Anda Suka???

Thursday, January 19, 2012

Pelangi Kasih di TV3

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa’ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan. 


Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. 

Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya. Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya. 


Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah. Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan. 


Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea. 


Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat. Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. 

Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari 2012 (mlm nie), setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Ost Pelangi Kasih


Sumber :  TV3
 

Jambatan Tertinggi Di Dunia

Terletak di Utara Perancis, Millau Viaduct telah dinobatkan sebagai jambatan tertinggi di dunia. Jambatan ini hanya mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan dan dibina penuh teliti dengan menggunakan kepakaran di bidang kejuruteraan. Puncak tertinggi jambatan ini mencecah 343 meter dari bawah tanah iaitu bersamaan dengan 1,125 kaki . Ketinggian ini adalah 19 meter (62 kaki) lebih tinggi daripada Menara Eiffer! Mari kita lihat gambar-gambarnya.




Jambatan ini juga 'terapung' pada kedudukan 270 meter di atas lebah Tarn sepanjang 2.5 km, manakala tiang-tiang konkritnya menjulang tinggi mencecah kabus pagi. Pembinaannya bermula pada Disember 2001, menggunakan teknik inovasi terkini. Arkitek pembinaan ini iaitu Norman Foster (Lord Foster) berkata jambatannya ini direka khusus untuk menepati tema "delicacy of a butterfly". Tujuh dermaga yang kukuh dibina sepanjang lebuhraya dan dikukuhkan lagi dengan tiang yang cantik yang menyerupai seperti sarang labah-labah besi.


 Pembinaan 'The Millau Bridge' ini menelan kos sebanyak €394 million dan tambahan sebanyak €20 million bagi plaza tol sepanjang 6 km. Syarikat pembinaan projek ini, Eiffage, diberi konsesi bagi mengumpul bayaran tol sehingga tahun 2080 iaitu selama 75 tahun. Jika konsesi tersebut menguntungkan, kerajaan Perancis akan mengambil alih kawalan ke atas jambatan ini pada tahun 2044.


Sumber : Berita Hairan

Wednesday, January 18, 2012

8 Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Kolesterol Jahat

Kolesterol jahat dalam badan memang tidak baik kerana anda akan mendapat pelbagai macam penyakit seperti  hipertensi, diabetes dan jantung.  Namun anda jangan bimbang kerana menurut American Heart Association (AHA), anda boleh menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh anda dengan cara memakan makanan yang sihat.

Berikut ini ada 8 makanan terbaik untuk menurunkan kolesterol jahat : 


Anggur Merah
Anggur merah boleh menurunkan kolesterol jahat pada tubuh anda. Menurut kajian, buah anggur merah yg digunakan untuk membuat Red Wine mempunyai kesan penting dalam menurunkan kolesterol jahat.



Oat
Anda perlu membiasakan diri untuk mengambil oat setiap hari jika ingin menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh anda. Menurut sebuah kajian,  mengambil dua bahagian oat setiap hari boleh menurunkan kolesterol jahat sebanyak 5.3% hanya dalam 6 minggu kerana oat mengandung zat yg disebut beta glukan, yang boleh menyerap kolesterol jahat.


Ikan salmon
Jenis-jenis ikan seperti ikan salmon, ikan sardin dan ikan herring boleh membantu dalam meningkatkan kadar kolesterol baik sebanyak 4% dan mengandungi asid lemak omega 3 sehingga dapat menjaga kadar kolesterol agar tetap dalam kawalan dan boleh mencegah penyakit jantung dan strok.

Kekacang dan biji-bijian
Kacang merah, kacang hitam, dan kacang pinto adalah jenis kacang yang boleh diambil untuk memenuhi satu pertiga daripada keperluan serat harian anda. Lemak tak tepu yang ditemui pada kacang & biji bijian mempunyai molekul asid lemak yang rendah dan merupakan yang terbaik di antara 3 jenis lemak, iaitu lemak politaktepu, lemak tepu & lemak tak tepu. Kekacang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 8%.


Teh
Teh dipercayai dapat mengikis lemak dan menurunkan kolesterol jahat. Teh mempunyai antioksidan dan kandungan kafein lebih sedikit daripada kopi. Dalam secawan kopi mengandungi sekitar 135 miligram kafein, sedangkan teh hanya mengandungi 30 - 40 miligram. Kandungan phytocemical dalam teh juga boleh membantu melindungi tulang. Sebatian tersebut juga berperanan sebagai pertahanan besar terhadap kadar kolesterol jahat (kolesterol LDL)


Coklat hitam
Coklat hitam mempunyai kandungan antioksidan yang banyak dan mempunyai peranan untuk mengurangkan kolesterol. Pada satu kajian menyebutkan bahawa kandungan antioksidan pada coklat hitam dapat mengurangkan kerosakan pada pembuluh darah yang boleh mengancam kesihatan orang dengan sirosis (penyakit hati kronik). Para ahli menyarankan untuk mengambil 100 gram coklat hitam setiap hari dalam membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 21%.
Bayam
Sayur Bayam mengandungi sekitar 13 sebatian flavonoid yg menjauhkan anda dari kanser, penyakit jantung, & osteoporosis. Beberapa literatur menyebut, mengambil sayur-sayuran yang kaya kandungan lutein ini akan menjaga kita dari serangan jantung.


Minyak zaitun (olive oil)
Minyak zaitun (olive oil) mempunyai banyak manfaat kesihatan. Asam lemak tak jenuh tunggal pada Minyak zaitun boleh melindungi jantung kerana boleh menurunkan kolesterol, trigliserida, dan kolesterol LDL (jahat), tanpa menurunkan kadar kolesterol baik.


 Sumber : Email



Friday, January 13, 2012

Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan Melalui Pemakanan

Amalan pemakanan yang baik sedikit sebanyak membantu anda membina ketahanan tubuh. Antaranya ialah:-

 1. Teh 
Pengambilan teh sangat membantu meransang sistem pertahanan badan. L-theanine yang terkandung di dalam teh akan ditukar kepada ethylamine di dalam hati di mana ia memainkan peranan penting dalam proses pertahanan badan.

 
2. Buah-buahan
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi ia turut mengandungi antioksidan yang semulajadi yang berupaya meningkatkan pertahanan badan. Antaranya buah kiwi, mangga dan pisang. 

3. Dadih 
 Ia banyak membantu kesihatan sistem penghadaman malah tahap kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Hal ini kerana bakteria baik yang ada di dalam dadih mampu merangsang sistem ketahanan tubuh. 

4. Air kelapa muda 
Air yang beralkali ini bermanfaat dalam mencegah H1N1. Anda disyorkan meminumnya 2 kali sehari selama 3 hari. Masyarakat Thailand mengamalkan meminum air kelapa muda ini dengan kurma. Iaitu direndam selama 2 jam sebelum diminum.

5. Sayur-sayuran 
Makanan yang kaya dengan vitamin B6 bermanfaat dalam merangsang pengeluaran antibodi bagi melawan jangkitan. Ia termasuklah kobis cina, lobak merah dan sayuran hijau (sawi, bayam, kailan, kangkung)

6. Buah Sitrus 
Buah-buahan seperti oren, lemon dan limau bali mengandungi sitrik namun ia kaya dengan potassium yang sama sekali tidak menganggu sistem imunisasi badan.

7. Bunga Lawang 
Herba yang seringkali digunakan dalam masakan India ini merupakan salah satu bahan pembuatan Tamiflu, anti virus H1N1.  Mangandungi asid shikimic dapat menghalang virus daripada terus merebak.

  8. Epal Hijau
Dinyatakan juga ketika diserang wabak, individu disarankan supaya memakan sekurang-kurangnya 6 biji epal hijau sehari.

9. Air Kosong 
 Kita sedia maklum, air kosong menjadikan kulit kita awek muda, namun ia juga dapat menghalang penularan H1N1. Kerana ia dapat menyingkir virus yang cuba membiak melalui sistem perkumuhan. Ia perlu diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
10. Jintan Manis 
Air suam yang direbus dahulu dengan jintan manis dapat mencegah selsema. Malah, dalam masalah darurat ini, ia juga turut diamalkan dalam mencegah H1N1.


Sumber :  PA&MA

Friday, January 6, 2012

Sinopsis Drama Ariana Mikhail di TV9

Drama sebanyak 15 episod dalam slot Ratu pada hari Isnin dan Selasa, 8.30 malam dan bakal ditayangkan pada 16 Januari 2012 membariskan Nora Danish, Sein, Rizman Khuzaimi yang berlatar belakangkan kota Paris.  Meh kita pakat2 meroyan tengok Nora Danish dalam drama nie lak..

Sinopsis
Cerita bermula di Paris,France di mana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti.  Hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.


Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi  disebaliknya telah bertemu dengan Ariana yang juga singgah bercuti ke Paris dari Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah.

Dalam pertemuan di sebuah cafe di bandar Paris,  Ariana membantu Mikhail daripada dimarahi yang cuba memikat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya, disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. 

Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita Peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.


Sumber : TV9

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...