Anda Suka???

Tuesday, November 30, 2010

Senaman Untuk Menghilangkan Mengantuk/Stress

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini.

LANGKAH 1
 Sebagai permulaan untuk memanaskan badan.. tarik nafas dalam2

LANGKAH 2
 Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3
 wa..wa..aaa

LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7
 
 Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… 
getarkan seluruh tubuh anda seperti ini

LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan… (hilangkan bau ketiak anda)

LANGKAH 11
pusingkan kepala…

LANGKAH 12

ajak rakan goyang2 bersama.. 

LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
Selamat Mencuba!!


 

Monday, November 15, 2010

Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd Diberikan Semula Sijil Halal JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa produk Minyak Sapi jenama ‘QBB Pure Ghee’ keluaran Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd adalah menepati konsep Halalan Toyiban dan dengan itu permohonan dari Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. DILULUSKAN MULAI 01 NOVEMBER 2010. Sijil Pengesahan Halal ini diberikan setelah pemeriksaan dilakukan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan ‘product traceability’ di mana tiga (3) elemen telah diperiksa iaitu ‘supplier traceability’, ‘process traceability’ dan ‘customer traceability’.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Portal Rasmi Halal Malaysia






Saturday, November 13, 2010

Petua Untuk Panjangkan Umur


1. Pastikan anda makan 5 sajian bersaiz kecil setiap hari. Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak 3 kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak 5 kali sehari. Tetapi ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Apabila kita kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, kita akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari. Cara begini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. 

2. Ubat tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan kita seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga. Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh. 

3. Pastikan minum 8 gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang. Pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing, tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral. Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air. 

4. Menambah amal ibadah bagi umat Islam. Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tetapi ia boleh dielakkan jika kita pandai mencari jalan mengelakkannya. Beribadah adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan kita semula. Menerusi ibadah juga kita akan dapat bernafas dengan baik. Apabila pernafasan kita sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda. 



10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Coca Cola

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, apakah yang mereka guna? 

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? 

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! 

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. 

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. 

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. 

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! 

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah .

Selamat Mencuba :-)


 Sumber: Mahmudin Mahfodz drpd Blog Oh Malaysia

(Tolong betulkan... kalau fakta ini tidak benar. TQ)

Friday, November 12, 2010

Masjid Pasang Siap Di Utara Kanada

Gambar daripada dokumentari Arctic Mosque merakamkan sebuah masjid bergerak
dipunggah ke atas sebuah tongkang dari Jambatan Deh Cho di Sungai Mackenzie, 
Nortwest Territories, Kanada pada 13 September, 2010. - AFP

OTTAWA 24 Sept. - Sebuah masjid kecil bergerak tiba di kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer mengikut jalan darat dan sungai. Ketua projek masjid pasang siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di limbungan untuk menyambut ketibaan masjid itu petang semalam. Bilangan penduduk Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories, Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka. Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf pada bulan lepas. 

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf. Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories. Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik. Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. - AFP 


Sumber : Utusan Online
 

Monday, November 8, 2010

Filem Ombak Rindu adaptasi daripada novel


Peminat Fauziah Ashari mesti tahu novel nie yang sedang giat difilemkan mulai bulan Julai 2010 dan bakal ditayangkan kepada umum pada awal 2011, InsyaAllah.  Daripada cerita kawan ofis kak cerita nie memang sangat menarik dan beliau adalah seorang peminat setia cerita novel terutama FAuziah Ashari. Sorry ye Nanie kalu akak silap. 

Antara pelakon filem ini adalah  Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri dan Natasha Hudson. Lokasi pengambaran sekitar  Cameron Highland, Langkawi, Perlis, Penang, dan Kuala Lumpur.   Pengarah Osman Ali, Penulis Skrip Armantono, terbitan Tarantella Pictures dan Penerbit Sharad Sharan/Renu Sharan.

Sinopsis: Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


 
 
Sumber : Cari






Saturday, November 6, 2010

Mangsa banjir di Kubang Pasu berkurangan,di Kota Setar meningkat

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan manakala daerah Padang Terap 
kekal dan Pendang meningkat sedikit.

Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. 


Sumber : Metro Online

Gambar2 banjir kat bawah nie diambil dari FB kawan2. Minta izin ye cnp kat sini.

 air sungai badak melimpah

 Taman Palma berhampiran Taman U
 Sungai kat dlm UUM berdekatan DPP

 Pekan Changlun sesak teruk
 Pekan Changlun
 Airpot kepala Batas
 Alor Setar
 Jln. Sultanah Alor Setar
 Jitra
Jitra
 
Terima kasih kepada rakan2 FB banyak betoi gambar2 yang diupload dalam FB. Sama-samalah kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...