Anda Suka???

Thursday, July 7, 2011

Sinopsis Drama Hilang di TV9


Drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd (Pn. Hajjah Ziela Jalil) dalam slot ratu di TV9 setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam ini  mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul (Zul Ariffin) merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan. Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya kian pudar kerana Azrul sering di ganggu oleh setiausahanya Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.
 
Suatu hari Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. 

Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan kedalam wad mental. Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang “kehilangan” ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina,anak kakaknya itu.

Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun demi kakak tersayang Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahannya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.

Ketika menghadiri mesyuarat Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih.Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.


Pelakon: Zul Ariffin, Ayu Raudhah, Rozita Che Wan, Julia Ziegler, Mia Sara

Sumber : myfriend2u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...