya.
  6. Potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal itu ke dalam blender.
  7. Blend dan minum segera, kalau lewatpun dalam 5 minit (pengambilan setiap hari)
  8. Jika badan merasa sejuk, tambah sehiris dua halia atau minum air herba suam
PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
  1. Gula dan segala jenis manisan
  2. Ikan kembung, ikan pari, 7 angled-fish
  3. Daging, ayam, itik, lembu
  4. Beras berkanji
  5. Margarine
  6. Durian
  7. Herba sarang burung
  8. Ginseng dan herba awet muda
Perbanyakkan memakan buah betik dan nenas kerana buah-buahan ini banyak membantu semasa proses meminum jus daun belalai gajah, selain itu beet root, biji aprikot, daun durian belanda juga membantu. Selamat mencuba dan yang penting pasang nawaitu dalam hati supaya lekas sembuh. InsyaAllah.


Sumber: SINI dan SINI

Saturday, November 10, 2012

Jalan Raya Muzikal Di Jepun

Muzik yang dimainkan di corong-corong radio boleh dikatakan sering menjadi halwa telinga bagi para pemandu bagi mengelakkan kebosanan ketika memandu kenderaan..  Namun, di Jepun, sebatang jalan raya boleh menggantikan fungsi radio dengan mengeluarkan muzik apabila kenderaan di pandu di atasnya..  Nak tahu dengan lebih lanjut, jom usha kat bawah nie..

Jalan musical bermula..

Teori di sebalik Jalan raya Muzikal ini amat mudah: apabila sebuah kereta dipandu  sepanjang jalan yang mempunyai banyak siri alur yang dipotong di atasnya, ia akan mewujudkan resonans atau gema bunyi apabila tayar kenderaan berulangkali melepasi alur berkenaan. Sebagai contoh, anda mungkin pernah mengalami pengalaman ini semasa memandu di atas garisan kuning sebelum melepasi bonggol di atas jalan raya.

Jalan raya muzikal ini telah direka oleh En. Shinoda yang bekerja di Institut Penyelidikan Perindustrian Hokkaido dan beliau mengambil masa yang agak panjang bagi merealisasikan teori resonsnya dalam cara yang unik.

Shinoda mendapati bahawa dengan mengubah jarak antara alur yang dipotong, ia akan mengeluarkan bunyi yang berbeza. Ia kelihatan amat serupa dengan aplikasi yang digunakan dalam kotak muzik lama di mana logam pada gelung muzik ditebuk dengan jarak yang berbeza bagi mengeluarkan tona bunyi yang menghasilkan muzik.

Lagu yang dimainkan tersebut mungkin tidak sesedap muzik yang dimainkan melalui radio dan pemain CD, namun memandangkan ia dimainkan oleh kumpulan "Goodyear Orchestra", ia tidaklah teruk sangat.  Jalan raya Muzikal ini terletak di wilayah Hokkaido, Wakayama dan Gunma dan telah ditanda melalui papan tanda di tepi jalan raya dan "note" lagu itu sendiri telah dicat dengan berwarna-warni di atas jalan tersebut.

Pemandu perlu peka kerana kelajuan yang ideal bagi mendengar lagu yang di atas jalan raya tersebut ialah dengan mengekalkan kelajuan pada 28 mph.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...