Anda Suka???

Thursday, March 31, 2011

Kereta Berlakon Teater

Pementasan bertaraf global Disney On Ice - World of Fantasy yang dalam rangka mengadakan pementasan bergerak ke 70 buah negara di seluruh dunia. Pementasan tersebut bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula esok, 1 April hingga 3 April ini di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Pementasan yang menampilkan karakter-karakter popular Disney itu kali ini bakal menampilkan buat pertama kalinya di atas pentas, karakter-karakter popular yang diangkat daripada filem animasi pecah panggung, The Cars.
Bukan sekadar menjadi prop pementasan yang kaku, ia benar-benar boleh berkata-kata, mengenyitkan mata, malah melompat. Dalam erti kata lain ia hidup!

Ini bermakna karakter-karakter The Cars seperti Lightning McQueen, Mater, Doc Hudson, Sally Carrera, Luigi dan Ramone akan berkongsi pentas Disney On Ice: World Of Fantasy bersama karakter Disney yang juga pertama kali muncul menerusi pementasan Disney On Ice iaitu Tinker Bell. Pementasan itu turut disertai karakter-karakter dari filem animasi The Lion King dan The Little Mermaid yang pernah muncul menerusi siri pementasan Disney On Ice sebelum ini. 

Baca selanjutnya dalam Kosmo Online.
 
Sumber : Kosmo Online 

Ritz-Carlton Hotel Tertinggi di Dunia

HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam. Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. 

Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang. Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun. "Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya. Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi

Sumber : Kosmo Online



Sunday, March 27, 2011

Drama Cinta Antara Kita Di Slot Akasia

Jenuh juga dok google carik sinopsis drama baru nie tapi tak jumpa-jumpa juga. Akan ditayang esok, 28 Mac 2011 pukul 7.00 malam di TV3, drama baru nie menggantikan Begitukah Cinta.  

Astro guide :
Pasukan Mutiara yang sedang berlatih di gelanggang bola keranjang kolej telah diganggu oleh pasukan Delima. Lakonan Puteri Sarah, Siti Elizad dan Azizah Mahzan.

Sumber yang dapat
PENA CREATIVE PICTURES SDN BHD
mempersembahkan CINTA ANTARA KITA 24 EPISOD SLOT AKASIA untuk TV3
Lagu Tema : SHAHIR AF8 – Kebahagian Dalam Perpisahan
pengarah : MOHAMED FEROZ KADER
cerita asal : PUAN HAJJAH ZIELA JALIL & JUMAL YUNUS
skrip : SHARIFAH ABU SALEM
penerbit : PUAN HAJJAH ZIELA JALIL
penerbit eksekutif : PUTERI JULIA NABILAH & MEGAT JUFRI NASRULLAH
pengurus produksi : JUMAL YUNUS
pen. pengurus produksi : WANDY ISMAIL
pen. pengarah : E – JUMP
jurukamera : DIN BOROI
penata seni : YUSAINI SUIB
jurumekap : AHMAD JAMALUDDIN
konti : AWIE DEAN
wardrobe : NORHAFIZAH HASNIN
offline editor : IKHLAZ HAFIZ, NA’AM EM & MOHAMMAD SYAFIQ (EDEN)
kreatif editor : KAS ROSHAN





 Kredit info : kasBIGONE


Saturday, March 26, 2011

Kucing Duduk Seperti Manusia

Penyiaran  gambar yang menunjukkan seekor kucing sedang duduk kini menjadi trend dalam kalangan pengguna Internet.

LONDON: Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam. Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar. Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia. -Agensi-



Friday, March 25, 2011

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam ,   seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.  
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu..

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 


 

Kempen Earth Hour 2011

Kempen memadamkan lampu dan penggunaan peralatan elektrik selama sejam  ini dipelopori oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), bermula di Sydney, Australia pada 2007. Ia dinamakan Earth Hour. Ianya semakin mendapat sokongan dunia dan diadakan pada setiap hari Sabtu ketiga dalam bulan Mac.  Tahun ini 26 Mac kempen Earth Hour bermula pada pukul 8.30 malam dan berkahir sejam kemudian.

Sasaran kempen itu adalah untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida tahunan sebanyak lima peratus, sekali gus mengawal fenomena pemanasan global dan dapat memupuk kesedaran dunia mengenai penjimatan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.

Marilah kita  sama-sama menyokong kempen Earth Hour dan daftar kat SINI



 
Layan jer


Laluan Pejalan Kaki Yang Unik


ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam.

Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya. Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai.  - AGENSI

Sumber : KOSMO ONLINE

Wednesday, March 16, 2011

Apa Itu 5S

Seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke adalah perkataan jepun yang membawa maksud sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

 SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa


SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya


haha.. esok ada gotong royong sempena Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi (dulu pange Penilaian Amalan 5S) peringkat Universiti Tahun 2011 yang akan bermula pada 20 - 31 Mac 2011 tapi gotong royong esok untuk peringkat jabatan/unit.  Jom kita mengemas.




Tuesday, March 15, 2011

Tolong..... Sakit Gigi

Adussss..............sakitnya gigi

lama dah x sakit gigi nie
takut nak jumpa doktot
sanggup makan ubat tahan sakit
jangan jadi camnie sudah la.....
 



Friday, March 11, 2011

Selamat Hari Lahir Wanie

eshan mr. google
Selamat Hari Lahir Wanie
Mudah-mudahan tahun-tahun yang dilalui penuh keberkatan dan diredhai Allah.

birthday cake wanie - eshan mr. google jugak hehe





Mana birthday girl????

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
11 Mac 1996 - anak perempuan sulung akak



Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia 2011

Hari ini, 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk Tahun 2011 ialah "Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi : Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita".  

Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan?  Ianya adalah simbolik kepada wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam hidup wanita.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 Mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 Mac sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia.

Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. (Sumber: SINI)

Layan lagu daripada Sheila Majid - Wanita


Monday, March 7, 2011

Asrama 2 di Slot Lestary TV3

Sambungan drama ASMARA akan menemui penonton mulai 8 Mac 2011, setiap hari Selasa jam 9.00 malam menerusi slot Lestary. ASMARA 2 masih menampilkan Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).  Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah.

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?


Sumber : Sensasi Selebriti


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...