Anda Suka???

Sunday, August 30, 2009

Rice Paddy Crop Art (2009)

Akak baru dapat email dari lovely ex-boss kak dulu. Betapa kreatifnya dan rajinnya orang-orang Jepun nie. Apa-apa pun layanz je gambar nie..




As summer progresses, crops of rice paddy art are beginning to emerge in Japan. The crop art — created by strategically arranging and growing different colors of rice plants — can be seen in farming communities across the country. The largest and finest work is grown in the Aomori prefecture village of Inakadate, which has earned a reputation for its agricultural artistry. This year the enormous pictures of Napoleon and a Sengoku-period warrior, both on horseback, are visible in a pair of fields adjacent to the town hall there.




Banyak Hutang Punca Gemuk


Terkezut gak bila tengok muka depan kosmo arinie mengatakan "Banyak Hutang Punca Gemuk". Apa taknya akak sendiri pun gemuk haha terasa la. Nie akak sedut artikel drpd Kosmo Ahad:

"Mereka yang banyak hutang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami obesiti, demikian menurut hasil kajian dari Jerman baru-baru ini. Kajian sekumpulan pensyarah Universiti Mainz, Jerman yang diketuai Eva Muenster itu mendapati, golongan yang banyak hutang mempunyai potensi dua kali ganda untuk gemuk berbanding mereka yang dapat menguruskan kewangan dengan berhemah. Penemuan yang dilaporkan oleh agensi berita Reuters semalam itu menarik perhatian kepada fenomena di negara-negara Kesatuan Eropah serta Amerika Syarikat yang kini mempunyai semakin ramai rakyat yang banyak berhutang dan mendedahkan mereka kepada risiko obesiti. Menurut kajian itu, walaupun status sosioekonomi jelas mempunyai kaitan dengan kesihatan, ia tidak pula mengaitkan seseorang dengan tabiat berhutang. Untuk menyiasat bagaimana hutang memberi kesan kepada kesihatan, para penyelidik telah membandingkan data yang diperoleh daripada 949 orang yang menerima kaunseling akibat kes hutang kronik dengan satu kumpulan 8,318 orang lain yang dikategorikan tidak banyak hutang."

Betol ker?? akak tak caya la kajian yang dibuat dan ini ada lagi satu kajian. Akak copy paste je.

Salahkan kawan anda jika anda gemuk. Itu kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik di dalam The New England Journal of Medicine bahawa obesiti - seperti juga demam selesema yang boleh berjangkit daripada seorang ke seorang - merupakan satu fenomena yang boleh merebak dengan cepat seperti virus.
Rangkaian sosial seseorang individu seperti rakan-rakan di tempat kerja ataupun saudara-mara di persekitaran rumah boleh mempengaruhi risiko berat badan berlebihan.
"Peluang seseorang untuk menjadi obes meningkat lebih separuh (57 peratus) sekiranya dia mempunyai kawan yang obes, adik-beradik (40 peratus) dan pasangan (37 peratus)," kata pengarang bersama, James Fowler dari Harvard University dan Nicholas Christakis dari University of California, San Diego. Tambah mereka: "Seseorang itu cenderung menjadi obes disebabkan oleh perubahan norma atau gaya hidup. Mereka merasakan tidak mengapa menjadi gemuk kerana ramai orang gemuk di sekeliling mereka."


Apa-apa pun gemuk atau kurus seseorang itu terletak pada diri individu tua sendiri di samping faktor genetik. (ini pandangan akak ja)

Sunday, August 23, 2009

Hikmah Di Sebalik 5 Jari Kita

Setiap manusia mempunyai 5 jari... Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.

Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.


Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.


Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.


Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah!!... begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Selamat menyambut ramadan. Ronda-ronda terjumpa la e-kad ramadan daripada HaSue blog. akak pun apa lagi tepek ja la kat n3 nie. tima kasih ya HaSue izinkan akak bawa balik e-kad nie. walaupun x kenal tapi akak selalu gak ronda kat blog HaSue. he2 HaSue x kenal/tau pun. x add die pun. Sempena bulan ramadan nie akak memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan kepada kekawan dan adik2 (ader ker..???)



Ini pula akak dapat dari rumah secubit garam (nor). Tenkiu nor sebab izinkan akak bawa balik kad nie. Kalau ikut ati banyak juga kad yang nak ditepek tapi larat nak bawa balik al-maklum akak nek kapcai ja tak mcm ummi sewa lori lagik.. hehe sorry ya ummi. walaupun ummi tak kenalpun akak tapi akak selalu gak masuk rumah ummi.

Sekali lagi Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubaraq, semoga puasa kita kali ini diberkati Allah SAW. Elakkanlah kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar, membatalkan atau memakruhkan puasa. Perbanyakkanlah IBADAH , kuatkanlah AQIDAH, teguhkanlah AKLAK dan sempurnakanlah solat Teraweh untuk mendapat ganjaran pahala dariNYA...InsyaALLAH..Wallahuaqlam....(sorry ya paejal copy & paste).

Wednesday, August 19, 2009

The Biggest Loser Asia


Akak nie sebenaqnya salah seorang peminat rancangan The Biggest Loser. Setakat tengok je la hmm. Boleh dikatakan x miss siri nie bila ditayangkan kat tv, tapi setakat tengok ja haha... La nie dok tunggu The Biggest Loser Asian la lak.. bila la nak ditayangkan kat tv.. x sabaq ghasanya nak tengok. Camna la plak orang asia yang masuk program nie. Menarik nih..

Mai la kita pakat2 tengok rancangan nie bila ditayangkan kat Astro HMK nanti..

Bersenam Di Bulan Posa


Artikel nie akak cilok daripada satu sumber dimana blogger tersebutpun cilok daripada Mingguan Malaysia. Ha2 setakat nak tepek dalam n3 nie memang mudah tapi nak praktik seperti yang dicita kat bwh nie susah bagi akak. Almaklum akak sama seperti nie ha.... kahkahkah...(bukan kucing tau). Bulan x posa pun x senam, inikan pula posa.. he2

Apa-apapun layanz jek artikel nie....


BERSENAM di bulan puasa? Oh, tidak! Mungkin itulah yang keluar daripada mulut sesetengah individu yang berpendapat mereka perlu mengurangkan atau menghentikan sebarang aktiviti fizikal termasuk bersenam buat seketika kerana bimbang kepenatan, lapar dan dahaga di bulan Ramadan ini. Bagaimanapun, Pengurus Kecergasan Fitness First, Simran Latiff, menolak tanggapan tersebut sambil menegaskan senaman masih perlu diteruskan walaupun ketika berpuasa bagi meningkatkan kadar metabolisme, selain mengekalkan tahap kecergasan agar tidak menurun dan memudahkan seseorang itu menjalani latihan fizikal seterusnya.

Katanya, bulan puasa tidak harus dijadikan alasan untuk seseorang itu menghadkan aktiviti mereka termasuk melakukan senaman. “Jika tidak melakukan senaman, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa,’’ ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini. Simran berkata, sekiranya seseorang itu tahu kebaikan menerusk
an senaman pada bulan puasa yang mampu memaksimumkan pembakaran kalori terutama yang sumbernya datang daripada lemak, pasti mereka mahu melakukannya apatah lagi jika telah terdapat keinginan untuk mendapatkan bentuk badan sempurna. Menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana senaman di bulan puasa, katanya, secara umumnya pengambilan kalori pada bulan puasa akan berkurangan kerana pembakaran lemak berlaku secara maksimum.

“Pada hari biasa, ketika kita bersenam badan memerlukan kalori untuk dijadikan tenaga dan pada 20 minit pertama, tenaga itu datang daripada kalori karbohidrat terlebih dahulu. Selepas 20 minit pertama, barulah badan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga.” Disebabkan berpuasa, jelasnya, kalori karbohidrat dalam badan secara tidak langsung akan berkur
angan dan secara semula jadi badan terus menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga tanpa memerlukan 20 minit pertama. Dari situ, ia dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan seseorang. Menerangkan cara dan bagaimana aktiviti senaman boleh dilakukan, kata Simran, sepanjang bulan puasa senaman boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu dengan sekurang- kurangnya 30 minit sekali senaman. Ia agak berbeza di bulan biasa iaitu perlu dilakukan lebih kerap dan memerlukan antara 30 minit hingga satu jam setiap senaman.Lebih penting kata Simran, dalam tempoh 30 minit itu individu boleh melakukan tiga senaman berperingkat-peringkat seperti senaman memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal dan berjalan kaki.

Bagi membentu
k kardiovaskular (berjalan, joging atau berbasikal), penggunaan tenaga pada tahap maksimum perlu diselaraskan mengikut tahap latihan yang sesuai. Bagi latihan pembentukan otot, seseorang itu dinasihatkan agar melakukan senaman pada otot besar sahaja. Antaranya, bahagian dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha. Bagi setiap otot, latihan boleh dilakukan sebanyak satu atau dua set dan setiap satu set sebanyak 15 hingga 20 pengulangan. Bilangan yang kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa sama, membentuk otot. Senaman katanya, boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum waktu berbuka atau selepas berbuka sebaik proses penghadaman selesai.

Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan threadmill atau kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, kata Simran pastikan makanan yang dimakan semasa berbuka telah benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurang setengah hingga satu jam selepas makan. “Cuba elakkan berbuka dengan mengambil makanan berat, sebagai contoh nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan agar hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurm
a dan segelas minuman,’’ ujarnya lagi, Simran menambah, melakukan senaman kardio selama kira-kira 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan.


Sumber: Mingguan Malaysia, 14/8/2008 oleh Roslah Othman (sorry ya.. diari XXL copy n paste artikel nie)






Sunday, August 16, 2009

SPEED TEST (try ler)

63 perkataan

Speed test

Wednesday, August 12, 2009

Khasiat Tauge


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.


Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Sumber: women-tbi.blogspot

Tuesday, August 11, 2009

Akhirnya..........

Akhirnya setelah hampir 2 jam (solly boss pinjam time pej) dok mencari, dapat la siap slide yang x seberapa nie (ada kat sebelah nun). Fuh!! Lagu plak ok je pasat x ler menepati telinga akak sebenornya. Layan aje la, itu ja yang ble. Kalau dapat lagu korea lagi best. Layan sesangat.. hmmmm


Monday, August 10, 2009

Petua Menghilang Jerawat

Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat.

Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.


Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . InsyaAllah , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .

Petua 9

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu.

Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....


Sumber dari: Speedfinger

Wednesday, August 5, 2009

Masalah Tenet

Beberapa ari nie tenet kat uum nie ada prob. Sbb 2 malaih nak update.. hehe sebenornya malaih... harap2 esok ok la.. Alhamdulillah anak adik akak dah beransur sembuh tapi masih kena 'kurung' takut virus 2 menyerang kembali. Itupun atas nasihat Dr. kerana badan anak adik akak masih 'weak' lagi.

Ok la nak sambung keja.. hehe curi time pejabat. solly ya boss. curi masa skit (skit ker????!!!)



Sunday, August 2, 2009

Boring.....

Hari nie tiada apa-apa yang menarik. Pagi seperti biasa kerja. Lebih kurang kol 11.00 pagi tadi ke klinik (check bp). Alamak darah nek la pulak. Dr. syorkan check bp 2 tiap2 ari. Adus!!! nie yang akak malas nie. Pas 2 p 'antaq' anak kak nek bas Pancaran Matahari (bus favourite anak akak.. hehe..). Nak kena balik kampus selepas sem break UiTM diawalkan tempohari. Malam nie abangnya la pulak.. Abang nek Transnasional ke Kuala Lumpur. Kembali sunyi la rumah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...