Anda Suka???

Monday, July 30, 2012

SINOPSIS DRAMA KAU YANG TERINDAH


Drama di Slot Akasia TV3 ini akan mula ditayangkan pada 6 Ogos 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam selepas tamat drama Dejavu di Kinabalu. Drama bersiri Kau Yang Terindah ini sebanyak 26 episod dan  menjalani penggambaran di Mekah. 

Dibarisi oleh pelakon Hafil Andrio Putra, Neelofa, Nazim Othman dan ramai lagi. Drama ini merupakan sebuah hasil karya arahan Erma Fatima.

Hafil Andrio Putra sebagai Firman

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.


Sumber: EDtv

Saturday, July 28, 2012

Tonsil

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh
  • Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak/li>
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
  • Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok-tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau batuk dan selsema.
 
Bagaimana rawatan radang tonsil ?
 
Perawatan yang dapat membantu adalah
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Bila kelenjar tonsil patut dibuang?  

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak?

 Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
Sumber : Info Sihat

Thursday, July 26, 2012

Tips dan Penawar Deman di Bulan Puasa

Punca Yang Mengakibatkan Demam
  1. Suhu badan meningkat secara mendadak melebihi suhu biasa 37 darjah celcius.
  2. Demam berpunca daripada serangan dan jangkitan bakteria dan virus.
  3. Perubahan cuaca mendadak. Jika biasanya hujan, tiba2 cuaca panas dan begitulah sebaliknya.
Tindakan Yang Diambil Terhadap Individu Yang Demam
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis. Elakkan memakai pakaian tebal atau selimut tebal kerana ianya dapat menghalang  haba dari dibebaskan.
  3. Minum air yang banyak.
  4. Makan ubat menurut arahan doktor.
  5. Mandi lap jika suhu melebihi 38 darjah celcius.
  6. Minum air 100 plus. 
Di bulan puasa ini, jika anda masih mampu berpuasa, teruskan. Sekiranya tidak mampu, atas nasihat doktor Islam, anda boleh berbuka puasa. Jangan lupa gantikan semual puasa yang ditinggalkan.

Bagi pesakit yang demam, elakkan daripada minum air sejuk dan banyakkan minum air suam. Makan suppliment seperti vitamin-c juga amat digalakkan.



Saturday, July 21, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012



Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri masing-masing.   Tahun ini, kebanyakkan negeri mengenakan zakat fitrah RM7 seorang. Negeri yang termurah ialah Perlis RM6 manakala yang paling mahal ialah Johor RM8 setiap orang.

klik utk besarkan
Kadar zakat bagi negeri Kedah tahun ini kekal RM7 dan bayaran boleh dibuat melalui  kaedah pembayaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna perkhidmatan Celcom dan Maxis.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
  1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
  2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya
Pengguna  diperlukan untuk menghantar beberapa maklumat, seperti nama, nombor kad pengenalan, dan nama bagi siapa yang mereka ingin bayar zakat fitrah tersebut.

Pembayaran akan dilakukan dengan menolak kredit pra-bayar anda ataupun dikenakan pada bil pascabayar. 


Sumber: Kosmo

Friday, July 20, 2012

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa 2012 Negeri Kedah



 Untuk seluruh negeri di Malaysia klik SINI.

Semoga amal ibadat kita sepanjang bulan ini sentiasa diterima Allah.



Sumber:   Pengurusan Fatwa JAKIM


Wednesday, July 18, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa





Beberapa hari lagi semua umat Islam akan berpuasa dan akak mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Semoga di bulan Ramadhan yang mulia nie dapatlah kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT. InsyaAllah.


Klik gambar utk lebih besar

Versi Video


Semoga kita semua akan dikembalikan kepada fitrah diri dan menjadi sebaik insan. Ameen...


Tuesday, July 17, 2012

Sinopsis Drama 7 Ramadhan

Drama 7 Ramadan, 13 episod akan ditayangkan pada 19 Julai 2012 ini menggantikan drama Ameera. Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, slot Samarinda membawakan kepada anda drama 7 Ramadan untuk tontonan umum berkisarkan kisah sedih lakonan terhebat dari Elly Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda, dan Roy Azman, arahan Shahrulezad Mohamedin, terbitan Radius One Sdn. Bhd.

Sinopsis

Sinopsis: Drama ini mengisahkan tentang Sufiah (Elly Suriati) yang tidak putus2 menerima dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda) dia telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan.


Sunday, July 15, 2012

Pekerjaan Di Dunia Kucing

Kucing di bawah telah belajar dengan tekun untuk berjaya di dalam bidang mereka masing-masing.  Jom layanz... ^_^

Tukang Jahit


Penari

Tukang Urut

Ahli Perniagaan

The Strategist

Pengkritik Makanan 

Baru nak belajar menyulam...

Sumber: buzzfeed

Saturday, July 14, 2012

Tips Kekal Sihat Ketika Berpuasa

Ramadhan makin dekat dan merupakan bulan di mana setiap muslim belajar untuk mengendalikan diri, suatu makna yang lebih luas dari sekadar menahan diri dari makan dan minum. 5 tips untuk menjaga kesihatan ketika berpuasa adalah seperti di bawah :

1. Makanlah “Karbohidrat Kompleks” Saat Sahur
Jangka waktu kita berpuasa sehari memakan masa selama berjam-jam, kita harus mengambil apa yang disebut sebagai ‘karbohidrat kompleks‘ atau makanan yang lambat dicerna oleh tubuh, supaya dapat mengurangkan rasa lapar pada siang hari. Karbohidrat kompleks boleh didapati dalam beras, gandum, dan kekacang. Makanan-makan yang diperlukan selama bulan berpuasa diantaranya roti, bijirin, susu, ikan, daging, sayur dan buah. Pengambilan buah-buahan setelah makan adalah sangat dianjurkan.
  
2. Pengambilan Glukosa Saat Berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga tentunya tenaga kita berkurangan, untuk memulihkan tenaga kembali, saat berbuka makanlah karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandungi gula mengembalikan secara instant tenaga kita yang berkurang seharian. Kurma adalah makanan yang paling direkomendasikan. Selain mengandungi gula, kurma juga mengandungi serat, karbohidrat dan magnesium. Bahkan sejak zaman Rasulullah SAW kurma banyak dambil saat berbuka puasa dan telah menjadi Sunnah Rasul.

3. Hindari Makanan Segera
Kurangkan pengambilan makanan cepat saji/makanan segera dan bergoreng, kerana jenis makanan tersebut dapat menyebabkan gangguan pencernaan, sakit pada ulu hati, dan masalah peningkatan berat badan.

4. Pengambilan Air yang Cukup
Ambillah air dan jus antara waktu berbuka puasa dan waktu tidur untuk menghindari dehidrasi dan untuk detoksifikasi sistem pencernaan saat berpuasa. Hindari pengambilan kafein dalam jumlah yang besar terutamanya ketika waktu sahur.

5. Senaman Ringan
Melakukan senaman ringan seperti peregangan otot atau berjalan kaki ketika  berpuasa adalah sangat disarankan. Selain membantu menjaga berat badan, olahraga juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan menjaga kesegaran tubuh anda.


Sumber:  Email

Friday, July 13, 2012

Cara Menambah Daya Ingatan

Lupa dan ingat adalah dua hal yang paling kerap di alami manusia sepanjang hidupnya. Dengan mengingat segala hal penting pastinya boleh membuat urusan kita lebih mudah, sebaliknya kalau sedikit-sedikit lupa dan lupa lagi, awas jadi orang akan cepat nyanyuk.

Ada 6 cara yang boleh membantu kita menambah kemampuan mengingat. Semoga terapi ini boleh membantu.

Bangun pagi dan cium rosemary

Dalam sebuah kajian pada tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan percubaan ujikaji tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, uji reaksi dan perhatian. Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tiada bau, beberapa orang di bilik dengan bebauan dari minyak esen rosemary dan selebihnya bekerja dengan bebauan minya lavender.

Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan memiliki hasil yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih jelek dalam hal kerja ingatan. Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan).  

Bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.  Rupanya lavender memang bagus untuk menghalau nyamuk. Tapi kesan sampingnya boleh membuat kita lebih suka tidur.

Makanan untuk berfikir

Untuk menjaga ingatan tetap muda meski otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang dan lobak merah.

Antioksidan merupakan molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut dengan ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah. Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak.

Yang kedua, sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega 3. Agar supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak.  Omega 3 banyak ditemui dari ikan dan kacang-kacangan.

Kunyah gula-gula getah

Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggris menemukan bahawa mengunyah gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka-panjang dan jangka pendek dibandingkan dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa.

Para ilmuwan mendakwa, tindakan mengunyah gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyut jantung atau ia mempengaruhi fungsi otak yang diberi nama hippocampus yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.


Permainan untuk otak
Sebuah program yang disebut dengan Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintis saraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di San Francisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan,konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka.

Tentu saja, selalu ada sukan otak yang klasik dan murah, seperti Sudoku dan teka-teki silang yang boleh ditemui di mana saja. Latihan-latihan itu akan menguji pengetahuan dan membantu saraf-saraf di otak.

 Tidur

Dalam skala kajian di makmal menggunakan tikus, ketika tikus tidur, dua kawasan di otak- hippocampus dan medial prefrontal cortex, kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu. Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk.

 Berjalan kaki

Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring usia. Namun kajian pada tahun 2011 memberikan khabar baik: orang dewasa yang beranjak tua yang rutin melakukan jalan kaki dapat mempertahankan kelantangan hippocampus.

Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun. Mereka melakukan jalan kaki tiga kali seminggu masing-masing selama 40 minit.

Aktiviti yang cukup untuk meningkatkan denyut jantung mereka. Peserta lain sejumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan, dalam ikatan yang sama.

Setelah setahun perancangan, purata peserta anterior hippocampus peserta hilang 1 peratus daripada volumenya. Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan sekitar 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus, membalikkan penuaan alami hippocampus selama dua tahun.

Saintis percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak. Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak, semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya.
 

Sumber: Apakhabardunia

Friday, July 6, 2012

Manfaat Mandi

Kajian berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Melancarkan peredaran darah
Menurut kajiah, mandi pagi dengan air dingin dapat membantu melancarkan peredaran darah.  Badan terasa lebih segar bila peredaran darah lancar, maka darah dan oksigen akan sampai ke otak lebih cepat dan kita akan lebih cepat berfikir.

Meningkatkan sel darah putih
Menurut kajian lagi, mandi dengan air dingin akan membantu meningkatkan sel darah putih.  Maka makin tinggilah daya tahan tubuh terhadap virus dan tidak mudah sakit.


Jangkitan kulit 
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala 
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.  Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


Sumber:   informasitip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...