Anda Suka???

Saturday, February 25, 2012

16 Petua Islam Untuk Awet Muda

 
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.


  Sumber : Majalah Anis 2004

 

Sunday, February 12, 2012

Rumah Di Tengah Laut Berusia 107 Tahun


Rumah ni memang unik kerana ia telah dibina di tengah laut. Ia dibina di atas batu di tengah laut berhampiran Rhode Island dan yang menambahkan keunikan rumah ini ialah usianya yang kini mencecah 107 tahun semenjak ia dibina pada tahun 1905 oleh JS Lovering Wharton. 


Rumah ini juga dikenali sebagai Clingstone Mansion  dibina dengan kos 36,000 dolar, dan pada tahun 1961, rumah ini telah dibeli oleh Henry Wood dan bekas isterinya.  Kemudian dia mengubahsuainya dan kini menjadi manson yang menarik dan selesa dan telah didiami selama dua dekad lebih.


Rumah itu memiliki 23 bilik dan Wood tetap mempertahankan senibina bilik dan settingannya seperti 100 tahun lalu. Setiap tahun, pada musim panas, Wood dan keluarganya mengundang puluhan kawan-kawannya untuk bercuti di tempat mereka dan mereka bersama-sama mengemas rumah itu untuk memastikan rumah itu bersih kembali.


Sumber : Luahan Insan Terpinggir
 

Monday, February 6, 2012

Buddy Valastro @ Cake Boss

Sapa yang tengok TLC kat astrok tentu kenal tokey Carlo's Bake Shop iaitu Buddy Valastro kat Hoboken, New Jersey yang famos amos nie. Seronok tengok dia buat kek yang chantek2 dan kreatif.    Dalam musim baru Valastro turut mengembangkan perniagaannya dengan menambah kilang baru bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat.

Mempunyai lebih kurang 130 orang pekerja termasuk ahli keluarganya yang pakar dalam bidang masing-masing dalam pembuatan kek.

Meh kita tengok gambar kek yang dibuat oleh Buddy dan teamnya...
owner Carlo's Bakery - Buddy Valastro
sedara mara Mr. Buddy dlm Bake Shop


NYC landmark

Indricotherium Cake
Satu lagi cabaran yang disiarkan di TLC baru2 nie adalah menyediakan kek seberat 2,200 pound untuk konvensyen tahunan 21st Century di Las Vegas Mac 2011 dan tetamu dalam majlis tersebut  kira-kira 4,000 orang.  Pasukan Cake Boss menghabiskan masa 40 jam membuat kek dan 55 jam pula untuk menghantarnya ke Las Vegas.


Haegen-Dazs Cake
Musim terbaru Cake Boss 4 (mula disiarkan pada Rabu, 2 November lalu di TLC Astro saluran 707 jam 7 malam).. Jom tengok Mr. Buddy and da geng buat kek...

Sumber :  TLC

Thursday, February 2, 2012

Aquarium Dalam Lif

Aquarium ini dibina di Radisson SAS Hotel Berlin pada tahun 2003. Aquarium ini khabarnya diperbuat dari kaca tabung akrilik terbesar di dunia yang mengandungi kira-kira 900.000 liter air laut dan 2,600 ikan dari 56 spesis dengan lif di tengah. ada dua penyelam yang bertugas membersihkan aquarium setinggi 25 meter setiap hari! 

Jom kita tengok gambar nie  yang diberi nama AQUADOM...


Hotel Radisson


Sumber : SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...