Anda Suka???

Saturday, April 9, 2011

CIRI-CIRI ISTIMEWA YANG ADA PADA KUCING

Kucing mempunyai beberapa ciri unik pada tubuhnya seperti keupayaan untuk mendarat pada kakinya, deria bau yang tinggi, kelenturan badan yang mengagumkan, mendandan diri, berdengkur dan keupayaan melihat dalam gelap. 

Terdapat banyak keunikan yang ada pada kucing dan ini akan kita lihat sedikit demi sedikit, kita pasti akan rasa terpegun dengan kehebatan ciptaan Allah ini. Malah Leonardo Da Vinci juga pernah menyebut: The smallest feline is a masterpiece 

ehsan mr. google

Kucing Berdengkur Jika Gembira?  
Dengkuran kucing atau purring adalah elemen yang sangat istimewa bagi kucing. Membelai kucing yang berdengkur ini terbukti membawa ketenangan kepada manusia yang membelainya dan menurunkan tekanan darah. Dengkuran kucing ini telah lama zaman berzaman membawa senyuman kepada manusia samada tua atau muda. Kucing juga ada digunakan untuk memberi kegembiraan kepada mereka yang berada dalam kesakitan, untuk mereka melupakan kesakitan mereka, atau mungkin juga kesunyian yang melanda. Kucing mampu memberikan ini semua, hanya dengan berkelakuan sebagai kucing. Namun pakar pengkaji telah memerhati dengan khusus fenomena dengkuran ini dan melihat ia bukan sekadar tanda ketenangan atau kesenangan.

Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahirkan anak, malah ketika menghadapi kematian. Pakar zoologi British, Desmond Morris menyimpulkan bahawa dengkuran ini sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman, sepertimana kucing yang sedang menghadapi masalah. 

Kucing mula berdengkur sebelum mereka dapat membuka mata mereka lagi sejak kecil, terutamanya ketika menyusu, dan memberi ketenangan kepada ibu kucing, yang turut juga berdengkur. Jika ada kelebihan kucing domestik berbanding Raja Rimba dan mana-mana kucing besar yang lain adalah kucing domestik dapat berdengkur tetapi singa, harimau dan lainnya tidak. Harimau dapat mendengus sebagai tanda persahabatan tetapi hanya ketika menghembus nafas. Tiada keluarga kucing besar dapat berdengkur secara berterusan ketika menyedut dan juga menghembus nafas. 

Namun begitu, kucing-kucing besar ini meskipun tidak dapat berdengkur, mereka diberikan satu kelebihan lain, iaitu mengaum. Kucing domestik tidak dapat mengaum, iaitu pada saya lebih baik begitu. Tiada siapa yang mahu membela kucing jika kucing dapat mengaum. Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan. Jika di klinik veterinari, kucing yang cedera juga berdengkur untuk menenangkan dirinya sendiri. 

Anehnya dengkuran ini didapati berhenti jika dia terdengar bunyi air mengalir, seperti air paip di sinki. Kadangkala doktor terpaksa membuka air ini untuk menghentikan sebentar dengkuran kucing kerana sukar untuk mendengar denyutan jantung kucing disebabkan purring itu. Walaupun kebanyakan pakar dapat mengenalpasti mengapa kucing berdengkur namun mereka belum pasti bagaimana mereka berdengkur. Pendapat umum mengatakan dengkuran itu berasal dari peti suara yang dipanggil vestibular chord dan laluan udara melalui struktur inilah yang memberikan dengkuran kucing yang memberi ketenangan kepada manusia.
ehsan mr. google
Deria Bau Kucing
Manusia dan kucing hidup dalam dunia yang berbeza dari segi keupayaan deria bau. Deria bau kucing lebih tinggi berbanding manusia (namun anjing mempunyai deria bau yang jauh lebih tinggi berbanding kucing). Adakah kini anda masih terkejut jika kucing anda enggan menggunakan litter box yang anda anggap OK tapi KO bagi kucing? Sudah tentu perihal litter box itu adalah masalah moden dan deria bau kucing ini bukan hanya digunakan untuk menentukan samada benda itu cukup bersih atau tidak. 

Bau memainkan peranan penting dalam menentukan sempadan kawasan, aktiviti memburu, dan juga mengenalpasti samada makanan itu selamat dimakan atau tidak. Anjing bersifat pembangkai dalam hal makanan, iaitu mereka akan makan apa sahaja, "Makan dahulu, tanya kemudian" manakala kucing adalah bersifat pemburu. "Makanan segar sahaja, terima kasih" atau "Baru sahaja dibunuh, masih segar, terima kasih"

Pernahkah anda melihat kucing yang memalingkan hidungnya daripada menghidu makan dalam tin yang telah dibuka untuk beberapa lama? Jawapannya mudah, ada yang tidak kena pada baunya. 

Namun begitu, jika kucing anda begitu cerewet sehingga tiada makanan yang mahu dijamahnya, atau anda sedang merawat kucing yang sakit (ketiadaan selera makan), cuba panaskan makanan itu sehingga tahap yang kita biasa panggil suam-suam kuku, tapi janganlah sampai berasap-asap!. Dengan cara ini makanan itu akan berbau lebih sedap dan menjadikan ia lebih lazat dan berselera untuk kucing. 

Selain daripada hidung, kucing mempunyai bahagian badan yang dipanggi organ vomeronasal, pada bahagian depan lelangit mulut kucing. Ia digunakan untuk memproses bau terutamanya yang melibatkan seksual seperti bau yang ditinggalkan oleh kucing betina pada musim mengawan. 

Setiap kali kucing menggunakan organ ini, mereka akan membuka mulut mereka sedikit dan 'merasa' bau tersebut. Keadaan ekspresi sebegini dipanggil Flehmen. 
ehsan mr. google
Keperluan Kucing Untuk Tidur
Secara umumnya kucing akan tidur lebih kurang 16 jam sehari bermakna ia akan menghabiskan 2/3 hayatnya untuk tidur. Gaya hidup kucing yang memburu menyebabkan berlakunya corak seperti ini. Buruan kegemaran mereka iaitu tikus hanya aktif pada waktu subuh dan senja, menyebabkan waktu di antara subuh dan senja itu dihabiskan untuk berehat. 

Walaupun begitu, kucing tidak akan tidur 16 jam secara berturut-turut tetapi akan lelap secara berkala yang dipanggil sebagai catnaps. Walaupun kucing itu lena dalam tidurnya, dia masih waspada pada persekitaran. 

Telinga kucing akan menyentak bertindakbalas terhadap bunyi dan walaupun dengan ada pergerakan yang sedikit pada sekitarnya, ia akan serta-merta bangun. Jika gangguan itu tidak memberi ancaman, kucing akan menyambung tidurnya dan terus lena serta-merta. 

Kecenderungan kucing untuk aktif pada awal pagi dan senja boleh menyebabkan kesusahan pada pemiliknya. Terutamanya jika kucing tersebut berjaga sepanjang malam menyelongkar isi rumah atau membuat riuh rendah pada pukul 5 pagi. Kaedah yang terbaik adalah dengan meletihkan kucing tersebut dengan bermain dengannya pada waktu siang. Ini akan membantunya untuk tidur sepanjang malam.
eshan mr. google
Rahsia Di sebalik Misai Kucing 
Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria ke-enam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. 

Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae. Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing. 

Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang buruannya. 

Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi. Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu.
Sumber :  kazumi_ro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...