Anda Suka???

Wednesday, October 31, 2012

Drama Cinta Itu Milikku di TV3



Slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama, CINTA ITU MILIKKU bagi menggantikan JULIA.  Drama 26 episod yang ditukar tajuknya daripada Rindu Rania ini diarahkan oleh Pengarah Emi Suffian Sabhe.  Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah  Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim dan ramai lagi mulai 12 November 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.  


Sinopsis
Mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Rania bercinta dengan Zafril (Fazren) tetapi bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak puas hati sebab Zafril putuskan tunang untuk berkahwin dengan Rania. Jadi Dini berdendam. Dini akan buat apa saja asalkan dapat balik Zafril. Jadi, Dini menggoda dan berkahwin dengan abang Rania, Ridzuan (Karl Shafek). Dini dan Ridzuan duduk serumah dengan Rania dan Zafril. Disitulah bermula segala konflik drama tersebut.
 
Sumber

Saturday, October 27, 2012

Jangkitan Akibat Cakaran Kucing

Bagi mereka yang gemar membela dan bermain dengan kucing, di cakar oleh kucing sememangnya merupakan perkara yang biasa berlaku.  Kebanyakkan mereka yang dicakar akan menganggap ia sebagai satu "gurauan manja" daripada seekor kucing, namun tidak ramai yang tahu bahawa cakaran "gurauan manja" tersebut mampu memberi jangkitan yang serius. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca kat bawah ni.

Sekiranya anda membela kucing, tidak mustahil bagi anda mengalami jangkitan daripada cakaran kucing. Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Bartonella henselae yang biasanya terdapat pada kucing yang masih muda.

Walaupun setiap ekor kucing mampu menyebarkan jangkitan tersebut, namun risiko penyebaran paling tinggi adalah daripada kucing rumah. Jangkitan ini boleh tersebar melalui luka cakaran dan gigitan. Tanda-tanda awal jangkitan adalah seperti dibawah ini:
  • Mengalami kesakitan atau gelembung di tempat yang dicakar atau digigit oleh kucing dalam masa 10 hari.
  • Demam
  • Tanda kemerah-merahan di kawasan luka.
  • Luka tidak sembuh dengan sempurna.
  • Muntah, rasa keletihan yang luar biasa dan mengalami cirit-birit.
  • Mengalami bengkak limfa selama lebih daripada 2-3 minggu.
Walaubagaimana pun, jangkitan ini tidak bermakna anda harus mengasingkan kucing anda dan menghalangnya daripada bersosial dengan kucing lain. Mereka hanya mempunyai masalah pembawa jangkitan hanya ketika masih kecil sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah lebih berhati-hati semasa tempoh tersebut.




Sumber


Friday, October 26, 2012

Majlis Graduasi SKBBS 2012

24 Oktober 2012 yang lalu SKBBS telah mengadakan Majlis Graduasi untuk Tahun 6 dan telah diadakan di Dewan Bakti sekolah tersebut yang dirasmikan oleh wakil Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.  Anak akak salah sorang graduannya hehe.. X mo ceta panjang jom layanz ja gambaq di bawah..

Persembahan tarian
Corall Speaking versi Arab best tapi sayang x faham :-(
Penyampaian skrol .. Norliyana Mohd Fuzi (anak akak le 2)
Salah sorang kawan  yana.. Shuhada (tersenyum simpul g2)
Yana bersama anak sedara kak lbh glamer ngan panggilan Intan
Ngantuk ka yana :-)
Tahun nie x dak bunge...  posing ngan teddy bear pn jadi la no..


Monday, October 22, 2012

Keunikan Jambatan Banpo di Seoul

Jambatan Banpo (Banpo Bridge) adalah jambatan utama di pusat bandar Seoul yang melalui Sungai Han, Korea Selatan, menghubungkan Seocho dan daerah Yongsan. Jambatan Banpo terletak di atas Jamsu Bridge, membentuk jambatan "dua tingkat". Apabila paras air naik terlalu tinggi, Jambatan Jamsu akan ditenggelami air dan ditutup. Apa yang menarik tentang jambatan ini adalah The Moonlight Rainbow Fountain, pancutan air terpanjang di dunia yang memasuki Guinness World Record.   Lebih menarik kerana pancutan air itu mempunyai irama mengikut muzik yang dimainkan. Anda dapat menyaksikan warna-warni lampu menemani pancutan air yang menari bersama alunan muzik-muzik indah bermula jam 8 malam waktu tempatan.

Untuk mencantikkan pemandangan terutamanya pada waktu malam, hampir 10,000 LED dipasang di kedua-dua belah jambatan yang sepanjang 1140 meter itu. Fountain itu memancutkan  190 tan air per minit. Air dipam terus dari sungai itu sendiri dan secara berterusan dikitar semula. Jambatan tersebut mempunyai 38 pam air dan 380 muncung ke atas di kedua-dua sisi jambatan. Di bawah ini adalah gambar-gambar menarik dari jambatan tersebut


Sumber

Lebuhraya Tembus Bangunan Di Jepun

Bangunan Gate Tower di Osaka, Jepun merupakan satu bangunan yang unik. Ini kerana bangunan ini ditembusi lebuhraya pada tingkat 5, 6 dan 7 di bangunan 16 tingkat tersebut. 
Bangunan ini mempunyai kisahnya yang tersendiri kerana tuan tanah kepada bangunan ini mahu membangunkan tanahnya dengan membina sebuah bangunan. Namun permohonannya ditolak kerajaan Jepun kerana telahpun merancang untuk membuat lebuhraya di tanah tersebut. Namun tuan tanah itu tidak berputus asa dan tidak mahu tanahnya diambil dan berkeras mahu membina bangunan. Setelah berbalah sehingga 5 tahun, akhirnya keputusan dicapai dengan membina kedua-dua bangunan dan lebuhraya itu. Maka wujudlah Gate Tower Building.


Sumber

Thursday, October 18, 2012

Khasiat Jus Buahan & Sayuran

Memakan buah-buahan segar, sama ada dimakan mentah atau dibuat jus memang amat berkhasiat kepada kesihatan badan dan dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit atau gejala kesihatan yang lain.

Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan, terdapat beberapa campuran jus buah-buahan tertentu yang boleh merawat beberapa masalah kesihatan, seperti yang dipanjangkan di bawah ini….. selamat mencuba!

Lobak merah + halia + epal
Membersihkan dan meningkatkan fungsi sistem dalaman badan

Epal + timun + daun seleri
Mengelakkan kanser, mengurangkan kolestrol dan menyembuhkan sakit perut serta sakit kepala

 Tomato + lobak merah + epal
Memperbaiki keadaan kulit wajah dan menyingkirkan nafas yang berbau

Peria + epal + susu
Mengelakkan nafas berbau dan mengurangkan panas dalam badan

Oren + halia +timun
Memperbaiki dan melembutkan tekstur kulit

Nenas + epal + tembikai
Membersihkan buah pinggang dan pundi kencing

Epal + kiwi + timun
Memperbaiki kulit wajah

Pear + pisang
Menagawal kandungan gula

Lobak merah + epal + pear + mangga
Menyingkirkan panas dan meredakan tekanan darah

Tembikai susu + anggur + tembikai + susu
Meningkkatkan ativiti sel dan mengukuhkan ketahanan imunisasi

Sumber

Wednesday, October 17, 2012

Kesan Pengambilan Cili Berlebihan

 
Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita. 

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius. 

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut : 

Meningkatkan asid perut - Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut. 

Gangguan perut akut - Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah. 

Peradangan - Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut. 

Sukar tidur atau insomnia - Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi. 

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.

Sumber

Tuesday, October 16, 2012

Misteri di balik hari Isnin - Minggu

Bagi sebahagian besar kita mungkin tidak mengetahui apa yang ada di dalam hari-hari yang kita tahu selama ini. Padahal dalam setiap hari yang kita lalui menyimpan misteri dan juga kebaikan-kebaikan yang mungkin dapat kita jadikan pedoman dalam melakukan sesuatu. Berikut ini misteri-misteri tersebut :

Hari Isnin/Monday
Sebahagian besar orang mengatakan I Hate Monday, tidak menyukai hari Isnin. Padahal ternyata hari Isnin adalah merupakan hari Pelayaran & Perdagangan. Kerana telah di jelaskan bahwa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan iaitu :

Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin, Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu, hari di mana turun Dalil tentang ke-Esa an Allah, hari lahirnya Rasulullah Muhammad saw, Hari dimana Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya menjumpai Rasulullah, Semua amal perbuatan umat di perlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Senin, Hari wafatnya Rasulullah Muhammad saw. Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar/mengadakan perjalanan maka baiknya lakukanlah pada hari Senin.

Hari Selasa/Tuesday
Ketika Rasulullah saw di tanya tentang hari Selasa, maka beliau menjawab: "Hari Selasa adalah Hari Berdarah". Para sahabat bertanya: "Mengapa demikian ya, Rasulullah?" Lalu beliau menjawab: "Kerana pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri". Sebahagaian ulama telah menjelaskan bahawa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa di bunuh, di antaranya :
  1. Jurjais bin Fathin (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya);
  2. Nabi Yahya, as;
  3. Nabi Zakaria, as;
  4. Tukang sihir Fir’aun;
  5. Asiah binti Muzahim, Istri Fir’aun;
  6. Sahib, Sapi Betina Bani Israil;
  7. Habil Putra Adam, as.
Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa.

Hari Rabu/Wednesday
Rasulullah saw ditanya tentang hari Rabu, maka kemudian Beliau menjawab: "Hari Rabu adalah Hari Na'as yang terus menerus." Para sahabat bertanya, "Mengapa demikian ya, Rasulullah?" Lalu Beliau menjawab, "Kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, Memusnahkan kaum ’ad dan kaum Tsamud, yakni kaumnya Nabi Sholeh yang ingkar terhadap kerasulan & kenabian Nya". Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum ubat pada Hari Rabu.

Hari Khamis/Thursday
Hari Khamis adalah hari baik untuk menunaikan hajat. Kerana pada hari tersebut Allah memerintahkan memenuhi hajat. Maka barang siapa yang ingin berhajat, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.


Hari Jumat/Friday
Selain hari dimana bagi kita umat muslim diwajibkan menunaikan ibadah solat Jumaat, ternyata Allah telah menciptakan Nabi Adam dan Ibu Hawa pada hari Jumaat, dan kemudian pada hari itu juga Allah mengahwinkannya. Maka barang siapa yang akan mengadakan akad nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumaat. Sebahagian ulama berkata : Telah terjadi Tujuh Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jum’at, yaitu antara lain :
  1.  Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Hawa,
  2. Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha,
  3. Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa,
  4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman as dengan Balqis,
  5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
  6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah ra,
  7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib ra dengan Fatima ra.

Hari Sabtu/Saturday
Hari Sabtu adalah Hari Rancangan Jahat/Tipu Daya, kerana pada hari tersebut terdapat Tujuh Peristiwa jahat dan tipu daya terhadap tujuh orang solleh/kaum, iaitu:
  1. Kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as,
  2. Kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as,
  3. Saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as,
  4. Kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as,
  5. Kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as,
  6. Para pemuka (gembong-gembong) Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw,
  7. Kaum Bani Israel terhadap Larangan Allah .
Dan sebahagian ulama juga memaknai hari Sabtu adalah hari baik untuk berburu.

Hari Minggu/Ahad/Sunday
Sebahagian Ulama mengatakan bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari Ahad/Minggu. Maka barang siapa yang hendak membangun sesuatu atau menanam, maka hendaklah dilaksanakan pada hari minggu.

Demikianlah misteri yang sebahagian besarnya adalah sejarah serta nilai-nilai kebaikan serta keburukan yang terkandung dalam hari Isnin hingga Minggu. Semoga dapat menambah pengetahuan bagi kita semua. Amin.

Sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...