Anda Suka???

Monday, August 27, 2012

Ucap Alhamdulillah Selepas Bersin



Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam. Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda.  Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.   Dengan kuasa dan perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin, Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik.

klik utk lebih besar
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan,
 الْحَمْدُ لِلَّهِ
[Alhamdulillah]
(Segala puji bagi Allah)

Lantas saudara atau temannya atau juga orang yang berada di sekelilingnya haruslah mengucapkan يَرْحَمُكَ اللهُ

[Yarhamukallooh]
(Semoga Allah memberi rahmat kepadamu)

Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

[Yahdiikumullooh Wa Yushlihu Baalakum]
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)
.
- [HR. al-Bukhari 7/125]

Sumber : FB

Sunday, August 26, 2012

(Fakta) 15 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

sekadar hiasan (^_^)
Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.

1. Terlalu lama berdiri
  • Merosakkan tulang.
  • Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
  • Liang faraj sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk
  • Merosakkan lipatan daging.
  • Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
  • Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan
  • Merosakkan urat.
  • Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
4. Terlalu lama melihat
  • Merosakkan darah.
  • Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur
  • Merosakkan tenaga.
  • Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
  • Selalu berangan-angan.
  • Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
  • Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira
  • Merosakkan usus
  • Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.
7. Terlalu kerap marah
  • Merosakkan hati.
  • Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir
  • Merosakkan limpa
  • Kulit muka cepat berkedut
  • Haid tidak menentu
  • Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
  • Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih
  • Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana
  • Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut
  • Merosakkan ginjal.
  • Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut
  • Merosakkan pundi hempedu.
  • Gejala pening kepala kerap dialami.
  • Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan
  • Merosakkan pencernaan.
  • Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
  • Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).
14. Terlalu minum minuman berais
  • Merosakkan otot dan lambung.
  • Badan dan payudara menjadi lembik.
  • Berat badan meningkat.
  • Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang
  • Merosakkan fikiran.
  • Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.



Wednesday, August 22, 2012

5 Faktor Kerosakan Hati

Sama seperti otak, hati merupakan organ terpenting dalam tubuh kita. Menjaga hati seperti menjaga nyawa kita. Di bawah adalah faktor hati kita menjadi rosak. Kadangkala faktor ini kita lakukan tanpa kita sedari dan menjadi habit harian kita. Oleh itu, kita harus berwaspada dengan perkara di bawah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu siang adalah penyebab utama.
  2. Tidak buang air di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Melewatkan sarapan.
  5. Makan terlalu banyak ubat.
  6. Terlalu banyak makan bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan pemanis buatan.
  7. Makan minyak goreng yang tidak sihat.
  8. Kurangkan kegunaan minyak ketika menggoreng. Minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Jangan makan makanan yang digoreng ketika anda lelah, kecuali jika badan sangat fit.
  9. Makanan mentah bagus untuk hati. Sayuran harus dimakan mentah atau dimasak sekejap. Sayuran yang digoreng harus dimakan segera, tidak elok menyimpannya.
Kita harus mencegah hal ini tanpa perlu tambahan kos. Kita hanya perlu mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik dan mengubah kebiasaan makanan kita. Mempertahankan kebiasaan makan yang baik dan keadaan waktu sangat penting bagi tubuh kita untuk menyerap dan menghilangkan zat kimia yang tidak diperlukan.



Thursday, August 16, 2012

Vitamin C



Vitamin C dikatakan sebagai vitamin yang berfungsi untuk melindungi badan kita daripada serangan penyakit jantung, strok, kataraks, diabetes, asthma dan pelbagai lagi penyakit serius yang lain.

Vitamin C diperlukan untuk membina kolagen, tisu penyambung yang kuat yang berupaya memegang skeleton badan kita, menghubungkan otot kepada tulang, membina salur darah yang kuat dan mengekalkan fungsi organ dan struktur kulit dengan baik. Kolagen ini ibarat gam kuat yang memegang seluruh bahagian tubuh kita, tanpanya struktur tubuh kita mungkin roboh, mengecut dan kulit jadi berkedut. Oleh kerana kolagen diperlukan untuk memperbaiki struktur tubuh, vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, baiki tulang yang patah dan seumpamanya.

Sebab itu kita perlukan lebih vitamin C ketika sakit. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita lebih mudah jatuh sakit atau lambat pulih dari sakit.

Begitulah hebatnya dan pentingnya vitamin C dalam pembinaan kolagen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Malangnya badan kita tak dapat menghasilkan vitamin C, jadi kita perlu ambil makanan yang tinggi vitamin C.

Makanan yang kaya vitamin C
Vitamin C boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan citrus seperti Grapefruit (47mg), lemon (31mg), orange (80mg) dan lain-lain. Juga boleh didapati dalam buah-buahan lain seperti jambu batu (165mg), kiwi (75mg), betik (188mg), strawberry, peach, nenas dan banyak lagi. Sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti brokoli (58mg), cili benggala kuning (341mg).

Berapa banyak kita perlukan
Pakar pemakanan juga menyarankan kita supaya mengambil 5 hidangan buah dan sayuran kaya vitamin C sehari untuk mendapat 250mg keperluan vitamin C. Dosage ini adalah cadangan RDA untuk orang yang sihat. Jika sakit kita perlu ambil lebih dos vitamin C supaya kita cepat pulih.

Memilih salad buah adalah lebih sihat daripada memilih snek, makanan segera atau kentang goreng. Malangnya salad buah yang dijual dikebanyakan kedai makanan ini telah musnah hampir separuh dari kandungan vitamin C ketika proses penyediaan akibat terdedah beberapa jam sebelum dimakan.

Apa pilihan yang kita ada?
  1. Bawa bekalan buah segar ke tempat kerja, bila nak makan baru dipotong.
  2. Perlu ambil 5 hidangan buah atau sayuran iaitu kira-kira 1biji lada bengggala kuning/ 2 biji jambu batu dan sebagainya (jumlahkan sehingga 250mg)
  3. Ambil supplement vitamin C 1 biji sehari.



Tuesday, August 14, 2012

Kucing Hetero Chroma : Baka Kucing Belaan Nabi?

Kucing hetero chromia ialah kucing yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza. Heterro Chromia selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas lah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seerkor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini.


Wallahu a'lam bis sawaf



Saturday, August 11, 2012

JADUAL WAKTU UPSR 2012

countdown

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012.  Jadual waktu tersebut boleh didapati di Portal Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi UPSR 2012.
Draf Jadual UPSR 2012

Jangan lupa untuk membaca keseluruhan maklumat yang terdapat dalam fail tersebut serta selamat belajar dan menempuh peperiksaan kepada semua calon UPSR 2012.

Sumber: MOE


Keunikan Green Lake, Austria

"Green Lake", adalah sebuah tasik di Styria, Austria, berhampiran bandar Tragoss, yang terletak di kaki gunung Hochschwab. Semasa musim sejuk, tasik ini  hanya berkedalaman 1-2 meter dan kawasan sekitarnya digunakan sebagai taman daerah. Ia adalah sebuah taman kegemaran untuk pejalan kaki.

Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada gunung mula cair dan mengalir ke bawah lembangan. Air tasik mula meninggi sehingga menenggelam seluruh kawasan termasuk taman. Semasa musim panas, tasik mencapai kedalaman maksimum sekitar 12 meter.

Suhu tasik agak sejuk pada 4-8°C, tetapi ia popular di kalangan penyelam yang boleh melihat padang rumput hijau dalam zon pinggir tasik terutamanya pada bulan. Rumput alpine dan bunga padang rumput kelihatan berkembang penuh di bawah air. Bahkan para penyelam boleh melihat bangku, jambatan dan denai berjalan.

Bermula Julai, air tasik mula menurun dan pada musim sejuk, tasik kembali ke saiz asal dan taman akan menjadi seperti sedia kala dan sesuai untuk pejalan kaki.


Friday, August 10, 2012

Punca Kucing Muntah

Jika kucing anda muntah-muntah yang kronik. (Kronik bererti berterusan dan berkekalan berterusan untuk masa yang lama, berpanjangan, lazimnya). Maka nasihat perubatan harus dicari. Sentiasa periksa dengan doktor haiwan jika kucing anda muntah dengan berterusan. Anda juga harus mengambil kira faktor-faktor lain. Bagaimana kesihatan kucing anda? Adakah dia lesu? Adakah dia mempunyai gejala-gejala lain seperti untuk cirit-birit atau tiada selera? Kerana muntah kucing dapat isyarat gangguan serius doktor haiwan anda akan bertanya soalan yang banyak dan boleh menjalankan ujian berhubung muntah untuk menentukan sebab.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa kucing muntah. Ada yang muntah sementara dan ada yang berpenyakit yang serius. Hairballs juga boleh menyebabkan muntah-muntah.

Thursday, August 9, 2012

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebulum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

PERTAMA: Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

KEDUA:. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

KETIGA: Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

KEEMPAT: Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

KELIMA: Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

KEENAM: Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


SUMBER

4 Agenda Kucing Disebalik Kecomelan

Mengikut kajian, kucing pandai memanipulasi suaranya untuk menyerupai suara bayi yang merengek. Manusia normal secara semulajadi akan cepat merasa kasihan apabila mendengar suara yang seakan-akan merayu-rayu ni. Tanpa disedari kita akan cepat berasa kesian. Dalam kajian yang lebih mendalam, frekuensi bunyi kucing ketika meminta sesuatu adalah sama dengan frekuensi tangisan seorang bayi. Owh.. kita selalu tertipu dan rela ditipu oleh budak-budak comel ni kan?


Kucing kita sangat suka menggesel-gesel dekat kaki-kaki kita kan? Haa… Tahu tak apa tujuannya? Hehehehe…. Tujuan utama ialah untuk menandakan bahawasanya kita adalah hak miliknya. Its a kitty’s way of claiming you as its property! Muahahahaha! Ini untuk memberitahu kucing-kucing lain yang dia sudah ada ‘bos’.

Selalu kita tengok kucing kita menjilat-jilat badan. Kadang-kadang sampai berjam-jam. Bersungguh-sungguh betul sampai tak pedulikan orang lain. Sebenarnya, menjilat badan ni adalah untuk membuang bau-bau yang asing (termasuk bau tuan dia). Kucing mempunyai kelenjar-kelenjar di bawah kulit yang akan merembeskan bau mereka sendiri apabila dijilat

Teringat dulu masa kecik-kecik, kucing  bawak balik macam-macam. Belum kira tikus hidup letak atas badan lagi.. Sekarang barulah tahu sebenarnya, sebab utama diorang bawak balik ‘hadiah-hadiah’ tu sebenarnya kerana mereka nak ajar kita cara memburu. Kucing-kucing ni ingat kita tak pandai memburu untuk cari makan. Cuba tengok anak-anak harimau dalam discovery channel. Pelajaran pertama mak harimau ajar dekat anak dia ialah cara memakan binatang buruan. Betul tak? Jeng-jeng-jeng! Jadi, lainkali kucing kita bawak ‘hadiah’ kat kita, sebenarnya dier nak cakap “Ada beran?!!” ^_^

Sumber: cracked.com 

Wednesday, August 8, 2012

Drama Trilogi Cinta 2



Anda peminat drama Trilogi Cinta?   Rosyam Noor dan produksinya Suhan Movies akan kembali dengan Trilogi Cinta 2 yang bakal ditayangkan di TV1 pada 6 September setiap Khamis & Jumaat (sumber daripada FB).  Watak utama masih lagi Rosyam Noor dan Fouziah Ghous.

Novel sambungan pun akan keluar September nie.  Kepada pencinta2 novel bolehlah dapatkan novel nie di pasaran nanti. ^_^

cover novel - keluaran Alaf21
Promo
Sumber: FB  

Sunday, August 5, 2012

Tahukah Anda Bahaya Paracetamol?


Anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam (antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever). 

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.

Saturday, August 4, 2012

Fakta Menarik Tentang Kucing

Ramai orang yang memelihara seekor kucing atau lebih sebagai  haiwan peliharaan. Secara sedar ataupun tidak, sebenarnya, kucing pun ada fakta-fakta yang menarik. Nie antara fakta menarik tentang kucen...^_^
  • Kucing boleh membezakan warna ungu , biru , hijau dan kuning.
  • Kucing boleh balik ke rumah walaupun di buang jauh2 , tanpa disediakan kompas .
  • Kucing mempunyai ingatan jauh lebih baik daripada anjing, monyet, orang hutan .
  • Kucing boleh mengeluarkan lebih daripada 100 bunyian .
  • Kucing boleh berlari dengan kelajuan 50km/j.
  • Kucing akan mejilat tubuh badanya setelah mengalami kejadian berbahaya bertujuan untuk menenagkan dirinya .
  • Kucing tidak pernah berpeluh , walupun setitik .
  • Kucing mempunyai DNA yang berjenis AB dan boleh di padankan dengan manusia yang berdarah AB .
  • Kucing betina mengambil masa lebih kurang 58-65 hari ketika waktu buntingnya .
  • Kucing mempunyai suhu normal nya adalah 38.6 darjah celcius.
  • Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine)
  •  
Sumber: cisdel dan fakta menarik

Thursday, August 2, 2012

Jambatan Air Atas Sungai



Jambatan air ini dibina di German dengan nama Magdeburg Water Briged,  dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003. Panjang jambatan ini ialah 3012 kaki (918m) dengan kos pembinaannya pula ialah 500 juta euros atau RM2.167 billion.  Menggunakan 24 000 tan metrik logam dan 68 000 blok konkrit jabatan ini siap dibina dan dirasmikan pada Oktober 2003.  Tujuan pembinaan jambatan ini adalah untuk memendekkan laluan bot dan kapal kecil.


Kerana Perang Dunia Ke-2 dan perpecahan German kepada dua bahagian, projek ini ditunda sehingga tahun 1997 dan akhirnya siap pada tahun 2003 kepada umum.

Lagi info di SINI

 
Sumber: wikipedia


 

Wednesday, August 1, 2012

Fakta Kaitan Waktu dan Kesihatan

MALAM 

(9 - 11 malam)
Pada waktu inilah waktu badan menghapuskan KIMIA TOKSIK (DETOKSIFIKASI) dan bahan yang tidak diperlukan dari system antibody (LYMPH NODES). Tempoh ini sepatutnya dihabiskan dengan bersantai, relax atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang islam, eloklah mengahabiskan waktu ini dengan ibadah-ibadah ringan seperti mengaji Al-Quran dan berzikir.

(11 malam – 1 pagi)
Ketika ini merupakan proses detoksifikasi di dalam HATI yang sepatutnya berlaku ketika kita dalam keadaan tidur nyenyak.

PAGI

(1 - 3 pagi)
Proses detoksifikasi di dalam HEMPUDU, juga sepatutnya berlaku semasa kita tidur nyenyak.

(3 - 5 pagi)
Preses detoksifikasi di dalam PARU-PARU. Oleh itu ,kadangkala pada waktu ini akan berlaku batuk. Oleh kerana proses detoksifikasi telah sampai ke saluran system pernafasan, anda tidak perlu lagi mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan toksin.

(5-7 pagi)
Penyerapan nutrisi di dalam USUS kecil. Anda sepatutnya sedang bersarapan dalam tempoh ini.  Bagi meraka yang sakit sarapan sepatutnya diambil lebih awal. Sebelum 6.30 pagi.

Bersarapanlah sebelum 7.30 pagi pula bermanfaat bagi meraka yang mahu kekal sihat. Bagaimanapun, jika sarapan pada lewat pagi hingga jam 9-10 pagi adalah lebih baik daripada tidak bersarapan langsung.

Bagi mereka yang sering mengabaikan pengambilan sarapan, UBAHLAH TABIAT ITU kerana sarapan pagi amat penting unutk kita.

Sumber: Anis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...