Anda Suka???

Sunday, September 30, 2012

New York Wheel : Bakal Roda Feris Tertinggi Di Dunia

Staten Island, New York bakal mempunyai roda feris tertinggi di dunia menjelang tahun 2015. Projek ini akan dimulakan pada tahun 2014 nanti yang mempunyai ketinggian 190.5 meter dan ianya 25.5 meter lebih tinggi dari Singapore Flyer. Roda Feris ini akan diberi nama New York Wheel dan mempunyai 36 kapsul yang mampu memuatkan 40 orang dalam satu masa.

Kos pembinaan roda feris ini berjumlah USD 230 juta (RM690 juta). Bajet yang agak besar untuk membangunkan roda feris tertinggi dunia ini. Tujuan Roda Feris ini dibina bagi menutup reputasi buruk sebagai tempat pelupusan sampah terbesar di New York. Di samping New York Wheel, sebuah pusat membeli belah dan sebuah hotel juga akan dibina untuk pengunjung yang datang ke Staten Island.

Sumber

Friday, September 28, 2012

Kucing Comel Bermata Juling

Nama kucing itu adalah Spangles dilahirkan pada 4 Julai 2009, pemiliknya Mary Buchanan seorang mahasiswi yang tinggal di Spartanburg, South California. Kucing ini mulai popular sejak Mary membuatkan Fan page di Facebook untuk kucingnya dan sekarang kucing tersebut telah memiliki lebih dari 5000 folowers.

Setiap hari para penggemar Spangles menunggu gambar-gambar kucing ini memakai kostum unik seperti kostum katak, harimau dan unicorn. “Dia tidak mengalami hal-hal aneh seperti pening kerana matanya, dia seekor kucing yang manis dan juga sangat manja, dia sering berbaring di tempat tidur dengan saya kata Mary.

Meskipun kucing ini mengalami sedikit kecacatan pada matanya namun begitu ramai peminat yang menyukai kucing ini.


Sumber : FB

Wednesday, September 26, 2012

Apakah Penyakit Gout?

Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Monday, September 17, 2012

Kegunaan Ubat Gigi Yang Tidak Kita Ketahui

Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi, memutih, ianya mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. 

Artikel ini akak terima melalui email.
  1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka.
  2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
  3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Cucinya di pagi hari.
  4. Mengilatkan kuku
  5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.... (biar betul)
  6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
  7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
  8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
  9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
  10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
  11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
  12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
  13. Menghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
  14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
  15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
  16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya. ^_^

Sumber: Email

Saturday, September 15, 2012

Tips Penjagaan Kaki dan Lutut

Kaki, terutama bahagian lutut adalah antara anggota yang sering ´didera´ tanpa disedari. Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang untuk ia ´berehat´.

Kita sering terlupa, seperti anggota lain, kaki dan lutut juga perlukan penjagaan. Malangnya setelah berasa sakit, barulah kita mula memberikan perhatian yang kadang-kadang sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah menjadi teruk.  Dikatakan terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan pada lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah lutut ini tidak hanya berlaku pada golongan tua. 

Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut. Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.  Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga akan memberi kesan jika dilakukan berpanjangan. Membongkok dan mencangkung biasanya memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

Selain itu, berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kepada sakit lutut. Ini disebabkan bahagian kaki terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki sebagai bahagian paling bawah akan menerima bebanan paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah pada lutut ialah tapak kaki rata atau tidak berlekuk.

Antara tips untuk menghindari sakit kaki dan lutut ialah:
  1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat badan dapat  diseimbangkan antara kedua-dua kaki.

  2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.

  3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot lutut ketika tidur.

  4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.

  5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.

  6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.

  7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa lutut anda sakit.

  8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.

Eskalator Terpendek Di dunia


Eskalator terpendek di dunia nie ada di sebuah pusat membeli-belah di Jepun, tepatnya di Kawasaki More Department Store. Eskalator ini mempunyai ketinggian hanya 834 mm dan hanya terdiri dari 5 anak tangga saja.

Sampai sekarang masih menjadi soalan untuk apa dibuat eskalator seperti ini, apakah untuk membantu orang yang tidak mampu berjalan (disable)?

Masalahnya lagi, eskalator ini untuk turun dan bukan naik dan sebenarnya juga sudah ada tangga di sebelahnya. Yang pasti, eskalator ini akan menambah bil elektrik di mall ini.

Eskalator ini juga sudah masuk ke "Guinness Book of Records" sebagai eskalator terpendek di dunia. Mungkin lebih tepat lagi menyandang gelar sebagai "eskalator yang paling tidak berguna". (^_^)



Sumber

Friday, September 14, 2012

Sinopsis Drama Runtun Qalbu di TV3

Drama Runtun Qalbu ini akan menggantikan drama Naziha dalam slot Zehra. Drama sebanyak 13 episod ini arahan Khalid Nazri, terbitan Excellent Pictures dibintangi oleh Fasha Sandha, Kamal Adli, Shah Iskandar, Fida Ibrahim  dan ramai lagi. Tayangan bermula 21 September 2012 setiap Jumaat jam 9 malam.

Sinopsis

Runtun Qalbu mengisahkan Qalbu yang mana melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim).  Itulah minat Qalbu namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu (Shah Iskandar) yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Runtun Qalbu penuh emosi dan permainan jiwa dalaman yang mana kesemua watak yang dihidupkan punya kekuatan masing-masing. Idayu yang begitu manis dan sopan santun bicaranya pula tidak henti menaruh hati kepada Qalbu namun plot cerita drama ini begitu kemas bermain dengan imaginasi penonton.

Sumber

Pantai Tersembunyi di Mexico

Pantai selalunya dikenali sebagai tempat riadah berpasir dan kawasannya adalah bebas terbuka. Namun, ianya berbeza di Pulau Marieta di mana pantainya tersembunyi di dalam sebuah gua. Pulau ini terletak di luar perairan Puerto Vallarta, Mexico. Ianya menjadi tumpuan para pelancong bukan sahaja kerana keunikan pantainya, malah lautan yang mengelilingi pulau ini bebas pencemaran dan sesuai untuk aktiviti riadah. Sekaligus, pantai ini dikatakan antara tempat paling cantik di dunia.

Pulau yang terhasil daripada aktiviti gunung berapi ini merupakan habitat kepada banyak spesis marin.   Keunikan pantai ini menjadikan ia kelihatan seakan stadium renang semulajadi.


 Sumber

Thursday, September 13, 2012

Taman Tema Cokat

Digelar taman tema coklat yang pertama, "World Chocolate Wonderland" telah mempamerkan lebih daripada 200 replika seni coklat dari 80 tan coklat Belgium dengan lebih 3,500 meter persegi di Shanghai Himalaya Muzium Seni dari Disember 16 hingga 19 Februari, 2012 lalu.   Pembinaan taman tema itu yang berkonsepkan alam fantasi coklat mendapat inspirasi dari buku Charlie and the Chocolate Factory karya novelis Britain, Road Dahl.

Shanghai merupakan hentian kedua untuk perjalanan coklat yang menakjubkan. Kemunculan sulung telah diadakan di Beijing dalam bulan Januari 2010, yang berlangsung selama 73 hari dan menarik hampir setengah juta pengunjung. Pameran coklat mengagumkan  ini mendapat inspirasi dari pelbagai budaya di seluruh dunia.

Selain karya seni coklat, taman tema dalaman ini juga menjemput chocolatiers untuk membuat pelbagai jenis coklat, dari coklat susu coklat truffle, ataupun coklat wain. Pelawat juga akan mempunyai peluang untuk membuat campuran  mereka sendiri  seperti koko, susu dan gula di bawah arahan pakar.


Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...